Friday, March 10, 2017

Khabar Kelantan: Ahmad Yaacob malu besar di Kampung Laut?

Friday, March 10, 2017

Ahmad Yakob malu besar di Kg Laut
KHABAR KELANTAN
Cikgu Rahim istyhar perang terbuka dengan Pas.

Sekiranya Ahmad Yakob tidak mengamalkan "sunnah" politik Najib Razak, politik tidak bermaruah dan tidak ada air muka, serta jika beliau berpegang kepada saksiah Islam yang dilaung-laungkan pasti apa yang berlaku di Kampung Laut, Kelantan malam tadi sudah cukup untuk beliau berfikir banyak kali dan mengambil keputusan berihat dari berpolitik.

Ini kerana peristiwa semalam cukup memalu dan mengaibkannya sebagai MB dan juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan.

Malam tadi sebuah cawangan Pas menjadi korban gara-gara sikap dan stail politik Ahmad yang tidak profesional atau bersikap lembu kenyang. Cawangan Pas Kampung Laut merupakan antara cawangan Pas tertua dalam kawasan itu telah selamat dibubarkan. Paling memalu dan mengaibkan cawangan itu diganti dengan cawangan Parti Amanah Negara.
Nordin serah borang keahlian Amanah kepada Husam

Pembubaran cawangan Pas yang berusia lebih 60 tahun itu memberi pukulan maut kepada Ahmad bukan sahaja untuknya secara peribadi tetapi kepada seluruh Pas Kelantan. Pembubaran itu menggambarkan Ahmad tidak popular. 

Dalam suasana Amanah digambarkan sebagai parti serpihan yang nyawanya tidak sampai tiga bulan, atau lebih nakal lagi ada menyifatkan Amanah cacat sejak dari telor lagi, kini berkembang pesat sehingga dapat merobohkan kubu Pas di Pasir Pekan yang dikuasai Menteri Besar.

Cawangan Pas Kampung Laut itu berada dalam kawasan diwakili oleh Ahmad sebagai Adun dan juga sebagai Yang diPertua Pas jajahan Tumpat. Ini bermakna pembubaran itu memberi gambaran bahawa orang di keliling rumah Ahmad sendiri sudah hilang kepercayaan kepadanya.

Kenapa ia dinilai begitu kerana, Ahmad ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan, dia juga merangkap timbalan Mursyidul Pas Malaysia. Apabila terdapat ahli memperotesnya, sampai cawangan Pas yang dianggap tertua di situ dibubarkan ia sesuatu mengaibkan. Ahmad seharus berasa malu dengan apa yang terjadi malam tadi. Ia memberi pukulan berat kepadanya atas sifat sebagai pemimpin parti agama yang dikultuskan sebagai Ustaz Dato' Menteri Besar.

Menyedihkan juga semalam maruah beliau sebagai orang bergelar Ustaz juga ditelanjangkan tanpa kompromi lagi. Apa didedahkan semalam mengenai kelemahan daya kepimpinnya, menggambarkan beliau seorang MB tidak tahu mengenai hal ehwal pentadbiran dan boleh diperkotak katikkan begitu sahaja. Lebih buruk lagi beliau "diselawatkan" sebagai seorang yang berbohong. Bohong merupakan salah satu daripada tiga tanda utama orang munafik yang mana perkara ini diarifi oleh beliau.

Cerita mengenai kelemahan Ahmad itu menunjukkan beliau bukan pewaris kepimpinan yang ditinggalkan oleh arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat kepadanya yang dibuat secara tektikal. Harapan orang ramai beliau akan menjadi mata rantai penyambung perjuangan, saksiah dan profesionalisme politik Nik Aziz meleset sama sekali.

Namun seperti dikatakan awal tadi kerana Ahmad mula selesa dengan berpolitik seperti Najib beliau sedikit pun tidak malu dengan apa yang berlaku. Tidak mempdulikan apa orang kata dan berlaku ke atas dirinya. Mungkin Ahmad tidak berasa apa-apa dengan peristiwa malam tadi, dia masih boleh bangun pagi ini terus menggeliat dan mengilas kain palikat kemudian seperti biasa termangu di jendela sambil tersenyum mengingati beberapa permohonan balak dan lombong yang belum diluluskan lagi?

Dari kaca mata pemerhati politik perobohan cawangan Pas Kampung Laut itu sekaligus diganti dengan cawangan Amanah memberi markah tinggi kepada Amanah Kelantan. Sudah tentu ia akan menyemarakkan lagi semangat pendokong parti berkenaan dan menambahkan keyakinan yang Amanah boleh menjadi penyalin kepada Pas di Kelantan dalam masa terdekat. 

Paling memberi kesan atas apa yang berlaku, apabila ketua Pas cawangan Kampung Laut itu, Nordin Adam telah memimpin Pas disitu lebih 35 tahun. Paling mengejutkan juga dia adalah rakan Ahmad Yakob sendiri, mengadakan usrah bersama dan merancang membangun Pas. Bahkan dialah yang menjadi pemangking kepada politik Ahmad Yakob di Pasir Pekan selama ini. Apabila seorang sahabat baik berpaling tadah dari sahabatnya tentu berlaku sesuatu yang tidak boleh dimaafi lagi terjadi.

Seperti mana kata Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika berucap mengalu-alukan kemasukan Nordin ke dalam Amanah, tempat yang diduduki Ahmad sebagai Adun Pasir Pekan hari ini pun adalah hasil pemgorbanan Nordin Adam yang sedia memberi laluan kepada Ahmad Yakob.

"Kerusi Pasir Pekan, pernah ditawarkan kepada Nordin, tetapi beliau (Nordin) sedia memberi lalu kepada Ustaz Mat untuk bertanding kerana menghormatinya," begitulah kira-kira ucap Wan Rahim yang pernah menjadi Setiasauha Badan Perhubungan Pas dan salah seorang bertanggungjawab untuk memilih calon Pas.

Sebaliknya pengorbanan Nordin itu tidak dibalas dengan sepatutnya oleh Ahmad Yakob. Pengorbanan dan persahabatan Nordin tidak dinilai langsung apabila Ahmad seperti berbohong dengan Nordin dan tidak mempedulikan nasib rakyat Kampung Laut.

Perubahan hati Nordin dan penghijrahan sebahagian besar ahli jawatankuasa Pas cawangan Kampung Laut ialah kerana sikap politilk Ahmad sendiri yang jauh sangka dari jangka. Ia bermula dengan isu pengambilan tanah di kampung berkenaan untuk dibangunkan projek Kampung Warisan. Pengambilan tanah dengan tidak telus dan dianggap telah menganiayakan penduduk terlibat yang sudah lama bermukim di situ, sangat mengecewakan Nordin.

Dakwa Nordin, MB itu bukan sahaja tidak berbincang sebelum melancarkan projek berkenaan yang dilihat lebih kepada soal komersial daripada untuk membangun kampung berkenaan untuk kesenangan dan kemajuan penduduk, tetapi berdolak dalik dalam memberi jawaban dan jaminan menyelesaikan pengambilan tanah itu dengan baik. Inilah menimbulkan kemarahan penduduk dan mengecewakan Nordin sebagai ketua Pas cawangan.

Menurut Nordin ketika berucap sebelum menyerahkan borang keahliannya dalam Amanah, suatu masa Ahmad memberi tahu proses pengambilan tanah untuk projek itu semua diurus dengan baik mengikut prosuder ditetapkan. Bagaimana pun apabila disemak ternyata ia bohong. Apa paling mengecewakan Nordin ialah Ahmad enggan berjumpa dengannya untuk menyelesaikan dengan baik walaupun beberapa kali diminta untuk berjumpa.

Nordin sebagai ketua Pas cawan menjadi tempat mengadu beliau memahami masalah penduduk terlibat dan implikasi daripada projek berkenaan. Justeru beliau cuba mencari penyelesaian cara baik, namun usahanya sia-sia menyebabkan beliau merasakan dia dipermainkan dan tidak dihargai.

Bertolak dari itulah akhirnya beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ahmad Yakob sebagai wakil rakyat dan juga MB. Klimeksnya beliau bersama 100 orang ahli Pas membuat keputusan untuk membubarkan cawangan Pas berkenaan dan beliau malam tadi mengistyharkan keluar Pas dan menggantikan cawangan Pas di Kampung Laut dengan cawangan Amanah.

Upacara penyerahan borang pennyertaan dalam Amanah dilakukan malam tadi sempena ceramah yang diadakan di kampung berkenaan. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Mohammad Hussein hadir menyaksikan penyertaan borang oleh Nordin yang diserahkan kepada Naib Presiden Amanah Husam Musa. Turut sama hadir ialah Ketua Amanah Tumpat Wan Johari Wan Omar, dan Setiausaha Khir Zuhri.

Peristiwa malam tadi akan diremehkan oleh parti agama. Namun ia adalah sejarah yang memberi signifikan kepada Amanah Tumpat khasnya dan Amanah Kelantan amnya. Ia tambah menyuntikan semangat dan keyakinan rakyat untuk bersama Amanah. Apa yang Amanah lakukan menerusi berbagai pelan kebajikannya menampakkan parti itu lebih ikhlas dan serius membantu rakyat berbanding Pas yang memegang kerajaan sudah lebih 26 tahun tetapi mengabaikan kepentingan rakyat.

Turut hadir sama dalam majlis malam tadi ialah Nordin Salleh atau dikenali Paksu Nordin, seorang politik veteran yang kini bergiat cergas semula dalam politik dengan memimpin PPBM bahagian Tumpat. Pak Su Nordin boleh dianggap antara pakar politik Kelantan yang tidak kurang hebatnya dengan Wan Rahim.

Sudah tentu dengan kehadiran Paksu Nordin yang merupakan bekas wakil rakyat Sungai Pinang dalam jajahan Tumpat memberi impak yang besar kepada Pas. Barang kali kalau benar gambaran diberikan oleh Wan Rahim ketika berucap mengalu-alukan kemasukan Nordin Salleh, kerjasama PPBM dengan Amanah hari ini, persis kerjasama Pas dengan Semangat 46 diawal tahun 1990 lalu untuk menghadapi UBN Kelantan sehingga UBN jatuh.

Jika semangat itu berkesan sudah pasti kerajaan Kelantan dibawah Pas hari ini akan mengulangi sejarah malang dan sedih kerajaan BN pimpinan Muhammad Yaacob pada tahun 1990. Ramai orang bercanda, mana-mana parti dibawah pimpinan orang bernama "Mat Yakob" di Kelantan akan berakhir dengan ketewasan?

Kerajaan UBN pimpinan Muhammad Yaacob tumbang tahun 1978 setelah 12 tahun memerintah Kelantan, tidak mustahil kerajaan Pas peninggalan Nik Aziz kepada Ahmad Yakob akan tersungkur setelah empat tahun Ahmad mengambil alih. Dalam tempoh empat tahun pelbagai kecelaruan berlaku dalam pentadbiran Kelantan yang menimbulkan kebencian rakyat kepada Pas.

Apa yang paling merujakan saya malam tadi ialah sikap dan pendirian baharu diambil oleh Wan Rahim. Sebelum ini beliau masih rezeb pendirian terhadap Pas di mana masih berharap parti lamanya itu akan bersama gabungan pembangkang untuk mempertahankan kerajaan Kelantan.

Beberapa kali beliau ada menyebut kepada saya, kewujudan Amanah di Kelantan tidak diharap ia akan menjadi Berjasa pada tahun 1978, yang ikut membantu Umno menjatuhkan kerajaan Kelantan.

"Ana tidak mahu Amanah jadi seperti Berjasa, kita mahu Amanah jadi pembantu Pas mempertahankan kerajaan Tok Guru," begitulah katanya kepada saya suatu hari bersungguh.

Wan Rahim masih mahu mempertahankan kerajaan Pas peninggalan Nik Aziz yang dibina bersama walaupun tindakannya menubuh Amanah dimarahi sehingga beliau dicaci maki oleh bebudak yang masih hanyir dalam politik. Namun malam tadi beliau telah menyatakan sikapnya yang sebenarnya yang saya percaya ia bertukar kerana kecewa dengan sikap ego dan agah pemimpin Pas Kelantan dewasa ini yang angkuh sombong tidak mahu menerima kewujudan Amanah apa lagi menganggap Amanah sebagai pengkhianat.

Semalam bolehlah disifatkan Wan Rahim telah mengistyharkan perang terbuka dengan Pas. Katanya, Amanah bersama PBBM dan gabungan Harapan Rakyat, bukan sahaja berusaha untuk menumbangkan kerajaan BN merampas Putraja, tetapi kita juga akan berusaha untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan dam merampas Kota Darulnaim.

Sikap baharu Wan Rahim itu sudah pasti akan meladumkan lagi semangat ahli parti pembangkang kecuali Pas dan menyeronokkan seluruh rakyat yang kini sudah benar-benar kecewa dan muak dengan aksi dan perangai pemimpin kerajaan peninggalan Nik Aziz yang dikepalai Ahmad Yakob, Mohd Amar Nik Abdullah dan lain-lain itu.

Apa yang berlaku di Kampung Laut semalam adalah peletakan batu asas oleh Amanah untuk merampaskan Kelantan dan membuka lembaran politik baharu di negeri Tok Janggut itu. [wm.kl.12:16 t/hari 10/03/17]

Posted by mohd sayuti Omar at 12:35:00 PM 

5 comments:

  1. Dasyatnya!! Dengan kebesaran dan kegagahan PAN Imayam diKelantan!! Minta tolonglah pada pada DAPig yg berwakilkan MahaKUTTY PPBM...toksahlah pujuk Raya PAS lagi disebabkan PAN Imayam sudah berjaya menggantikan PAS Di Kelantan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjilat jubo hadi awe dan Amar bersuara
      Inilah parti PIS amanat sesat

      Delete
    2. Siaoa makhluk hanyir ni...ooo dedakkan paspispus. Bodo kena tipu je la dgn hadi pembohong. Mkn dedak tak mengaku..tunggu pru14 semuanya akan didedahknz masa tu tak sempat nk konar dah...pashadi parti pembohong bersiri

      Delete
  2. Mcm ni kah Akhlak islam kah saiful azmi husin nie

    ReplyDelete
  3. Akhlaq si Saiful jadi begitu kerana situnjuk-ajar oleh mr presideng si mulut celupar tu!

    ReplyDelete