Monday, September 11, 2017

Walhasil balik asal: PAS dah di dalam poket, hantukan DAP lagilah modalnya!

PRU14 pertembungan antara Umno dan DAP, kata Annuar
Yasmin Ramlan
Diterbitkan pada 11 Sep 2017 8:20AM 
Ketua Penerangan Umno Annuar Musa berkata pembangkang menggunakan Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Umno semasa berucap pada sesi dialog 'Perjuangan For All' di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 September, 2017.

PILIHAN Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan pertembungan di antara Umno dan DAP, kata Ketua Penerangan Umno Annuar Musa.

Menurut beliau, ia jelas dengan tindakan parti pembangkang itu yang menggunakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai strategi menjatuhkan Umno pada PRU nanti.

"Dr Mahathir bukannya setuju dengan Lim Kit Siang (pemimpin DAP), beliau ada agenda masalah peribadi dengan Najib Razak.

"Anwar Ibrahim juga tidak menerima Kit Siang. Dan Kit Siang juga tidak boleh gunakan Mat Sabu (Pengerusi Amanah Mohamad Sabu). Hendak kata cerdik pandai tidak juga, tetapi asalkan (Kit Siang) boleh digunakan, asalkan PAS berpecah," katanya ketika berucap di hadapan 600 hadirin pada lokasi pertama sesi dialog "Perjuangan For All" di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

Kata Annuar, hubungan antara Mat Sabu dan Dr Mahathir juga tidak begitu baik disebabkan bekas perdana menteri pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Pertembungan sebenarnya berlaku adalah antara DNA pertama dan DNA kedua. Cuma strategi berbeza. Kalau dulu DAP ada satu cara tetapi akhirnya DAP nampak bertahan-tahun nak jatuhkan Umno, tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia tahu tidak akan tumbang kayu kerana mata kapak," katanya yang dipercayai merujuk kayu sebagai Umno.

Mengimbas semula pada era pentadbiran Dr Mahathir, ahli Parlimen Ketereh itu pernah memberitahu Dr Mahathir supaya meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Abdullah Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah.

"Bila dah sampai 23 tahun tak nak berhenti-henti, sayalah orang pertama di bulan Ramadan, di Sri Perdana, dalam mesyuarat tertutup depan menteri, sayalah orang pertama cakap bersemuka dengan Dr Mahathir, 'It's time for you to step aside, let Pak Lah take over'," katanya.

Bekas pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu juga berkata, perdana menteri yang dahulunya terkenal dengan "mahafiraun" itu juga pernah memberi amaran sebelum PRU pada 2004 berlangsung, Umno perlu bersedia menjadi parti pembangkang kerana rakyat sudah benci dengan Umno.

"Dr Mahathir panggil berbincang kerana pada hemat saya (Dr Mahathir) inilah penggal terakhir Umno memerintah. Pilihan raya akan datang kita kena bersedia menjadi pembangkang iaitu PRU 2004 kerana sekarang ini orang benci kepada Umno," katanya ketika sesi soal jawab bersama para hadirin pada sesi dialog itu.

Namun menurut Annuar, sewaktu perbincangan itu, beliau menempelak kenyataan itu dengan berkata bukan Umno yang dibenci tetapi Dr Mahathir sendiri.

"Saya kata tidak betul orang benci Umno, tapi orang benci kepada you (Dr Mahathir) secara peribadi. Beliau diserang oleh musuh-musuh politik. Dialah mahafiraun, mahazalim dan hendak buang (institusi) raja.

"Dan saya masih ingat kata-kata beliau, 'Annuar, orang serang saya adalah kerana saya perdana menteri dan presiden Umno'," katanya.

Antara panel lain yang hadir dalam sesi dialog itu, Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Rosni Zahari dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Shahril Hamdan. – 11 September, 2017.

* Berita PAS dah masuk poket (kerjasama di sebalik tabir) adalah sumber yang boleh dipercayai dari UMNO Bahagian xxxx xxxxx

2 comments:

  1. Bila dan kerusi parlimen atau DUN pada PRU lepas Umno bertanding lawan DAP? Umno tak pernah sekalipun bertanding dalam mana-mana PRU atau PRK yang bertanding adalah Perikatan atau BN.

    ReplyDelete
  2. mamat ni patut dah lama dah duk dalam
    tapi maseh bebas
    penjilat di lindungi

    ReplyDelete