Monday, May 23, 2016

Kita tengok anu sape yang layu: Cabar atau tunjuk angkuh sombong?

Azmin tidak akan berani pecat Exco Selangor, kata Dr Zuhdi
 | MALAYSIA DATELINE
Dr Mohd Zuhdi MarzukiDr Mohd Zuhdi MarzukiTimbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiada hak untuk memecat tiga exco Pas Selangor.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Pas juga tidak mudah melatah dengan melancarkan serangan balas terhadap tindakan Azmin itu sebaliknya mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada perkara itu akan berlaku atau ia sekadar khabar angin sahaja.
Azmin dijangka tidak akan berani memecat tiga Exco Pas di Selangor yang sepatutnya dilakukan pada hari ini (Isnin) iaitu Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor dan Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
“Kena ingat, Pas tidak makan ugutan, tengok Presiden kita pun tidak takut diugut, kita sudah biasa ada kerajaan, kita sudah biasa tidak ada kerajaan, kita memang tidak takut dengan ugutan.
“Dia hanya boleh mendapat perkenan dari Sultan, tapi dia tidak boleh pecat, selagi tidak dapat perkenan Sultan, dia tidak boleh pecat,” ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat bulanan Pas Pusat pada Ahad lapor portal Agendadaily hari ini.
Zuhdi menambah, serangan Azmin itu tidak akan sesekali menjejaskan hubungan Pas dan PKR yang masih terjalin menerusi pentadbiran kerajaan Selangor.
“Kita masih di dalam kerajaan. Kalau turun berkempen di Sungai Besar, kita akan turun sebagai kerajaan juga. Walaupun DAP masuk (bertanding) pun, Pakatan Harapan masuk pun, maknanya mereka dan kita sebagai kerajaan,” katanya.
Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang parti itu menunggu tindakan daripada Azmin sama ada ingin terus memecat tiga exco Pas di Selangor atau tidak sebelum membuat sebarang kenyataan ekoran keputusan muktamad parti itu bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar..
“Pasal Azmin itu kita tunggu dia buat (pecat) atau tidak,” katanya seperti dipetik.
PKR dikatakan berbuat demikian kerana mahu bertanding di kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh Pas.
Mengulas lanjut tentang perkara tersebut, jelas Abdul Hadi lagi, parti itu bagaimanapun tetap akan meletakkan calon dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Ya, Pas akan bertanding, tentang calon, Jawatankuasa Pilihanraya Pas akan beritahu nanti,” tambahnya.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

1 comment:

  1. Permasalahan tentang calon2 yang bakal bertanding di dua PRK ni, bagi DEN benda senang. Tiada masalah sebenarnya! Jika semua parti komponen PH bersetuju bahawa calon dari Parti Amanah akan bertanding, maka muktamadkanlah. Jangan berdolak-dalik dan putar belit sebab rakyat sudah muak dengan parti politik yang kerjanya dolak-dalik dan putar-belit.

    Cerita tentang PAS nak bertanding tu pi lantaklah kat dia! PAS bukan parti komponen PH dan PAS juga telah menunjukkan sikap bermusuhan dengan PH. Maka tidak ada lagi asas untuk berunding dengan PAS. PAS nak bertanding ke, nak jadi penasihat ke, nak jadi gembala lembu ke, pi lantaklah kat dia! PH sudah tiada kaitan dengan PAS. Pas nak buat apa pun lantak pi lah!

    Dua PRK ini adalah medan PH untuk membuktikan kepada rakyat bahawa PH adalah harapan rakyat dan memperjuangkan harapan rakyat. PH mesti menunujukkan kepada rakyat bahawa PH adalah satu kesatuan yang jitu yang tak takut dengan mana2 parti politik. Matlamat PH adalah Putrajaya dan PH akan berjuang untuk menawan Putrajaya sekalipun terpaksa berlawan dengan UMNO/BN dan PAS sekaligus. Pertandingan 3 atau 10 penjuru? Bring it on! Show the people what you are made of! Show the people that PH will not bend down to any political party and to any coercion! PAS? UMNO dan BN? If they are the enemy of the people then they are the enemy of PH! No retreat and no surrender!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete