Tuesday, March 7, 2017

Kesilapan besar Malaysia tak tangkap Duta Korea Utara

TUESDAY, 7 MARCH 2017

KESILAPAN BESAR MALAYSIA TAK TANGKAP DUTA KOREA UTARA

RAKYAT KITA DIPENJARA JADI TEBUSAN  

Kerana pemikiran traditional, orthodox,conservative,jumud dan tidak ada kemampuan untuk berfikir di luar kotak,maka Malaysia hanya menghalau keluar Duta Korea Utara, Kang Chol pulang setelah negaranya terlibat  melakukan pembunuhan politik yang  dahsat di Malaysia dengan menggunakan racun yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Tidaklah boleh dinapikan bahawa kejadian ini walaupun sukar untuk di kawal tetapi menimbulkan persoalan yang besar terhadap keupayaan keselamatan Malaysia terutama kerana tersebar video mengenainya dengan bagitu pantas di luar negara.

Saya cukup memahami norma  hubungan deplomatik antarabangsa tetapi kerana kepentingan diri dan maruah, negara-negara besar sendiri seperti Amerika Syarikat dan sekutunya telah menceroboh   negara asing untuk menangkap orang yang dikehendakinya atau membunuh pemimpin  yang mereka tidak suka  tetapi Menteri Luar Malaysia ,pegawai-pegawai Wisma Putra  dan Duta -Duta kita masih berkhayal untuk menjadi English Gentleman in The East.

Apa yang dilakukan oleh negara pariah itu terhadap kita bukan sahaja tidak menghormati Deplomatic Decorum tetapi telah memijak muka kita.

Sekarang negara itu  menjadikan rakyat kita sebagai tebusan,menjadikan negaranya sebagai penjara kepada rakyat Malaysia yang  masih ada disana.Sesiapa yang pernah berada di Korea Utara tentulah tahu negara itu sendiri merupakan penjara. Betapa azabnya rakyat kita  yang ditahan di sana tetapi rakyat Korea Utara yang di tahan di Malaysia akan bersukur jika di tahan lebih lama disini kerana ini negara surga bagi mereka.

Di bawah ini saya siarkan posting di tweet saya sejak semalam meminta supaya kerajaan Malaysia menangkap Duta Korea Utara  dan bukannya menghalau dan melepaskannya balik.

Biar dunia gempar dengan tindakan kita walaupun di tahan hanya sehari dua dan dunia akan bersimpati dengan kita sekalipun tindakan itu diluar norma deplomatik dan amalan antarabangsa.

Dengan itu juga,kita akan dapat menebus maruah Malaysia  yang sedang runtuh sekarang tetapi sayang semuanya  telah terlambat sekarang.

Posted by zainudin maidin at 15:06

2 comments:

  1. tak payah menyalak la banyak bnayak
    apa sai tak tangkap duta tu
    banayk lagi yang patut ditangkap dalam negara ni
    nak harap dunai simpati aja
    kalau kuat tak perlu simpati

    ReplyDelete
  2. korang tau tak setiap pegawai duta dan diplomat tidak boleh ditangkap atas apa jua kes? tau tak? sbb tu kalau tengok berita korang akan dengar persona non grata

    ReplyDelete