Friday, May 13, 2016

Akan buat kejutan atau dikejutkan?

Nik Abduh: PAS akan buat kejutan di Sg Besar, Kuala Kangsar
Anne Muhammad     Hari ini, 7:44 pagi
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata parti Islam itu akan membuat kejutan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Kita yakin kita boleh buat kejutan di PRK ini, Insya-Allah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS malam tadi.

Bagaimanapun Nik Abduh ketika ditanya apakah bentuk kejutan itu berkata “Cukup, tunggu mesyuarat akan datang di sini”.

Dalam mesyuarat yang berlangsung selama lebih satu jam itu, Nik Abduh berkata pihaknya hanya membincangkan mengenai jentera di dalam kedua-dua PRK itu.

“Malam ni mesyuarat pertama tak banyak keputusan tapi lebih kepada susun jentera di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Mesyuarat tak bincang calon cuma tak dibaca (dalam mesyuarat) kali ni, (mungkin) akan ada dalam mesyuarat lain,” katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi kosong ekoran penyandangnya,Datuk Noriah Kasnon dan di Kerusi Kuala Kangsar, Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata segala keputusan PAS mengenai PRK bergantung kepada sidang media dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

“Kita tidak bincang calon malam ini, semuanya kita tunggu SPR esok (hari ini)."

Takiyuddin berkata, dalam mesyuarat malam tadi juga pihaknya turut menubuhkan jawatankuasa bagi membuat post mortem kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah.

Dalam PRN 11, PAS kalah di semua 11 kerusi yang ditandinginya di Sarawak.

2 comments:

  1. Kejutan tengkorok hangit mu
    Mu pon ore pasir mas tak sir doh
    Dasar manusia penjilat tegar hadi amanat sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS bakal melakukan kejutan dengan meletakkan calon dari blok ke3, iaitu calon yang dipersetujui oleh parti2 komponen blok ketiga yang berjumlah 2 parti (satu parti politik sasau iaitu PAS dan satu lagi parti tupperware iaitu Ikatan). Setelah tamat perbincangan hangat yang dihadiri oleh seluruh kepimpinan PAS dan seluruh ahli2 Ikatan seluruh negara (73 orang) maka diputuskan bahawa pimpinan PAS sahaja yang layak bertanding sebab ramai lagi pimpinan PAS yang belum ada kerja yang bergaji lumayan serta tak perlu bersusah payah buat kerja.

      Dengan ahli PAS yang berjumlah berjuta cercaan serta makian dan ahli Ikatan yang berjumlah 73 orang , blok ketiga yakin bahawa mereka akan berhasil meningkatkan jumlah undi PAS sebanyak 10 undi iaitu keseluruhan undi ahli2 Ikatan yang ada kat kedua2 PRK tersebut. Maka dengan peningkatan undi yang mendadak itu, PAS akan melakukan kejutan iaitu tidak hilang deposit seperti mana yang tidak berjaya mereka lakukan dalam PRN Sarawak (pencapaian PAS sama je dengan Parti yang belum pun setahun usianya). Demikianlah komen dari Ustaz Nickelodeon yang mewakili kumpulan nickelodeon yang sedang menguasai gerakan pemuda PAS sekarang ini. Sekian Terima kasih. Setelah selesai pengumuman ini, para walaun2 pun bolehlah kembali menonton cerita2 kartun yang disiarkan kat TV!

      Nick.
      Cape Tiger.

      Delete