Saturday, May 7, 2016

Marahlah kepada Najib!

Saturday, 7 May 2016
JANGAN MARAH NETIZEN, MARAHLAH KEPADA NAJIB!!

Marah benar para penyokong, pengampu dan pembodek Najib Razak terhadap segelintir warga internet atau netizen yang cuba mengaitkan tragedi kemalangan helikopter di Sarawak itu dengan Perdana Menteri dan isterinya, Rosmah Mansor.

Bukan saja netizan itu dikecam dan dilabel dengan macam-macam gelaran oleh penyokong, pengampu dan pembodek tersebut, malah sebuah portal dedak juga melabelkan mereka sebagai golongan "otak rosak".

Di bawah ini ialah antara luahan netizen itu:-
 
 
 
Teliti betul-betul sama ada ia luahan "otak rosak" atau terlibat percubaan menghina dan mempersenda mangsa kejadian helikopter malang yang tidak berdosa itu?

Jika tidak, relakslah bro...jangan marah-marah tak tentu pasal!!

Mempersenda Najib? 

Bukankah perkara biasa bagi rakyat meluahkan perasaan kerana terlalu kecewa kepada Najib, lebih-lebih lagi jika terlalu banyak perkara yang tak betul daripada betul yang begitu ketara yang dilakukannya?

Adakah meluahkan perasaan marah dan kecewa itu suatu kesalahan, terutama atas kapasiti sebagai pembayar cukai dan pembayar gaji kepada pemimpin?

Yang tidak boleh marah-marah ialah pemimpin sebab kedudukan mereka lebih bergantung kepada sokongan rakyat. Sebab itu, Najib dilihat tidak beretika apabila pernah melabelkan peneroka Felda yang menentang kerajaan sebagai "haram jadah" tidak berapa lama dahulu.

Tetapi, kenapa warga internet ternampak begitu berleluasa cuba mempersenda dan mengaitkan tragedi itu dengan Najib dan Rosmah? 

Mengapa ia tidak dikaji dan diteliti secara mendalam?

Adakah jika Najib tidak terlibat dalam isu 1MDB dan skandal kewangan ribu-ribu juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya, luahan begitu masih wujud di media sosial?

Apakah jika Najib dan isterinya tidak dikaitkan dengan begitu banyak pembaziran, kemewahan, pembelian barang mewah, percutian mahal, pakaian gemerlapan, kenduri hebat dan sebagainya, maka sampai hati netizen mempersenda mereka sebegitu rupa?

Apakah jika Perdana Menteri kita seorang yang baik, tidak boros, tidak bermewah, tidak suka barangan mewah, hidup sederhana, cakap serupa bikin dan tidak terpalit dengan apa-apa skandal, mereka tetap akan dipersenda juga?

Atau apakah jika bukan Najib yang menjadi Perdana Menteri, luahan yang sama masih tetap apa di media-media sosial?

Pokoknya, sama ada mahu mengakui atau tidak, luahan netizen itu adalah curahan rasa semasa dan kecewa rakyat jelata yang jelas menggambarkan mereka sudah begitu menolak kepimpinan Najib, cuma ada yang berani menulisnya secara terbuka dan ada yang hanya menyimpannya dalam hati.

Oleh itu, sebelum marah "macam-macam" terhadap netizen yang berani dan terbuka itu, Najiblah yang selayaknya dan patut dimarahi terlebih dahulu kerana berbuat terlalu banyak "macam-macam" sebagai pemimpin yang bukan saja tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelumnya, malah jarang juga dilakukan oleh pemimpin lain di dunia ini. (SH 07/05/2016) - sumber

1 comment:

  1. Aku pun berdoa semoga satu hari jet yg bawa lanun dan ahli sihir tehempas..
    Kecik2 takmau mampus..
    Bila besaq melanun je keje

    ReplyDelete