Ustaz RUU 355
Faisal Tehrani 2 Mac 2017, 12:08 tengahari
Zuhair muncul tidak semena-mena di pagar rumah.
“Bang nak minta nasihat seuntai dua.”
Belum dipelawa, Zuhair sudah melangkah masuk dari luar pagar, ke dalam laman garaj.
Aku tergesa-gesa membetulkan butang baju yang disarung begitu sahaja seraya mengajaknya masuk ke dalam.
“Bang ada baca berita pegawai Jabatan Agama ditahan kerana disyaki merasuah?”
Aku menjawab singkat, “Tak dan. Cuma tengok kepala berita.”
Sebetulnya aku cuma sempat membaca berita mengenai seorang rabbi Yahudi di Jerusalem. Namanya rabbi Yona Metzger yang ditambah hukuman penjaranya dari tiga tahun lebih ke empat tahun lebih – juga kerana kesalahan memberi rasuah –bahkan yang pahit, beliau merupakan salah seorang ketua rabbi. Di Israel ada dua orang ketua rabbi, seorang dari mazhab Ashkenazi dan kedua dari mazhab Sephardi.
“Ada bang, ustaz pun makan rasuah.” Tambah Zuhair, menanggalkan sepatu bertali dan melangkah masuk. Aku mempersilakannya duduk.
“Nak kopi atau teh?”
Zuhair minta air sejuk.
Aku berlalu dan datang kembali. Zuhair menunjukkan berita pada skrin telefon bimbit I-Phone. “Ini, cuba baca....”
Aku mengambil kaca mata, dan menilik: “Dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan dua pegawai Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru yang bertugas di Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri”.
“Perihal orang tak senonoh tak akan kita kait nak kaitkan dengan bangsa atau agama dia...Yahudi pun ada merasuah.” Aku mengulas pendek.
“Ustaz pun buat begini? Orang Jabatan Agama. Kemudian dia nak betulkan kita?” Zuhair mengomel.
Aku sebetulnya kehairanan kerana Zuhair muncul tiba-tiba dan meleter tentang subjek yang tiada pucuk pangkalnya. Benak aku keras memikir. Tentu, agamawan sekadar manusia berak kencing seperti kita juga, cuma dia barangkali graduan Jordan, atau Universiti Madinah. Mereka bukan para nabi dan ahli keluarganya yang mampu mencegah diri dari membuat dosa.
Tentu, orang Melayu sudah banyak mengkritik para ustaz yang berperangai buruk.
Api-api bergigi dua,
Terletak di dulang gedang;
Tuan haji berjudi juga,
Tergadai serban yang gedang.
Baik-baik belayar malam,
Arus deras karangnya tajam;
Cari-cari mualim yang faham,
Di situ banyak kapal tenggelam.
Karena ayam lupakan taji,
Banyaklah musang menahan jerat;
Karena imam lupakan kaji,
Banyaklah orang kerja maksiat.
Tiga bait pantun yang menerpa dalam kepalaku itu tentu sahaja tidak diciptakan tanpa sebab. Tentu orang awam kita dulu-dulu sudah pandai mengkritik ulama yang berbuat tidak tentu. Malah, dalam dua bait pantun yang lain, golongan agamawan dikecam kerana menggunakan agama, atau berolok-olok dengan ilmunya.
Sungguh sedap meratah bertih
Sedap diberi pulut dan ketan
Sungguh sedap berkopiah putih
Setiap hari dijemput makan.
Sejak tungau berbini tuma
Banyaklah angsa menimang taji
Sejak harimau menjadi ulama
Banyaklah rusa datang mengaji.
“Ada apa Zuhair?” Soalku bila lamunanku kembali ke alam sedar. Zuhair meletakkan cangkir ke dalam piring dan bersuara resah.
“Saya nak minta nasihat.”
“Haih, dalam banyak hal...kau lebih pandai...” Aku mengalih.
“Ada anak seorang pendakwah terkenal. Yang memang ke sana sini berceramah mengenai RUU355.”
Aku diam. Kini benakku ligat mencerna Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau dalam Bahasa Inggeris, The Muslim Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (lebih dikenali sebagai RUU355) yang bertujuan untuk membenarkan Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman, “selain dari hukuman mati” yang mana dalam erti kata lain hukuman denda, penjara dan sebatan boleh ditingkatkan, misalnya sebatan sehingga 100 kali bagi menepati kehendak syarak”.
Zuhair menyebut nama ustaz masyhur yang dimaksudkan. Aku menghela nafas. Dia pernah bersekolah sekali denganku dahulu.
“Jadi kenapa?”
“Anak penyokong RUU355 ini bersekolah sama dengan Melati.”
Kini kepalaku membayangkan anak ketiga Zuhair yang bernama Melati. Anak Zuhair itu sebaya dengan anakku, baru bersekolah darjah satu.
“Apa yang berlaku?”
“Anak penceramah RUU355 itu selalu membuli Melati. Mula-mula Melati balik mengadu dipukul di kepala, kemudian tudungnya dicontengi pensel, kemudian lagi dia ditumbuk di mata kiri...dan semalam, Melati ditolak di koridor dan tersembam. Bibirnya luka dan lebam.” Zuhair menunjukkan gambar bibir Melati yang termuat dalam telefon bimbitnya.
Aku berkerut, menarik nafas.
“Ada yang cadangkan saya jumpa anak penceramah RUU355 itu, nasihatkan dengan baik. Ada yang menyuruh saya bertemu guru disiplin...sudah saya buat, tetapi saya khuatir tiada tindakan lanjut kerana sekolah itu sekolah yang ingin menjaga reputasi. Dan ada yang menyaran saya membuat laporan polis. Kalau itu saya lakukan, memang pecah cerita dan Melati akan jadi terkenal di sekolahnya. Saya tak mahu masukkan di Facebook bang. Tular tak tentu arah saya tak gemar.”
Aku menyeluruhi wajah Zuhair. “Kalau berlaku yang tak baik? Eloklah membuat laporan ke pihak berkuasa. Kalau betul guru tiada ambil tindakan. Kalau darjah satu dah pandai membuli, dah jadi dewasa...berkahwin nanti kaki pukul bini.”
Zuhair sedih. “Kata Melati, anak penceramah RUU355 itu pandai baca doa di perhimpunan, dan kerana bapanya agamawan terkenal; dia lebih dipercayai.”
“Patutnya...” aku menelan liur, “hal anak dan bapa dipisahkan. Dua hal berbeza. Anak buat perangai, tak mesti bapa begitu-begitu. Kebetulan bapanya terkenal. Dan pendukung RUU355.” Aku mewaraskan.
Zuhair mengeluh, dia rasa tidak dipihaki mungkin. “Kalau saya jumpa penceramah RUU355 ini dan adukan hal anak dia, apa yang akan dibuatnya kepada Melati? Paling-paling dia lempang anak dia depan saya, dan habis begitu sahaja.”
“Buli adalah satu perbuatan berulangan. Dia tak buat dengan Melati, dia sasar ke lain, orang lain pula...” Aku mengiyakan.
Zuhair terburu-buru menghabiskan sirap bandung dan berlalu. Tiada nasihat konkrit aku berikan. Dalam kepalaku masih tergantung, mengapa Zuhair membuka topik perbualan mengenai rasuah yang diamalkan segelintir agamawan. Dalam kepalaku beranak-pinak pula kisah pasangan suami isteri yang menyaman sebuah lagi Jabatan Agama kerana menahan mereka secara aib.
Benarkah keadilan dapat ditegakkan jika undang-undang Islam dilaksanakan?
Seminggu berakhir dan aku terserempak Zuhair lagi di Restoran Mi Tarik Warisan. Kata Zuhair, Melati dipukul lagi, dan sekolah mengambil tindakan memanggil Zuhair dan bapa pembuli – penceramah RUU355 – dan mereka bersemuka sebagai ibu-bapa.
“Apa yang berlaku?” tanyaku tertarik.
“Ustaz *&%$ (penceramah RUU355) mempertahankan kesalahan anaknya, katanya – anaknya itu baik-baik sahaja di rumah, banyak hafal surah lazim – dan bang, saya katakan...kalau undang-undang Islam, tidakkah ada qisas iaitu balasan setara. Maka jika Melati ditolak sampai lebam, dipukul sampai bengkak; apa yang menjadi penghalang untuk Melati sebagai satu tindak balas serupa melakukan begitu juga – anaknya ditolak juga sampai lebam dan dipukul sampai bengkak. Kan dia pendukung undang-undang Islam.” Zuhair meluah rasa.
“Apa kata ustaz *&%$ itu?”
“Dia menceceh-ceceh macam-macam...dia memperihalkan undang-undang sekular untuk melindungi anaknya...kesalahan anaknya.”
Aku menarik nafas. Kitaran jahat akan berterusan, yang belajar membuli sedari kecil akan terus berlagak suci, dibesarkan dalam lingkungan penuh kepuraan. Mungkin dia, anak itu, akan diasuh dengan ilmu agama yang macam-macam, berangkat ke Universiti Madinah dek tawaran biasiswa Raja Salman dari Saudi yang lumayan. Kemudian diangkat menjadi agamawan penerus syariah agar rakyat disejahtera.
Dan Melati, apa keadilan untuk Melati? Dia membesar menjadi perempuan yang tersemat dalam hatinya begini – lelaki yang memukul perempuan terlepas oleh norma masyarakat, dan perempuan harus meredam segala kejahatan itu – dan Tuhan, semuanya atas nama agama.
Melati, apa keadilan untuk Melati?
Pertanyaan itu bergaung bergema mencucuk benakku sehingga detik ini.

hukum yang Allah suruh tu dah jalan ke belum diseluruh negara?
ReplyDeletehukum Allah perlu dijalankan dan tidak ditetapkan puak agama awam penguasa tak lakukan kesalahan
nilah jadinay bila umat Islam dah lama snagat duk berselimut denagn hukum toghut
sampai takut nak berubah
yang islam pun banyak besora hantu bermata lalat bial sebut saja hukum hukum Islam
puak kapir gelak tengok orang Islam yang bodo duk sanggah hukum ugama sendiri
tak banayk kerja depa kena buat biar orang Islam sendiri yang lawan hukum Islam senang keja depa
hukuman mati pun mesti dibawah Mahkamah syariah tidak ada salahnya pung
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barang siapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.
dalam hukum bunuh lani sapa yang rampas hak waris simati
tak rasa berdosa ka
yahudi boleh menuntut keadilan dimahkamah Islam pada zaman Saiyidina Ali tak da merungut pun akhirnay mengaku dia akan keadilan hukum Islam
yang masaalah lani ada orang Islam belagak lagi pandai dari Allah pencipta manusia
Jika tidak cukup syarat saksi, hukuman hudud tidak boleh dijalankan. Kalau saksi-saksi ini tidak cukup empat, penuduh ini pula boleh dituduh di bawah kesalahan qazaf. Inilah keistimewaan Islam. Keras hukumannya, tapi sukar dilaksanakan sebagai simbolik rahmat kasih sayang tuhan.
Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus.
Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih,
awas nak jadi munafik bukan susah sanagt nak jadi kapir pun buakn susah sanagt
nak jaga ugama nyawa harta maruah akhlak akal islam dah tetapkan ada hukum hukumnya
kalau yang sedang diusahakan tak betoi yang perasan pandai dalam ugama Islam ni bantulah bukan menetang macam hantu