Pemecatan Husam buka pintu struktur baru politik Malaysia, kata penganalisis
06 Mei 2016 | BORHAN AHMAD
Kalangan penganalisis yakin pemecatan Datuk Husam Musa dari Pas bakal memberikan laluan lancar kepada pembentukan satu struktur baru politik Malaysia khasnya di kalangan orang Melayu.
Penganalisis Ilham Centre, Hisomuddn Bakar berkata, pemecatan ini akan memudahkan laluan itu kerana itulah yang diperlukan oleh Malaysia sekarang selepas Pas berpecah pada tahun lalu dan segala masalah yang berlaku dalam Umno dan PKR sekarang.
"Saya yakin selepas Husam dipecat, proses pembentukan struktur politik baru di Malaysia akan lebih lancar," kata pengerusi eksekutif badan penyelidik bebas itu kepada Malaysia Dateline.
Husam dipecatkan dari Pas oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas bermula 24 April lalu namun diumumkan secara rasmi oleh pengerusinya Dr Sanusi Daeng Mariok hari ini.
Pemecatan Husam bermakna beliau bebas bergerak untuk menyertai mana-mana pihak selepas sentiasa tidak senang dengan kepimpinan Pas yang ada sekarang.
Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Penganjur Deklarasi Selamatkan Malaysia negeri Kelantan sentiasa tidak senang dengan keputusan Pas dan juga kepimpinan kerajaan negeri Kelantan.
Tindakan berani Pas
Di pihak Pas pula, kata Hisomuddin, memecat Husam adalah satu tindakan berani oleh parti Islam itu.
"Ia satu tindakan berani oleh Pas dalam membuat pemutihan parti itu," katanya.
Dengan keputusan ini juga, katanya, ia akan memudahkan bekas naib presiden PAS yang berpengaruh itu untuk meletakkan hala tuju politiknya.
"Husam perlu letakkan hala tujunya kemana beliau ingin bawa dalam karier politik beliau," kata Hisomuddin yang banyak mengikuti dan membuat kajian tentang politik Melau khasnya politik Kelantan yang dinamik itu.
Bagi Hisom, tindakan ini akan membebaskan pergerakan Husam dalam segala segi termasuk isu cerai takliq dan baiah dalam Pas.
"Husam kini bebas bergerak selepas dipecat bukan dia yang tinggalkan Pas," kata Hisomuddin.
Sementara itu, seorang peguam Pas, Wan Zainudin Wan Musa berkata beliau menyokong keputusan Pas memecat Husam.
Namun beliau sedar ramai juga yang tidak setuju dengannya.
"Kepada yang tidak setuju, itu hak pribadi anda. Bila jamaah sudah membuat keputusan taat dan patuhlah walaupun ia tidak sesuai dengan selera anda," katanya melalui laman sosial Facebook.
Namun begitu, rakan beliau Fais Al Hajari tidak setuju dengan tindakan ini.
"Jujur aku cakap, aku tidak berapa berkenan dengan keputusan ini. Aku lagi prefer Husam digantung keahlian selama setahun atau seumumur hidup, biar dia jadi jeruk tapai kat situ sorang-sorang dan dalam masa yang sama terikat dengan baiah.
"Husam memang nak dirinya dipecat selama ini dan kita pi tolong dia dapatkan apa yang dia nak buat hape," katanya dalam akaun facebooknya.
06 Mei 2016 | BORHAN AHMAD
Husam Musa

No comments:
Post a Comment