PAS benci Amanah, DAP melebihi sayang kepada Islam dan negara, kata Dr Mahathir
Diterbitkan pada 11 Sep 2017 4:59PM
Dr Mahathir Mohamad berkata, PAS hanya mementingkan pertikaian dengan Amanah dan DAP berbanding menjatuhkan kerajaan kleptokrasi Najib. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2017.
PAS membenci Amanah, DAP lebih daripada mereka cintakan Islam atau negara, kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, PAS terlalu obses dengan permusuhan terhadap Amanah dan DAP, dan rela jatuh dalam pertembungan tiga penjuru daripada terguh berdiri untuk Melayu Islam atau negara.
PAS tidak peduli tentang kaum, agama, dan negara; mereka tidak mementingkan untuk menjatuhkan pentadbiran kleptokrasi Najib,” katanya dalam blognya chedet.cc hari ini.
“Bagi PAS yang penting adalah permusuhannya dengan Amanah dan DAP. Bagi PAS partinya lebih utama dari segala-galanya. Kalah pun tidak mengapa asalkan PAS bertanding.”
“Mereka yang membuat bai’ah kepada kepimpinan PAS dan taksub dengan parti, yang memecah-belah orang Melayu kerana kononnya penentang parti PAS adalah kafir dan berlawan dengan mereka adalah jihad.
“Penyokong fanatik parti PAS ini perlu bertaubat kerana mereka mengikuti ajaran PAS yang bertentangan dengan ajaran agama Islam bahawa orang Islam itu bersaudara,” katanya.
Dr Mahathir berkata, tiada siapa yang boleh kafirkan orang Islam kerana perbezaan politik.
Beliau turut menggesa PAS untuk menghentikan amalan kontriversi sembahyang dua imam yang dakwanya masih diamalkan di Terengganu.
Pada tahun 80an, ahli PAS fanatik tidak akan menyertai solat Jumaat yan diimamkan ahli Umno, kerana percaya solat mereka tidak akan diterima.
Dr Mahathir menegaskan PAS tidak pernah menang di peringkat nasional, dan berkata kebanyakan kerusi parlimen yang dimenangi sendiri tanpa penyertaan dalam pakatan pembangkang adalah 11 kerusi.
“PAS hanya dapat berada dalam Kerajaan Pusat apabila ia menyertai Barisan Nasional,” kata Dr Mahathir.
“Hakikatnya ialah hanya apabila PAS bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh PAS sebagai, 'tahaluf siyasi' baharulah PAS menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali.”
Dr Mahathir berkata kebanyakan kerusi yang ditandingi PAS, hanya untuk memecahkan undi pembangkang.
“PAS sendiri akan kalah dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi dan kekal berada dalam barisan pembangkang. Tidak ada satu pun dari perjuangannya yang didakwa untuk Islam yang dapat dicapai olehnya sejak ia ditubuh.”
Tambahnya, PAS menyedari kemenangannya di Pantai Barat pada pilihan raya umum ke 12 dan 13 adalah kerana sokongan pengundi Cina dan DAP.
Akibatnya, PAS akan kehilangan lebih banyak kerusi daripada yang dipegangnya dalam pilihan raya akan datang jika ia bertanding dengan 60 kerusi yang sama pada PRU13.
Dr Mahathir turut meminta kepimpinan PAS dan ahlinya agar “bertaubat”.
“Sesungguhnya mengundi PAS adalah sama dengan mengundi BN dan mendokong perbuatan jenayah, rasuah dan mencuri yang diamal oleh BN pimpinan Najib.
“Dosa yang akan ditanggung pengamal jenayah akan ditanggung juga oleh mereka yang menyokong penjenayah. Oleh itu bertaubatlah wahai pemimpin dan ahli PAS,” katanya. – 11 September, 2017. - sumber

Rasullah SAW pernah berkata bahawa bukan tugas baginda utk melaknat kaum baginda.
ReplyDeleteTapi PAS selalu berbuat demikian. Malah mereka bangga dengan doa arwah UFN yang memohon agar Tun panjang umur bagi menyaksikan kerosakan yang diciptanya. Pada saya arwah kgilaf dalam perbuatannya. Tapi Allah SWT nampaknya menunaikan doa tersebut. Cuma, ianya berserta dengan kifarah kekhilafan tersebut. Itulah yg tejadi kepada PAS mutakgir ini.
Sesungguhnya bukan manusia bukan diukur dengan taraf dunianya, tetapi amal ibadat dan takwa kepada Allah. Jika kita pernah melakukan kesilapan, mohon keampunan drpd Allah dan berusahalah membetulkan kesilapan tersebut.
Buian sibuk menunding jari mengaku kita hebat sebab atas nama, kita hebat....
Kalau Madey insaf dan bertaubat disertai dengan iman dan taqwa yang ikhlas terhadap Allah swt nescaya Madey tidak akan berkecimpung lagi didalam politik, nescaya Madey akan berpegang dengan iman dan taqwa untuk menjadikan dirinya seorang mukmin yang betul2 mengharapkan redha dan rahmat Allah swt.
Delete