Thursday, May 26, 2016

Hadi faham ker tidak ni?

Sunday, 22 May 2016
TUAN GURU, NAK LETAK JAWATAN KE TIDAK NI?
Di ketika mengatakan Pas bersedia menghadapi kemungkinan hilang tiga jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor berikutan tetap mahu meletakkan calon di Sungai Besar, Presiden Pas, Hadi Awang dalam masa yang sama seperti masih mengharapkan perkara itu tidak menjadi kenyataan akhirnya.

Ini berikutan beliau  berkata, soal kedudukan Exco adalah urusan kerajaan negeri, malah perlantikan juga harus mendapat perkenan Sultan.

Hadi Awang menambah lagi, "kalau benar pun dia (Azmin) nak minta Exco letak jawatan, soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti."

Apa maksud dan tujuan Hadi Awang berkata demikian?

Adakah beliau cuba memberi gambaran bahawa Azmin tidak berhak meminta tiga Exco Pas tersebut meletak jawatan dengan sesuka hati kerana ia perlu mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu?

Dalam hal ini, adakah Hadi Awang seolah-olah ingin terus meletakkan wakil rakyatnya bergayut kepada jawatan dalam kerajaan negeri meskipun membuat keputusan yang berbeza dengan keinginan Menteri Besar yang juga turut disetujuinya menerajui Selangor?

Apa yang Hadi Awang faham sebenarnya apabila mengatakan, "soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti?"

Adakah beliau bermaksud sesebuah parti boleh membuat tindakan yang berbeza dalam hal parti walaupun duduk bersama dalam kerajaan negeri?

Bukankah apabila duduk bersama dalam kerajaan negeri, sesebuah parti itu juga perlu seiring dan senada dengan parti rakan yang lain kerana melaluinyalah terbentuknya sebuah kerajaan?

Jika Pas begitu terbuka dan membenarkan perbezaan, mengapa dalam Pas sendiri tidak membenarkan perbezaan apabila ada yang dipecat apabila cuba berbeza pendapat?

Maknanya, jika ingin berbeza sangat dengan kehendak Azmin yang menjadi Menteri Besar Selangor di mana Pas adalah salah satu komponennya, tidakkah lebih terpuji jika Hadi Awang bertindak mengarahkan tiga Exco Pas di Selangor meletakkan jawatan terlebih dahulu?

Kenapa masih berbelit-belit dengan berselindung di sebalik kata-kata tentang kuasa Sultan, perlantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri, hal calon urusan parti dan sebagainya?

Kalaulah benar sedia kehilangan jawatan semata-mata untuk bertanding dalam pilihanraya, umumkan saja tiga Exco PAS itu undur diri daripada kerajaan negeri dengan segera...habis cerita!! (SH 22/05/2016). - sumber

# jadi amat logiklah apabila Azmin berkata begini: Azmin 'simpati' Hadi tak tahu perkembangan parti sendiri

1 comment: