Friday, May 13, 2016

Haduiii....ambek kau!

Rafizi senarai jumlah hutang 1MDB yang dibayar kerajaan
 | MALAYSIA DATELINE
Rafizi RamliRafizi RamliJumlah keseluruhan hutang 1MDB yang telah dan berkemungkinan besar diambil alih Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM27.8 bilion.
Menurut Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, hutang-hutang ini juga menyebabkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terpaksa membayar faedah tahunan (dipanggil bayaran kupon) sepanjang tempoh hutang itu belum dilangsaikan.
Beliau seterusnya menyenaraikan jumlah hutang 1MDB yang telah dan berkemungkinan diambil alih oleh kerajaan:
HUTANG YANG TELAH DIAMBIL ALIH KERAJAAN
i. Hutang SRC sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) melalui pemindahmilikan SRC dari 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
ii. Hutang Bandar Malaysia sebanyak RM2.4 bilion dari Tabung Haji melalui pemindahmilikan Bandar Malaysia dari 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc)
HUTANG YANG BERKEMUNGKINAN TERPAKSA DIAMBILALIH
i. Hutang dalam bentuk bon berjumlah USD1.75 bilion (bersamaan RM7 bilion) yang dijamin IPIC tetapi telah melanggar syarat pinjaman apabila 1MDB gagal membayar faedah bulan lalu.
ii. Hutang dalam bentuk bon berjumlah USD1.75 bilion (bersamaan RM7 bilion) yang juga dijamin IPIC dan faedah perlu dibayar hari ini. Jika tidak dibayar oleh 1MDB, sekali lagi ia melanggar syarat pinjaman.
iii. Hutang dalam bentuk terbitan sukuk/bon patuh syariah berjumlah USD1.83 bilion (bersamaan RM7.4 bilion) yang boleh dituntut serta merta akibat pelanggaran syarat pinjaman hutang-hutang (i) dan (ii) akibat dari “cross defaults”.
Dari jumlah keseluruhan hutang bernilai RM27.8 bilion itu, Rafizi menganggarkan kadar faedah 5% dan tempoh matang purata 15 tahun berjumlah  RM20.85 bilion.
Sehubungan itu, jumlah keseluruhan hutang bercampur faedah adalah bernilai RM48.65 bilion.
Beliau turut menganggarkan bahawa kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah RM3.3 bilion bagi membayar hutang 1MDB selama 15 tahun.
"Maknanya, rakyat Malaysia mesti menyedari bahawa setakat ini, jumlah peruntukan tahunan yang terpaksa dipotong atau tidak dibelanjakan bagi tujuan rakyat akibat hutang 1MDB (yang kita ketahui setakat ini) adalah dianggarkan RM3.3 bilion," ujarnya.
Rafizi seterusnya memberikan contoh peruntukan kerajaan bagi pendidikan tinggi dan kesihatan/perubatan yang terpaksa dikorbankan untuk membayar hutang 1MDB.
Menurutnya, sebuah universiti awam yang baik dan mampu menawarkan pendidikan pada kos yang berkali ganda lebih murah dari IPTS kepada sekitar 5,000 pelajar pada satu-satu masa dianggarkan memerlukan pelaburan awam sebanyak RM750 juta.
Tambah beliau, sebuah hospital besar di peringkat daerah yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan/perubatan yang baik kepada sekitar 100,000 orang penduduk dianggarkan berjumlah RM500 juta (mengambil kira kos hospital sedia ada).
Peruntukkan RM3.3 bilion setiap tahun untuk membayar hutang 1MDB katanya, adalah bersamaan dengan pembinaan dan operasi dua universiti awam (IPTA) dan tiga hospital awam setiap tahun bagi tempoh 15 tahun.
"Bagi tempoh matang purata selama 15 tahun, ini bermakna rakyat Malaysia akan kerugian 30 universiti awam (IPTA) dan 45 hospital awam akibat menanggung hutang 1MDB setakat ini," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment