Tuesday, May 10, 2016

Ambooii.......ngada-ngadanya!

Berapa kerusi PAS ada?

TUESDAY, MAY 10, 2016
Veteran PAS cadangkan supaya jawatan PM antara NAJIB & HADI digilirkan 6 bulan sekali
Lidah rasmi PAS, Harakah Daily mencadangkan supaya sistem penggiliran jawatan perdana menteri digunakan jika mahu menjayakan kerajaan campuran PAS dab Umno demi menyatukan kembali orang Melayu.

Dalam tulisan pengarangnya Subky Latif dalam Harakah, Umno tidak perlu terlalu bersikap berkira untuk tidak mahu berkongsi jawatan dengan presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Bahkan demi perpaduan dan masa depan orang Melayu, Umno jangan kira sangat tentang Perdana Menteri. Apalah Perdana Menteri dibandingkan dengan masa depan orang Melayu. Mungkin tidak adil PAS menuntut jadi Perdana Menteri.

“Tetapi tidak ganjil kiranya Perdana Menteri itu digilirkan. Enam bulan Hadi jadi Perdana Menteri, Najib (Datuk Seri Najib Razak) jadi Timbalan Perdana Menteri. Lepas enam bulan Najib jadi PM semula dan Hadi pula jadi TPM begitulah seterusnya disambung hingga PRU 14,” kata beliau dalam tulisan terbaharu hari ini.

Beliau juga mencadangkan beberapa syarat untuk pertimbangan Umno jika mereka bersungguh-sungguh untuk menjayakan kerjasama tersebut.

“Justeru Umno nampaknya hendak sangat, apa kata PAS bersetuju dengan syarat-syarat yang boleh diterima oleh kedua pihak. Pertama apa yang Umno hendak beri kepada PAS?

“Tentulah yang pertamanya tentang kabinet. Orang PAS yang jadi Anggota Parlimen sekarang jadi menteri, timbalan dan setiausaha parlimen jika jawatan itu ada lagi. Jika hendak sama banyak mungkin semua MP PAS berjawatan belaka.

“Umno tidak keberatan.

“Tapi siapa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Kalau Perdana Menteri Najib juga, setujukah TG Haji Hadi jadi Timbalan Perdana Menteri? Tak acilah kalau Zahid juga TPM.

“Maka menjadikan orang PAS TPM adalah kewajaran yang amat minima. Bukan suatu keterlaluan juga dikira hendak harga perpaduan yang dicadangkan tadi. Umno menjunjung sangat perpaduan, maka ia perlu sedia memberi kerana PM itu amat kecil dibandingkan dengan perpaduan,” tulis beliau lagi.

Ia bukan kali pertama cadangan kerajaan campuran PAS-Umno ini disuarakan, malah pada 1973 kerajaan campuran PAS dan Perikatan pertama kali dibentuk Almarhum Tun Razak dan Almarhum Datuk Asri.

Ia berakhir dengan berkecai tapi cadangan itu dilontarkan sekali lagi.

Selain itu, Subky juga berkata Umno tidak boleh menentang pelaksanaan hudud jika mahu menjayakan kerjasama antara kedua-dua parti.

“Umno jangan bantah pula jika PAS mahu kuatkuasakan hudud di Kelantan. Najib jangan banyak takwil hal itu,” katanya.

PAS sebelum ini menjadi rakan komponen dalam gabungan pembangkang Pakatab Rakyat, ia bagaimanapun berpecah berpunca daripada isu pelaksanaan hudud ekoran rakan mereka, parti DAP tidak bersetuju dengan langkah itu.

Gabungan tersebut berkecai dan tidak berjaya diselamatkan.

Kemudiaan, gabungan pembangkang baharu dibentuk dikenali sebagai Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan parti serpihan PAS, parti Amanah.

Sebelum ini, Hadi dan Najib juga sedondon berpakaian duduk sepentas bagi membincangkan mengenai isu berhubung Islam dab kaum Melayu.

Pemerhati melihat PAS kini semakin cenderung memihak kepada parti pemerintah itu, terutamanya mempertahankan Najib yang terlibat dalam wang derma RM2.6 bilion. – The Malaysian Mirror  - via KDL

8 comments:

  1. Kih kih kih..
    Geli tali perut aku mcm ade org dok main tali gitar plak.
    Nmpak sgt yg PAS neh meroyan tahap dewa..
    Mesti kena cirit baik punya dgn umngok smpai berckp tak ketahuan punca..mender laa yg umngok dok nyanyi janji manis kat blakang dgn PAS neh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. kata nk jadi punasihat..ni dh mintak nak jd pm plak. Apa punya nafsul a parti pak lebai ni..ckp tak serupa bikin

      Delete
    2. Haha. kata nk jadi punasihat..ni dh mintak nak jd pm plak. Apa punya nafsu la parti pak lebai ni..ckp tak serupa bikin

      Delete
  2. kah kah kah
    selepas makan dedak dio tulis rencana ini ...

    ReplyDelete
  3. Tulis macam orang mabuk. Buat kelakar ke ape.
    Dia fikir bila main ganti-ganti nanti ada yang penat, akhirnya najib serah pada hj hadilah tu. Lagi pun masa main sama-sama bolehlah buat projek Kassim Baba. Kah kah kah...

    ReplyDelete
  4. Dah mabuk Dedak le tu,. Bila cakap. Guna siku. dan lutut ni la jadinya,..

    ReplyDelete
  5. Ini tak lain dan tak bukan merupakan kerja2 "brainwashing" (membasuh otak) ahli2 PAS agar walak dan terima secara membuta-tuli usaha penyatuan antara PAS dan UMNO. Perlu di ingat bahawa penyatuan antara PAS dan UMNO ini adalah demi perkauman iaitu kesatuan Melayu (memandangkan UMNO juga menolak perlaksanaan hudud sama keras dan sama tegas seperti DAP).

    Maka janganlah nanti selepas berlakunya penyatuan itu, ada ahli2 PAS yang tertunggu2 akan perlaksanaan Hudud kerana tujuan penyatuan itu BUKANNYA DEMI ISLAM. Janganlah ahli2 PAS tertipu dengan cakap2 Subky Latif yang konon2nya syarat penyatuan itu adalah kesediaan UMNO untuk menyokong hudud kerana UMNO sudah2 terang2 menolak "hudud PAS" seperti yang ditegaskan oleh Ulamak UMNO Ashraf Dusuki tak lama dulu. Maka apabila diungkit kembali cerita tentang penyatuan PAS dan UMNO, sudah tentulah ianya bukan untuk Hudud, jauh sekali untuk Islam. Ianya amat jelas adalah untuk laba politik, seperti yang ditegaskan oleh penulis iaitu "apa yang PAS boleh dapat dari penyatuan itu". Soalan itu bukanlah berpaksikan kepada Islam tetapi berpaksikan kepada PAS atau yang lebih tepat "apakah yang pimpinan PAS boleh kaut hasil dari penyatuan itu"?

    Selepas ini juga janganlah ada lagi walaun2 yang sibuk2 berkokok dan meyalak tentang Hudud. Hudud tu cuma "loceng aiskrim" sahaja bagi PAS dan ianya digunakan untuk menarik perhatian umat Islam dan Melayu kearah PAS. Itu sahaja. No more no less! Hudud? Doesn't exist because it is only a fantasy and fiction created by PAS leadership to pull wool over the eyes of their follower so that they can hide their real intention in politics which is wealth and power! Very similar to the intention of UMNO leadership and that's why they can and want to be together! 'Full stop!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete