Monday, 9 May 2016
musram rakunman
Apa yang dapat di analisis terhadap keputusan PRN 11 Sarawak? Daripada 82 kerusi, Bn menang 72, mewakili 88 peratus daripada keseluruhan. Daripada 80 kerusi yang dipertandingkan, BN mendapat undi popular 63 peratus.
Melihat kepada jumlah kerusi yang dimenangi BN, boleh dikatakan mewakili jumlah kerusi parlimen yang dimiliki BN Sarawak, iaitu 27 daripada 31. Angka 27, walaupun tidak mencapai 88% akan tetapi angka itu mencerminkan jumlah kerusi ADUN.
Kalaulah diambil keputusan PRN 11 Sarawak, maka pada PRU-14, yakni dua tahun daripada sekarang, jumlah kerusi yang bakal dimenangi BN, akan berlegar-legar pada 87 peratus atau 27 kerusi parlimen. Jumlah itu merupakan jumlah yang sangat signifikan terhadap Bn secara keseluruhan.
Berasaskan kepada keputusan PRN 11 Sarawak, nampaknya keputusan itu memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai simpanan tetap Barisan Nasional di samping negeri jiran- Sabah.
Apa yang malang selepas rakyat Sarawak membuat keputusan, penyokong pembangkang di luar Sabah dan Sarawak, membuat berbagai posting di media sosial menguntuk rakyat Sarawak dengan berbagai panggilan, termasuk mempergunakan agama. Nampaknya penyokong pembangkang di Semenanjung, tidak menghormati keputusan rakyat Sarawak, hanya kerana calon-calon mereka tumpas dengan teruk.
Politik benci dan samseng yang digunapakai di Semenanjung, langsung tidak di terima di Sarawak, atas sebab itu, parti yang mengamalkan cara politik demikian kalah teruk.
Melihat kepada trend pengundian di Sarawak, trend itu sebenarnya hampir sama jika diadakan pilihanraya di Sabah. Sebabnya, perasaaan dan komitmen rakyat dua negeri itu tidak jauh beza.
Sabah dan Sarawak yang diduduki puluhan etnik, dengan latar belakang yang hampir sama, sudah tentunya mempunyai emosi yang hampir sama dalam menentukan masa depan negeri dan rakyatnya.
Nampaknya, iguan pembangkang untuk menerobos rakyat Sabah dan Sarawak, tidak akan berjaya sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun daripada sekarang.
Melihat kepada trend emosi rakyat Sabah dan Sarawak, apa yang perlu dan patut bagi pemimpin pusat adalah pembelaan, kerana rakyat dua negeri perlu pembelaan yang saksama, kerana masih ketinggalan berbanding keadaan rakyat Semenanjung setidak-tidaknya 10 tahun.
Pemimpin BN Pusat, janganlah bimbang, jika pilihanraya diadakan nanti, dua negeri itu akan tetap menyumbang minima 50 kerusi parlimen termasuk W.P. Labuan. Oleh kerana jumlah kerusi parlimen berjumlah 222, maka BN di Semenanjung hanya perlu menang 62 kerusi, bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Para pemimpin BN pusat, perlu meyakini rakyat Sabah dan Sarawak, selagi politik benci, samseng dan tipu diamalkan oleh parti-parti politik pembangkang, selagi itu, rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan terpengaruh.
Apa yang paling penting bagi BN di Semenanjung, adalah memerkukuhkan kedudukan di kawasan-kawasan yang dimenangi, dan senantisa mengambil penduli keperluan rakyat di kawasan-kawasan itu, maka dengan demikian menjamin kemenangan pada setiap kali pilihanraya. Dengan demikian, impian pembangkang, untuk menduduki Putrajaya, tidak akan kesampaian, sehinggalah Lim Kit Siang dan Dato Seri Anwar Ibrahim pencen atau tidak aktif lagi dalam politik.

No comments:
Post a Comment