Saturday, May 7, 2016

Sosok inilah yang tunjukkan akhlak Islam yang hebat

AKHLAK ISLAM YANG DITUNJUKKAN OLEH TUAN GURU NIK AZIZ CUKUP HEBAT..

Rasulullah saw pernah dimusuhi oleh golongan Yahudi dan Nasara yg tidak pernah mahu mengiktiraf Rasulullah sebagai Rasul terakhir bagi umat manusia..

Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka ke atas Rasulullah, ada yg mahu memukul, mencedera dan membunuh Rasulullah saw..

Ada yang melempar najis setiap hari di hadapan pintu rumah dan laluan untuk masuk ke rumah Rasulullah saw..

Tetapi tidak pernah sekali pun Rasulullah mencerca, memaki hamun, mengugut atau menyinsing legan untuk bertumbuk dgn Yahudi dan Nasara..

Pernah beberapa kali saidina Umar mahu memukul dan memenggal leher Yahudi yang sering menganiaya Rasulullah dan keluarga baginda tetapi dihalang oleh Rasulullah saw..

Akhlak mulia Rasulullah tersebut membuatkan Yahudi dan Nasara menjadi segan dgn Rasulullah dan akhirnya mereka terpaksa tunduk di bawah pemerintahan Rasulullah saw di dalam Negara Islam Madinah..

Setakat ini hanya Tuan Guru Nik Aziz sahaja yg mampu menterjemahkan akhlak islamiyah seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dahulu..

Al Marhum benar2 mencontohi Sunah dan Akhlak Rasulullah.. Walaupun tekanan yang Nik Aziz terima tidak sehebat apa yang pernah dilalui oleh Rasulullah..

Niat Al Marhum Nik Aziz untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan seawal tahun 90an dahulu ditentang keras oleh Tun Mahathir dan Tun Mahathir mengugut akan melakukan MAGERAN (rampasan kuasa melalui ketumbukan bala tentera) jika Nik Aziz masih berhasrat mahu meneruskan agenda Hududnya..

Nik Aziz terpaksa menangguhkan sementara niat tersebut dan tetap bersabar serta tidak memaki hamun Tun Mahathir sebaliknya Nik Aziz terus menerapkan nilai2 islam ke atas kerajaan di bawah pemerintahannya (Fiqh Allawiyat).

Penentangan terhadap agenda Hudud turut disuarakan oleh saudara Karpal Singh dari DAP dgn mengeluarkan kenyataan keras "Over My Dead Body" atau "Langkah Mayat Aku Duhulu" jika mahu laksanakan Hudud.. kerana selaku pengamal undang2 saudara Karpal Singh tetap berpegang di prinsip ilmunya dalam mempertahankan Pelembagaan Negara.

Serangan Karpal Singh ini juga tidak disambut dgn cercaan dan makian oleh Nik Aziz kerana Rasulullah saw tidak pernah mendidik umatnya memaki hamun dan mencerca org lain termasuklah ke atas bukan islam..

Kenyataan saudara Karpal Singh "Over My Dead Body" merupakan kenyataan yang cukup keras dan melampau berbanding kenyataan dari pimpinan bukan islam yang lainya, seolah2 saudara Karpal Singh mengistiharkan perang dan pertumpahan darah antara islam dgn bukan islam tetapi di atas sifat Nik Aziz yang sentiasa menjunjung sunah dan akhlak Rasulullah saw serta mahu menterjemahkan islam sebagai agama kasih sayang dan Rahmatan Lil Alamin serangan tersebut berjaya diatasi dengan penuh hikmah..(Fiqh Allawiyat)

Nik Aziz menyantuni saudara Karpal Singh dgn akhlak islamiyah sebagaimana yg telah diajar oleh Rasulullah saw.. akhirnya tentangan serta serangan saudara Karpal Singh semakin kedur.. DAN yang lebih menariknya mereka berdua boleh duduk semeja bersama2 dgn Datok Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk Tahaluf Syiasi dalam kesepakatan politik (Pakatan Rakyat) yang menjadi keutamaan bagi menumbangkan regime zalim UMNO Barisan Nasional (Fiqh Allawiyat).

Melalui kesepatan tahaluf siasi itulah baru masyarakat bukan islam mulai mendekati PAS dan mulai wujudnya DHPP yang anggotai oleh bukan islam sebagai sayap kepada PAS.. DAN dengan tahaluf siasi itu jugalah PAS mulai merasa menjadi  kerajaan di pantai barat (Selangor dan Perak).

- sayangnya manusia itu gelojoh dan mudah alpa pabila sifat ego dan tamak mulai mengusai diri..

SEJARAH INI PASTI AKAN TERPAHAT BUAT RENUNGAN ANAK BANGSA..

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS

No comments:

Post a Comment