Monday, May 2, 2016

“Saya bukan anti-Umno, tidak... saya anti-Najib" - Mahathir

'Saya PM 22 tahun pun tak pernah pinjam RM1b'
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI - 2 MEI 2016
Mahathir ketika berucap pada program Pidato Selamatkan Malaysia malam tadi.

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui masih sayang kepada parti keramatnya walaupun bertindak meninggalkan Umno sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan untuk keluar Umno dibuat kerana tidak suka cara pentadbiran yang dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Saya bukan anti-Umno, tidak... saya anti-Najib. Selama ini negara kita walaupun punyai berbilang kaum, parti lawan dan parti kerajaan, tapi pentadbiran boleh dijalankan dengan baik.

“Hari ini kita lihat cara Najib tidak disenangi dan kesannya amat buruk kepada negara. Kita berhimpun kerana sedar bahawa yang salah ialah Najib, tetapi dia kata tak salah,” katanya di hadapan hampir 10,000 orang pada program Pidato Selamatkan Malaysia di pekarangan Wisma Harapan di sini, malam tadi. 

Menurutnya, kerjasama dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat bukan melibatkan soal parti atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya memperjuangkan hak rakyat.

“Kita tahu dia (Najib) menunjukkan kononnya begitu demokratik dalam Umno, pemilihan pemimpin dibuat oleh wakil seramai 2,000 orang. Dia ingin perluaskan supaya lebih ramai ahli Umno dapat menyertai pemilihan pemimpin dan kita berasa lega juga.

“Baik sungguh Najib, yang tak ada hak pun diberi hak. Tapi ini suatu penipuan kerana bukan jumlah undi daripada ahli-ahli diambil kira sebaliknya jumlah bahagian yang menentukan siapa menjadi pemimpin,” katanya.

Beliau berkata, pengalamannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga tidak pernah meminjam wang sebanyak RM1 bilion.

“Kita ada had tak boleh pergi lebih jauh dari itu, tapi Najib bijak daripada saya. Bukan kerajaan yang pinjam, tapi syarikat (1MDB) yang berhutang. Kenapa begitu banyak hutang diberi kepada syarikat ini, tentulah kerana jaminan oleh kerajaan.

“Secara tak langsung, ini bermakna kerajaan yang berhutang. Sekali lagi nampak putar belitnya, dia tak akan kata kerajaan yang berhutang, sebaliknya hutang 1MDB,” katanya.

# Sengaja aku latak tajuk tu supaya orang-orang yang menyokongnya tu faham dan tak payah tidur dengan aksinya sekarang

No comments:

Post a Comment