Tuesday, May 10, 2016

PRN Sarawak: Kerusi yang hilang deposit

[5/8, 21:57] ‪+60 19-490 1015‬:
Ukuran sebenar adalah semenanjung... jgn ambik pusing sgt sarawak.. sebab semua parti ada yg hilang deposit

[5/8, 21:57] ‪+60 19-490 1015‬:
Selepas letih bermujahadah, tiba masanya bermuhasabah.

Tentang calon hilang deposit, ia tidaklah sesuatu yang memeritkan sangat kerana semua parti pembangkang mengalami nasib yang serupa.

Bil calon hilang wang deposit:

DAP 7/31 - 22.6%

PAS 7/11 - 63.6% (umur parti 60 tahun )

PKR 10/40 - 25%

AMANAH 9/13 -69.2% ( umur parti 7 bulan , pilihanraya pertama )

PBDS 5/5 - 100%

STAR 7/10 - 70%

BEBAS 18/36 - 50%

Jadi dengan jadual di atas, prestasi Amanah yang baharu ditubuhkan tidaklah seteruk mana jika kehilangan depositi dijadikan ukuran.

Kepada semua petugas kita ucapkan terima kasih, syabas dan tahniah diatas usaha yang bersunguh-sungguh. Sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam, kita sering membaca ayat-ayat motivasi terindah dari Al-Quran

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran, 3:139)

Teringat kata-kata Al Marhum Prof Zulkifli Muhammad:

".... ingatlah bahawa tidak ada kebenaran yang menang dengan tidak bekerja, dan tidak ada kejahatan yang kalah kalau dia bekerja. " - Fikry

No comments:

Post a Comment