Wednesday, July 13, 2016

Cetusan Shafie Apdal: Sabahan bangkit!

SABAHAN BANGKIT!
( cetusan Shafie Apdal)

BERIBU-ribu ekar tanah di Sabah dihentam ambil secara rakus menjadi milik orang lain secara share dengan VVIP Sabahan atas nama kroni atau suku sakat, sementara orang lokal dihalau oleh tuan tanah yang baru memilikinya.

Lihatlah sepanjang perjalanan Ranau-Telupid-Sandakan-Lahad Datu-Tawau-Kalabakan-Sipitang hingga ke Beaufort terus ke Membakut.

Sabahan hanya melihat lori2 kelapa sawit mengangkut hasil dan tidak menikmati apa-apapun sesudah hutan2 balak mereka gasak hingga botak dan " langis" menjadi padang jarak padang tekukur.

Tidak cukup dengan itu, mereka mendapat anugerah diberi pulau2 di Sabah dan kemudian dijual kepada taukeh2 dari luar dan mereka jadi kaya serta merta membina rumah ala istana dan di halaman tersusun kereta2 mewah dari luar negara.

Inilah yang terjadi di depan mata dan dusun/kadazan/murut, brunei, suluk bajau hanya melihat dengan putih mata mata tetapi ada yang cukup gembira sekadar mendapat projek bersih parit untuk cukup makan dan tampil ke jalan raya mengatakan "TATAP BN" tanpa ia rasa mulut disuapi pisang belakang disondol lori sang pencuri perampok khazanah negara.

Keadaan itu tidak mengapa sebab Sabahan jenis baik hati dan rela apa saja kesan mungkin Br1M dan tangki biru atau huluran seringgit dua di musim election kala YB bertandang ke rumah atau ketemu di jalan raya selesailah bil letrik dan air.

menyingkir TPM dan Mukriz, apa lagi menggantung Shafie Apdal tanpa tunjuk sebab bukan sesuatu yang remeh dan ini satu penghinaan buat Sabahan yang selama ini selalu saja berkata " inda apa bah asal aman"

Ungkapan itu tidak lagi buat Sabahan sebab Sabah sebenarnya tidak lagi aman di sana sini ada saja penculikan hingga kita dalam ketakutan dan dalam negeri ada saja ragut rampas curi kesan ekonomi kian susah dan kasus yang dikatakan ini Sabahan tidak lagi boleh berdiam diri terpaksa bangun dan siap menendang terajang tanpa peduli apapun.

" Kami bukan binatang jalang dan kali ini kamu tahulah langit itu tinggi rendah" kata ramai orang dan dalam kepala mereka kebencian yang mendalam bukan kerana menteri2 yang kaya tetapi kesan perbuatan yang melampau hingga Sabahan menerima anugerah termiskin sekali di Malaysia.

Ekonomi Sabah hanya tumpah di pangkuan menteri yang berniaga dan merampas harta tanah dibina bangunan dan disewakan untuk jabatan kerajaan dan untungnya terus terjun ke kantung sendiri anak bini simpan dana di luar negara.

di mana saja kamu KDM dusun murut, brunei, kedayan rungus bajau suluk dan sebagainya?

jelas kali ini kalau tidak bangun baiklah bersayurkan pakis menjadi terus lembik dan melembu tanpa melawan tetapi terus syok di whatsapp twitter dan sebagainya mengatakan kata INI KALILAH sebalik kata INI KALILAH itu menikam diri menjadikan diri hamba abadi sebab pemimpin parti kaya kesan pecah undi dan kamu dapat apa? tahi gigi!

Saya malu melihat perangai orang kita sedikit dana dikasih puji melangit dan sayur pakis dimakan sudah cukup kata mereka dan kalau begitu kamu bukan seorang anak watan tetapi pengecut dan bacul, tak mahu bangkit sedang di semporna sandakan, labuk, beluran ranau kudat membakut, beaufort, kuala penyu bakal bangun tendang menendang parti dikata keramat bernama UMNO.

Mari bersama DSSA kita berdiri berjalan seiringan dan bantai sang pengkhianat dan kita bukan saja mahu makan sayur pakis, kita mahu sedikit senang makmur merasa KFC atau makan di hotel lima setahun sekali.

kita sirna pengkhianat dari bumi bertuah ini sehebat berdirinya gunung kinabalu yang mantap dan gagah perkasa, sedang hominudon dan pak aki mula mendengar cerita ini dan bakal semula berjalan bersama kita sementara antanom juga bakal mendepan segalanya siapa teringat kasus Rundum.

ISMAILY BUNGSU
12 julai, 2016
11:02am

1 comment:

  1. ORANG SABAH BODOH

    OTAK SEPILOK memanjang

    Jadi manusia pun tak tahu.

    Shafie sudah di hina pun tak buat apa apa

    ORANG SABAH patut bangun keluar DAJJAL dari BUMI SABAH ikut OTAK SARAWAK

    Di bangga bela BEWAK hingga papa miskin kedana SEPILOK saja di mata dunia

    BODOH SAJA

    ReplyDelete