Abdullahjones hari ini, 11:08 tengahari
ULASAN | Jika kamu memang jenis tidak boleh membaca tulisan tentang agama tanpa menyangka yang penulis itu perasan alim, macam tahu semua, seperti dia saja yang bagus dan jenis holier than thou maka kamu boleh berhenti membaca sekarang. Kerana penulis ini memang semua jenis yang di atas.
Ini bagi mengelak kamu daripada berdosa. Seperti yang dikatakan di atas tadi, saya tahu bila kamu berdosa atau tidak.
Semasa mula-mula menulis dulu, saya meletakan dua syarat dan satu daripadanya ialah bahawa saya tidak akan menulis mengenai orang yang mahu beragama.
Sesiapa saja yang berusaha untuk beragama adalah baik pada pandangan saya, maka adalah tidak wajar bagi saya untuk mencari kesalahan selama mana mereka sedang dalam usaha untuk menuju tuhan.
Kemudian muncul segala macam rancangan TV yang mengaku berusaha meningkatkan iman penonton sambil memajukan syiar islam ikut kepala otak penerbit dan penaja rancangan agama.
Maka saya pun tak boleh tahan. Saya pun ingkar syarat yang telah saya tetapkan.
Ustaz, ustazah swafoto
Rancangan agama yang baik di TV berakhir pada tahun-tahun 1980-an. Sesudah itu wang adalah segalanya, termasuk dalam rencana memartabatkan agama.
Kita fikir agama itu perlukan kita untuk maju, walhal kitalah yang memerlukan agama.
Hari ini muncul ustaz dan ustazah selfie - satu kumpulan manusia yang menyangka mereka sedang berbakti kepada masyarakat dengan pendekatan agama melalui jalan popular.
Selang dua minit mengemas kini akaun media sosial dengan foto atau berita mengenai usaha agama mereka. Yang lelaki dengan gaya sadonya, manakala yang perempuan dengan gaya patah tengkoknya. Kononnya manja demi agama.
Diadakan pertanding mencari pendakwah dengan hadiah wang dan jaminan populariti. Dan dalam benak mereka yang benak, meraka berasakan bahawa letihlah para malaikat menulis kebaikan laksana hujan yang mereka kerjakan demi kelangsungan agama.
Suatu masa dulu, saya amat tidak setuju apabila kumpulan al-Aqram sering mengembat-gemburkan berita satu-satu penyanyi atau pelakon menyertai kumpulan mereka.
Berlumba kejar populariti
Namun apabila diberitahu bahawa kadang-kadang dengan datangnya kumpulan penghibur ini kepada agama sedikit sebanyak ia memberi perangsang kepada orang banyak berubah kepada lebih baik, maka saya sedikit malu dengan keangkuhan sendiri.
Tambahan pula kata mereka yang menasihati saya, dengan masuknya Saidina Umar - selebriti pada zamannya - maka agama dan orang yang beragama waktu itu mendapat sedikit jolokan semangat. Maka saya pun akur bahawa orang terkenal yang pulang kepada fitrah adalah suatu kebaikan.
Selebriti yang kembali kepada agama dan diam di dalamnya dengan menekuni ajaran semestinya diberi hormat.
Berlainan pula pada waktu ini. Orang agama yang taat pula berlumba-lumba mengejar populariti.
Yang lebih malang adalah mereka yang dulunya dihormati kerana ilmunya turut terjebak. Menjadi pengadil rancangan lumba jadi dai misalnya.
Maka duduklah mereka di hadapan ribuan penonton jadi juri kepada budak-budak yang tahu agama. Yang bernyanyi, bersajak, bergurindam memikat penonton dengan harapan untuk menang. Lelaki dan perempuan semua serupa.
Tutur katanya berbau kebaikan, gaya mereka pula menempah marah Tuhan Maha Esa.
Lirik lagu sudah kena khatan
Tidak ada malukah lagi para agamawan ini kepada ilmu mereka? Belajar agama ke tahap paling tinggi hanya untuk menjadi dungu yang diperkuda oleh TV?
Kemudian daripada itu muncul pula selebriti yang kembali ke pangkal jalan memberi kuliah di masjid-masjid dengan mengulang-ulang kisah jahat mereka sebelum bertaubat.
Segala dosa lalu yang diperbuat dan diulang cerita berkali-kali akan merosakkan diri sendiri. Ianya akan menjadi bongkak yang semakin hari akan membarah.
Yang dulunya penyanyi akan tanpa malu kepada Tuhan mula bernyanyi di masjid-masjid dengan lirik lagu popular mereka yang dikhatankan supaya jadi lebih bersih - kononnya.
Semua orang adalah pendosa dan yang paling baik antara manusia ialah insan yang 'kembali', tidak mengulangi serta tidak saban hari menceritakan betapa dulu saya begini saya begitu.
Apabila diminta atau menawarkan diri untuk memberi kuliah, sayugianya mereka menceritakan kebesaran Tuhan dan memberi berita gembira perihal akhirat yang tiada hujung. Bukan menceritakan kejahatan masa lampau sambil membesarkan diri.
Lepas pilihan raya dilupakan
Menjelang pilihan raya nanti, akan berbondong-bondonglah penyanyi dan pelakon terjun ke dalam politik dan yang cenderung dalam beragama tentu akan menaiki kuda agama.
Partai yang berteraskan agama pula tanpa ada malu akan menobatkan mereka sebagai pejuang agama sejati demi satu undi. Mereka diarak ke merata negeri memberi ceramah, dan selalunya pelakon dan penyanyi yang giat dalam politik ini adalah mereka yang sudah tidak mempunyai banyak tempat dalam arena perdana populariti.
Yang agama masuk partai agama, yang menangguk di air keruh akan berenang dalam kancah sekular. Hanyasanya kerana takut lapar.
Setelah selesai pilihan raya, maka mereka pun dilupakan. baik daripada kumpulan politik agama atau pun yang tidak. Terkontang-kantinglah mereka kelaparan.
Dan biasanya yang beragama akan mencuri peluang untuk dijemput memberi kuliah di masjid-masjid. Berulang kembalilah kita mendengar betapa mereka ini dulunya jahat begitu dan begini.
Agama tidak memerlukan kumpulan motor besar untuk maju. Juga tidak perlukan gitar solo untuk menarik ramai orang ke masjid.
Setelah menemui jalan hidayah, berusahalah menjadi muslim yang baik tanpa ada lagi pergantungan kepada makhluk. berusaha dan serahkan diri kamu bulat-bulat kepada Tuhan.
Jangan takut lapar kerana segala jenis rezeki yang memang hak kamu pasti tidak akan sampai ke mulut orang lain. Itu janji tuhan.
* ABDULLAHJONES ialah pelukis, penulis dan penyair yang sederhana. Juga seorang jurugambar amatur serta seorang ninja dalam latihan.

Mashaallah!tiada impact yg jitu dlm dlm berdakwah.
ReplyDeleteFor most recent information you have to go to see web and on world-wide-web I found this site as a finest site for
ReplyDeletehottest updates.
Demi masa.
ReplyDeleteSesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.