Rahimah Abdullah, Astro Awani | Mei 11, 2016 20:06 MYT
Pada masa sama katanya, isu-isu tempatan dan nasional yang bermasalah perlu diselesaikan untuk memastikan pengundi berasa selesa dengan parti berkenaan.
Malah katanya, sama ada pembangkang atau BN, strategi tiga hari sebelum pilihanraya itu penting untuk memastikan kemenangan.
"Kalau di Sarawak, misalnya mula kita tengok kerusi itu sangat panas. Itu yang sampai kita tidak sangka perubahan yang sangat mendadak keputusan pilihanraya," tambahnya. - video di sini
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak yang bakal diadakan dilihat sebagai kayu pengukur kepada prestasi pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Semenanjung, ujar Pensyarah Jabatan Sosio Budaya, Akademi Pengajian Melayu Universiti Melayu (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.
Meskipun kemenangan besar BN pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang baru tamat adalah satu petujuk positif, namun ia bukan ukuran sebenar.
"Ukuran sebenar kepimpinan Putrajaya ialah dua pilihan raya kecil itu. Kalau berjaya maka, mungkin cepatlah PRU akan datang," katanya pada Seminar dan Forum Analisis Politik Sarawak 2016 di Akademi Pengajian Melayu UM di sini hari ini.
LAPOR LANGSUNG: Rangkuman Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11
"Di Sungai Besar misalnya, ada isu Ketua Bahagian yang tidak rapat dengan Pemuda dan ada banyak lagi isu. Cuma kita harap sana (Sungai Besar), "budaya politik Jawa" itu boleh mengubah undi," kata Dr Awang Azman.
Beliau berpendapat pemilihan calon yang tepat dan tidak mensabotaj parti akan memastikan kemenangan BN di kedua-dua kerusi berkenaan.
"Inilah faktor perlu dipertimbangkan. Pada masa sama, budaya politik Jawa atau budaya etnik ini seperti konsep taat dan kerja kuat masih relevan dalam konteks pilihan raya berkenaan," ujarnya.
Meskipun kemenangan besar BN pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang baru tamat adalah satu petujuk positif, namun ia bukan ukuran sebenar.
"Ukuran sebenar kepimpinan Putrajaya ialah dua pilihan raya kecil itu. Kalau berjaya maka, mungkin cepatlah PRU akan datang," katanya pada Seminar dan Forum Analisis Politik Sarawak 2016 di Akademi Pengajian Melayu UM di sini hari ini.
Beliau memberi contoh, sentimen Jawa boleh diperluaskan di Parlimen Sungai Besar bagi menarik sokongan pengundi di kawasan itu.
Beliau berpendapat pemilihan calon yang tepat dan tidak mensabotaj parti akan memastikan kemenangan BN di kedua-dua kerusi berkenaan.
"Inilah faktor perlu dipertimbangkan. Pada masa sama, budaya politik Jawa atau budaya etnik ini seperti konsep taat dan kerja kuat masih relevan dalam konteks pilihan raya berkenaan," ujarnya.
Kemenangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bukan ukuran sebenar. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Malah katanya, sama ada pembangkang atau BN, strategi tiga hari sebelum pilihanraya itu penting untuk memastikan kemenangan.
No comments:
Post a Comment