Monday, May 9, 2016

Kemenangan BN di Sarawak: Kenyataan media Mahfuz

Kenyataan Media.

KEMENANGAN BN DISERAWAK TAK BERMAKNA BN BETUL,GST BAIK,NAJIB TAK SALAH DAN SKANDAL NEGARA 1MDB SELESAI.

1.Kemenangan BN diserawak tidak bermakna BN betul,GST baik untuk rakyat,Najib tak salah dan SKANDAL NEGARA 1MDB selesai.Kemenangan BN diketahui umum dengan lambakan wang dengan pengumuman projek dan peruntukan untuk memberi harapan kepada rakyat Serawak supaya mengundi BN.Dalam PRU13 diakui oleh Nazir adik PM Najib yang beliau diarah oleh abangnya untuk menyalurkan AS$7 juta (RM27.5 juta) dari akaun perbadi abangnya Najib kepada jentera parti Umno Bn secara tunai sebelum PRU13.Apa yang dilakukan Nazir sangat diperstikaikan dari mana abangnya Najib memperolehi wang tersebut.Saya percaya inilah juga yang berlaku pada PRN11 Serawak.

2.Najib dan BN sangat mengharap kemenangan besar sehingga membelanjakan wang besar untuk jentera Putrajaya berkampung di PETRA JAYA Serawak.Harapan Najib dengan kemenangan yang telah diperolehi akan membenamkan dan mematikan semua serangan yang dihalakan kepadanya serta menutup mulut yang meminta beliau berundur.

3.Najib cuba menggunakan rakyat khususnya pengundi Serawak yang kekurangan maklumat apa yang berlaku diPutrajaya untuk membersihkan segala  kemungkaran politik salah guna kuasa dan kemungkaran ekonomi rasuah sendiket penipuan wang negara yang dilakukannya bersama pemimpin Umno BN.Najib dan Pemimpin Umno BN membawa sembahan tuhan wang bagi menjayakan misi mencuci DOSA kemungkaran politik dan ekonomi.

4.Kepada Najib dan kuncu kuncunya harus ingat kamu tak boleh terus menipu dalam semua masa.Gerakan rakyat akan terus melangkah kehadapan menyelamatkan Malaysia.Kepada rakyat saya mengingat jangan sampai kerana bertuhankan wang kita memusnahkan negara dan generasi baru Malaysia.Masa belum terlambat untuk rakyat bangkit perbetulkan negara dan meletakan kembali Malaysia dilandasan dengan menyingkir Najib dan kuncu kuncunya dengan segera.

#UndurNajib
#ReformNegara
#SelatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
8 Mei 2016/1 Sya'ban 1437H
12.30pm Masjid Sultan Singapura.

No comments:

Post a Comment