Friday, May 20, 2016

PAS Minta Amanah 'Cermin Diri': PAS dah ke 'kencing dalam tempurung'?

PRK Kuala Kangsar: PAS Minta Amanah 'Cermin Diri' Sebelum Tanding
Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 9:53 AM
Razman Zakaria

IPOH: PAS Perak mengakui sukar untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Pesuruhjaya negeri Razman Zakaria berkata kesukaran akan timbul apabila Parti Amanah Negara (Amanah) yang terdiri daripada bekas anggota PAS turut bertanding di PRK itu.

"Kalau tiga penjuru ia akan lebih sukar kerana Amanah akan mengambil pengundi daripada blok pembangkang dulu," katanya dalam sidang media mengenai PRK Kuala Kangsar di sini Khamis.

Razman meminta Amanah supaya 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat bertanding kerusi yang merupakan tradisi PAS sejak 1959.

"Amanah...yang kononnya profesional, sebelum masuk (bertanding) bacalah dahulu latar belakang...kaji undi teras. Untuk pengetahuan, PAS mempunyai cawangan di semua 26 unit peti undi dalam Parlimen Kuala Kangsar dan setiap cawangan kami ada ahli.

"Amanah baru ditubuhkan, anggota jawatankuasa (AJK) di kawasan pun tak cukup berbanding dengan kita (PAS) yang mana 20 hingga 30 peratus AJK di cawangan itu adalah penyokong kuat," katanya.

Razman menegaskan PAS tidak sama sekali akan memberi laluan percuma kepada Amanah untuk bertanding dalam PRK Kuala Kangsar walaupun terdapat desakan daripada pihak tertentu agar ia berbuat demikian.

Tambah Razman, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan calon parti itu bagi PRK Kuala Kangsar pada 28 Mei.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, korban nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban dalam insiden itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

1 comment:

  1. Sahibul Semak PJ PAS Perak buat kira2 tentang cawangan PAS Perak tu betul ke?? Yg masuk facebook tentang pecahan pengundi pun 4 kali amend..
    Cermin macam mana dia maksudkan ya??

    ReplyDelete