Thursday, July 14, 2016

Sedikit pencerahan: Gencatan senjata TITM dan komen bangang Mustafa Ali

Khamis, Julai 14, 2016
Gencatan senjata Ust Tuan Ibrahim - Komen bangang Cikgu Mustafa Ali

Nak gelak pun ada bila aku baca komen bangang veteran PAS yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Cikgu Pa ni pasai saranan gencatan senjata Ust Tuan Ibrahim tu. Iya-iya dia kata jangan salah tafsir padahal dia punya tafsir langsung merapu ke laut.

Harakahdaily dalam berita bertajuk "Jangan salah tafsir kenyataan Tuan Ibrahim" melaporkan :

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Musfafa Ali menegaskan jangan ada mana-mana pihak menyalah tafsir kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tentang kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang.
Beliau berkata, kerjasama politik boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan tidak semestinya kerjasama itu berlaku apabila PAS menyertai Pakatan Harapan.

"PAS tidak akan masuk Pakatan Harapan tetapi dalam waktu yang sama PAS menjalinkan kerjasama dengan PKR iaitu salah satu anggota Pakatan Harapan. Tetapi dalam kepala orang di luar sana kerjasama ini bererti masuk Pakatan Harapan. Ini tidak betul," katanya kepada Harakahdaily. - Hrkh.

Nak gelak pun ada bila aku baca komen bangang veteran PAS yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Cikgu Pa ni pasai saranan gencatan senjata Ust Tuan Ibrahim tu. Iya-iya dia kata jangan salah tafsir padahal dia punya tafsir langsung merapu ke laut.

Malaysiakini semalam dalam berita bertajuk "PAS tawar 'gencatan senjata' pada Pakatan Harapan" melaporkan:

PAS hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.

“Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar Umno-BN. - Mkini.

Juga dilaporkan:

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

“Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.

“Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan,” katanya. - Ibid.

Jelas sangat nampak dalam kenyataan Ust Tuan Ibrahim tu keyword nya adalah "gencatan senjata" dan juga "bertolak ansur" bukannya "kerjasama".

Lagi satu, sangat jelas berita tu tulis "gencatan senjata" dan "bertolak ansur" tu antara PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR Amanah bukannya sekadar dengan PKR tu pun setakat ni tinggal dalam Kerajaan negeri Selangor saja.

Walaupun salah seorang Naib Presiden PAS Iskandar Abdul Samad yan juga Exco Selangor yang sokong saranan Ust Tuan Ibrahim tu, aku sangat tak yakin saranan Ust Tuan Ibrahim tu akan jadi pendirian PAS.

Malah aku langsung tak heran kalau lepas ni Ust Tuan Ibrahim akan kena belasah oleh "geng Ustaz".

Lagi pun, dalam pemilihan sebelum ni yang 'setandan' pimpinan PAS disingkirkan oleh perwakilan hasil 'chai geng ustaz' sebenarnya Ust Tuan Ibrahim bukan pilihan utama untuk jawatan Timbalan Presiden.

Depa sebenarnya nak jolok Ust Nik Amar untuk jawatan tu tapi pasai depa tak yakin Ust Nim Amar boleh kalahkan Mohamad Sabu pasai tu depa kemudian namakan Ust Tuan dalam 'chai' depa.

Cenangau D'kari

1 comment:

  1. Pendekar mustarjo buat kenyataan,
    Pendekar spenda besar bagi ulasan..
    Hebat

    ReplyDelete