Tuesday, May 3, 2016

Hikayat 1MDB: Betulkah mereka faham?

TUESDAY, 3 MAY 2016
Hikayat 1MDB

Ramai orang kata, orang Melayu, terutama yang diluar bandar tidak pedulikan isiu 1MDB. Mereka tidak faham. Oleh kerana itu Najib akan terus jadi PM. 

Agaknya itulah menyebabkan sang isteri kata- 1MDB tidak mengapa apakan Najib - ianya semua ujian dari Allah.Sahaja orang fitnahkan Najib. Orang dengkikan Najib. Itu saja.

Saya rasa pandangan ini tidak benar. Orang Melayu faham 1MDB itu apa. Dan fitnah tidak ada pengluahan bukti2 dan petanda. 

Pertama mereka faham- 1MDB ialah syarikat tunggangan yang diujudkan untuk curi wang.Dari mula sudah ada niat menipu. Kenapa 1MDB mahu berJV dengan syarikat yang didaftar di British Virgin Islands? Tempat ini ialah dimana syarikat didaftar untul lari dari cukai dan menyembunyikan perniagaan dari siasatan pihak rasmi.

Kedua ianya syarikat yang diberi kapasiti meminjam wang yang banyak. Najib beri surat jaminan dan surat selesa. Kalau apa2 jadi, kerajaan akan bayar. 

Orang Melayu faham oleh kerana Najib terlibat dari awal, maka 1MDB dibiarkan melakukan musibah dengan bebas.

Akhirnya, 1MDB menanggung beban hutang sehingga RM50 billion. 50,000, juta.

Mereka faham, disebabkan angkara Najib, 1 Malaysia dalam Bencana.

Mereka faham. 1MDB menyembunyikan karakter Najib yang sebenarnya. Dia tidak jujur dan tidak amanah. Dia suka berbohong. Dia sukakan wang. Sebab cash is king. Dia telah memanfatkan penyaluran wang berbilion Ringgit kepada dirinya. Duit masuk kedalam akaun peribadi nya. Berbiliun Ringgit terbang dan masuk dalam akaun.

Duit2 ini masuk secara tidak betul. Jika Najib jujur dia sudah beritahu lama asal usul wang tersebut. Kalau derma mengapa tidak istihar semasa siasatan dimulakan dan kesangsian rakyat terjadi?Kalau benar2 derma mengapa pecat peguam negara? mengapa ugur pegawai SPRM? mengapa pecat TPM?

Dia langgar undang2. Dan bila hendak siasat dia jadi penyekat kepada keadilan. Dia guna undang2 untuk menakutkan rakyat. Dia cengkam pihak PDRM.

Lakukan semua ini sementara menegaskan dia tidak lakukan apa2 angkara durjana?Langkah2 ini menunjukkan perilaku orang yang bersalah.

Dia pemimpin yang paling tidak bertanggungjwab dalam sejarah Malaysia.

Orang Melayu faham ini semua. Mereka beragama Islam. Mereka berpegang kepada tali Allah. Mereka meyakini sibghah Allah mewarnai kehidupan meraka.

Mereka tidak boleh sokong pemimpin yang zalim.

Jadi adalah tidak benar mengatakan isiu 1MDB tidak terkesan keatas orang Melayu.

Tapi elok lah juga saya menurunkan hikayat 1MDB. 

Mula2 seorang anak raja Arab menulis surat kepada Mr Najib memberi cadangan menubuhkan syarikat kerjasama. Cadangan ini mengikut putera raja Arab ialah cetusan idea seorang Arab lagi bernama Tarek Obaid. Si Tarek ini kira2nya, budak Putera Turki lah.

Putera Arab yang nama nya Putera Turki melampirkan kertas cadangan khadam nya Tarek Obaid.

Najib yang saya kenal- akan arrange semua formaility dan buat semacam official dan kemudian serahkan kepada budak nya untuk act on it. Nampak macam semua elok, formal dan above board. Tapi semua sudah dirancang. Itu cara Najib operate.

Ini drama sahaja. Dan formality. Sebetulnya, Najib sudah tahu idea menubuhkan JV ini sudah dibincang oleh Jho Low, Tarek Obaid, dibantu oleh Li Lin Seet, Tiffany Heah, Casey Tang, Patrick Mahony dan Sharol Azral. Jho Low sudah sediakan storyline atau jalan cerita. Dia dah bincang dengan big boss. Boss Najib nama nya.

Semua sudah siap sedia sebetulnya. Tarek Obaid kata dia bersedia menjadikan syarikat nya, front atau pagar untuk beberapa bisness yang dirancang oleh Jho Low. Kerelaan ini ada makna. Makna nya, bahagian ana, ente jangan lupa.

Apabila sudah sedia, maka deal itu di tandatangani bulan September 2009. 28 September.

September to remember. Trila in Putrajaya.

Tarek Obaid sign bagi pihak Petrosaudi Holdings dan Sharol Azral sign bagi pihak 1MDB. Disaksikan oleh PM Najib Tun Razak.

Hanya yang kita tidak tahu sebenarnya, Petrosaudi Holdings Caymans telah pun mengujudkan dan mendaftarkan sebuah syarikat JVco- 1MDB/Petrosaudli Ltd( BVI) pada 18 september 2009. 10 hari sebelum upacara tanda tangan pada 28 September. Perompak2 telah merancang semua nya.

Mengapa Malaysia sebuah negara yang berdaulat- menjadikan sebuah syarikat yang berdaftar di BVI untuk melakukan plan besar nya? Dalam hal ini pun, nampak sangat 1MDB hendak bersubahat dengan Pak Arab untuk lari cukai dan menyembunyikan maklumat dari pihak berkuasa.

BVI ialah tempat syarikat2 yang hendak lari cukai, yang hendak sorok bisness dan sembunyi menempatkan diri mereka. Kenapa kerajaan menjadikan syarikat BVI sebagai special purpose vehicle nya?

Bila sign, tiba2 Petrosaudi kata anak syarikat nya, Petrosaudi Holdings

(Caymans) telah memberi pinjaman USD700 juta kepada PSI(caymans). PSI Caymans inilah yang nak dijadikan rakan kongsi. Rakan kongsi ada hutang sedia ada.

Surat beri hutang ini di tanda tangan oleh Tarek Obaid. Duit ini mesti kena bayar sebelum 30 September jika tidak no deal. Bayangkan ini- pinjaman bertatrikh, 25 September. 28 september JV di sain dan sebelum 30 September kena bayar.

Pemberi pinjaman ialah PS holdings. Peminjam ialah rakan kongsi 1MDB, Petrosaudi Ltd. Pemberi pinjaman nya A. Peminjam B. B kena bayar siapa? Tentulah B kena bayar kepada A.

Tapi seperti yang kita ketahui kemudian- bayaran dibuat bukan kepada A tapi kepada C. apa kaitan C dengan perjanjian A dengan B.  C ialah Jho Low, rakan seronok2 Najib.

Pihak 1MDB pun bodoh juga. Jika bakal rakan kongsi ada hutang kenapa tidak tuntut dan desak rakan kongsi clearkan hutang nya dahulu?

Tapi Najib yang saksi sign JV dengan PSI berada dalam loop dari awal. jadilah 1MDB/PSI. daftar di British Virgin Islands.

Jadi 1iMDB bayar. Tapi tidak  bayar kepada pemberi pinjaman ( PSH) tapi kepada satu syarikat yang tiba2 muncul- Good star Ltd.

Shahrol Azral bayar pada Good Star. Lembaga pengarah kata ini salah, mesti pulangkan. Shahrol azral kata- fuck off, saya hanya dengar arahan pemegang saham  syarkat- menteri kewangan. Ianya dibenarkan oleh article 117 M&A syarkat.

Awak semua boleh pergi terjun sungai kata shahrol azral. Terror budak ini. Sebab dia dilindungi oleh lanun bugis yang jadi PM kita.

Bank Negara kata kamu boleh hantar USD1 billion ke dalam akaun JVco di Bank A. Tapi si Shahrol tukar bank JV co kepada bank A*. Bank A* secara kebetulan ialah bank dimana tarek Obaid pun ada akaun. Nampak? Senang tarek Obaid menjalankan operasi nya.

USD 1 billion dihantar kedalam 2 akaun. Akaun pertama, akaun JVco di bank A*. akaun ke dua ke account Good Star Ltd/Jho Low.  Wakil Malaysia dalam Jv co ialah Shahrol Azral dan Casey Tang.

1MDB bayar USD 800 juta kedalam akaun JVco. USD 800 juta +USD330 juta kepada Jho Low. Kesemua nya USD1.830 billion.

Kemana ianya pergi?

Kesemua ini decontrol oleh 2 orang Tarek Obaid dan Jho Low.

Tarek Obadi control PSI( Cayman) dan PSH( cayman). Dua syarikat inilah yang bantai USD800 juta. Syariat Jho Low bantai USD1.030 billion. RM3.2 billion + RM 4 billion. Lebur RM7.2 billion.

Dimana………kan ku cari ganti? Tak perlu ganti kata Najib. Aku anak Tun razak. Melayu muliakan aku. Melayu cakap sahaja berpegang kepada tali Allah- tapi mereka akan berdiam diri sahaja. Melayu memamg kelabu taik asap.

Apa sudah jadi? USD1.83 billion sudah lesap. Assets yang dijanjikan oleh PSI tidak ada. Semua kelentong. Macam mana nak buat?

Batalkan JV co. tapi nak bayar balik, Petrosaudi tidak ada wang. Memang tidak ada wang. Tidak ada assets. Hanya kelentong dalam Bahasa Arab.

Entah macam mana, 1MDB dan penasihat lembaga pengarah kata ok- convert jadi 49% share dalam sebuah carikat cari gali milik Petrosaudi. Nama syarikat PSOSL.

Nilai nya 49% ini ialah USD2.2 billion. Hooray- dapat untung . USD1.8 billion jadi USD2.2 billion. Ada USD400 million untung atas kertas.

Takde cash. Semua atas kertas.

Habis bab ini, 1MDB jual 49% ini kepada sebuah syarikat bermama Bridge Partners ( BP). Harga nya ialah USD2.3 billon. Untung atas kertas round ke2, USD100 juta lagi. Tapi BP tak bayar dalam bentuk tunai. Ianya dibayar dalam bentuk units. Units kepala otak apa kita tak tahu.Husni Hanazlah bila di tanya- jawab kust units, units you know. Manalah budak watrwawan basuh kencing pun tak tahu, faham apa units. Saya pun tak faham sebab kerajaan tak pernah sebut dan sahkan- units of what? Binawe punya orang.

USD2.3 billion units ini di pindahkan kepada anak syarikat 1MDB Brazen Sky Ltd. Sekarang siapa dia Brazen Sky ini? Saya tidak tahu betul atau tidak cerita ini- tapi mengikut cerita financial people, BrazenSky ini syarikat anak Najib dengan isteri dahulu. Agaknya budak yang disebut dalam Panama Papers itulah.

Daripada USD2.318 billion ini kita tidak dapat satu sen pun. Ia nya telah lesap. Tarek Obaid dan Jho Low sudah sapu USD1.8 billion. USD 400 juta hanya cerita metos. Pelaburan dalam SPC pun suatu metos.

Kita tidak akan dapat semula USD1.83 billion ini. Dari USD1.83 billion jadi USD2.2 billion jadi USD2.318 billion. Semua nya sudah lesap disapu oleh Tarek Obaid dan Jho Low.

Ia nya di curi. Pemcurian ini di jalankan oleh Shahrol Azral, JHo Low, Casey Tang, Tarek Obaid dan mereka yang masih berkeliaran.

Dibelakang segala scam ini ialah menteri kewangan, agent 117. Dia yang berselindung disebalik pasal 117 dalam M&A 1MDB.

Posted by sakmongkol AK47 at 6:33 am

No comments:

Post a Comment