Tuesday, March 14, 2017

Sebat Hadi dulu 100 rotan kerana gagal laksanakan Bai'ah

TUESDAY, 14 MARCH 2017

SEBAT HAJI HADI DULU 100 ROTAN KERANA GAGAL LAKSANAKAN BAIAH
MAJLIS RAJA RAJA  TIDAK HARUS BIARKAN KUASA AGAMA DIHAKISKAN KERANA KEPENTINGAN POLITIK
Apakah yang menyebabkan timbulnya bantahan dari bukan Islam terhadap Rang Undang-Undang Persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah-Akta 355) yang dikemukakan oleh Pas dengan sokongan dari UMNO.

Bantahan ini tidak sahaja dari DAP tetapi juga dari MCA parti komponen Barisan Nasional sendiri yang bersetiakawan dengan UMNO sekian lama.

Sejak merdeka orang bukan Islam tidak mempunyai prasangka yang buruk terhadap Perundangan Islam sebaliknya memberikan kerjasama  dan menyokong peruntukan-peruntukan untuk pembangunan Islam dan penubuhan  institusi-institusi  Islam yang memerlukan kelulusan Parlimen.

Mungkin tidak ada negara Islam lain didunia yang demokratik yang urusan agama Islam di bawa ke Parlimen dan diluluskan dengan sokongan  bukan Islam.

Parti parti komponen BN dan juga pembangkang memberikan sokongan ini kerana  menghormati  agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan   penghormatan kepada kuasanya di tangan   Raja-Raja Melayu dan juga Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung.

Keberanian dan ketegasan  UMNO  dalam menentang  pendekatan Islam extreme Pas yang bersifat ortodox,jumud,sempit, bengis,kolot  dan keras sejak dari sebelum dan sesudah merdeka  telah memperkukuhkan lagi  keyakinan bukan Islam terhadap keikhlasan   UMNO yang tidak mahu mengganggu kebebasan budaya dan agama bukan Islam di  negara ini.

Inilah pendekatan yang dipelopori oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Mahathir sehingga kepada Tun Abdullah Badawi.Inilah juga yang memisahkan UMNO dan Pas.

Ancaman Islam Pas kepada bukan Islam dapat dirasakan oleh orang bukan Islam di Selangor bila sahaja menubuhkan kerajaan bersama dengan PKR di Selangor dengan melakukan percubaan untuk  mengharamkan penjualan arak termasuk di kedai bukan Islam  dan juga mahu memisahkan penonton  lelaki dan perempuan di panggung wayang.

Kebijaksanaan dan kehalusan pendekatan Tun Razak membolehkan pemindahan  perkuburan Kristian  di sebelah Masjid Negara ke tempat lain untuk mendirikan Pusat Islam tanpa menimbulkan sebarang kekecohan.

Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman lebih banyak mengIslamkan bukan Islam dari pemimpin Islam lainnya di negara ini  dengan melambangkan Islam sebagai agama yang tidak menyusahkan.

 Bila orang bukan Islam memberitahu Tunku sukar untuk mereka  memeluk  Islam kerana tak boleh minum arak, Tuku memberitahu mereka  "Orang Islam pun ada yang minum arak,masuklah Islam dulu,minumlah dulu,lama lama tinggalkanlah."

Di awal kemerdekaan ketika negara masih dalam kesempitan kewangan,Tunku sanggup menerima wang Lotri Kebajikan Masyarakat untuk pembinaan Masjid negara dengan Tunku menyatakan kesediaan untuk menanggung dosanya disamping suatu seminar ulama Malaysia mengharuskannya.

Diantara yang memeluk  Islam  kerana Tunku ialah bekas Ketua Menteri Singapura Lim Yew Hock yang meninggal dunia di Malaysia.Beliau kawan baik Tunku sehingga ke akhir hayat.

Tunku Abdul Rahman walaupun bukan seorang yang kuat amalam agamanya tetapi beliaulah yang menginisiatifkan banyak pembangunan  Islam yang meninggikan syiar Islam negara ini dan juga di luar negara .Belia mendapat kepercayaan negara-negara Islam untuk  menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan  Islam(OIC) yang pertama.

Wajah manis Islam inilah juga yang menyebabkan berkekalannya kerjasama UMNO ,MCA dan MIC berpuluh tahun berbanding dengan hubungan rapuh antara PAS dengan DAP semata-mata untuk keselesaan politik. Pemimpin- pemimpin Islam UMNO melambangkang Islam yang sederhana,moden,progresif, toleransi dan dasar hidup bersama dengan bukan Islam. Pas melambangkan kekarutan dan kebengisan Islam.

Pas tidak boleh menyalahkan DAP kerana tidak  kekal berkerjasama dengannya kerana PAS kecendorongannya  untuk menegakkan hukum-hukum Islam secara  kekerasan dan paksaan,tidak ada toleransi,tidak berdeplomasi  dan mahu memaksa udang-undang Islam ke atas bukan Islam.

Maka itu apabila UMNO mahu berkerjasama dengan Pas dalam pindaan  Akta 355  maka timbullah kecurigaan  dan  prasangka buruk kepada UMNO yang sejak merdeka  berpegang kepada peradaban Islam yang bersifat universal. Imej baik UMNO dirosakkan oleh Pas.

Usaha UMNO untuk melambangkan Islam sederhana dengan pendekatan Penerapan Nilai Islam, Islam Madani,Islam Hadhari dan Wasatiah semuanya tercemar  dalam sekelip mata bila UMNO bersekongkong dengan sebuah parti Islam yang menjuarai hukuman Islam yang lebih berat ke atas orang Islam yang melakukan jenayah agama.

Maka itu tidaklah menghairankan apabila  Ketua Pemuda MCA Putrajaya Kevin Koo, menyifatkan versi semasa pindaan Akta 355 itu itu sebagai satu kompromi yang akan membolehkan Presiden Pas Haji Hadi untuk mengambil 'satu langkah ke belakang, dua langkah ke hadapan' dalam memperkenalkan undang-undang hudud.

Akta 355 mengenakan had ke atas hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah. Had semasa adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Rang undang-undang (RUU) persendirian Hadi itu bertujuan untuk meningkatkan had itu kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan. RUU itu tersenarai di tempat ketujuh dalam kertas aturan Parlimen bagi persidangan sekarang, yang akan berakhir pada 6 April.

Dengan imej Islamnya yang telah tercemar,maka kolaborasi  Pas dan UMNO dalam pendekatan perundangan Islam yang menampakkan  Pas dihadapan  telah menggugat perasaan dan keyakinan bukan Islam terhadap keadilan Islam walaupun tidak kena mengena dengan mereka. Islam terlihat  sebagai jumud dan tidak sezaman.

Kepada Parti Pribumi Malaysiaa( Bersatu),saya suka mengingatkan agar berhati hati dalam menyokong Akta 355 kerana Bersatu  sahajalah yang diharapkan oleh bukan Melayu untuk mengambil peranan UMNO dalam pendekatan Islam yang berhemah di negara ini.

Akhirnya dengan penuh takzim,patik merafak sembah  memohon Majlis Raja Raja Melayu agar  tidak membiarkan integriti dan kesucian kuasa agama yang terletak di tangan baginda-baginda  semua  di nodai oleh kuasa politik yang berpandukan kepada survival politik dan bukan untuk survival Islam di kalangan generasi baru Islam yang semakin terpelajar  dan demi penerusan pembangunan kerharmonian Islam yang penting bagi masa depan negara ini.

Patik hanya seorang rakyat biasa yang dibentuk dan diwaraskan  pemikiran oleh pendekatan Islam Almarhom Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Perdana Menteri Pertama dan perdana perdana menteri berikutnya kecuali dalam keadaan sekarang yang banyak  menimbulkan banyak kecurigaan.

SEBAT HAJI HADI DULU

KOMEN:
TAN MELAKA 14 March 2017: 

Bekas-bekas pemimpin Pas  yang sekarang sedang berzina dengan isteri mereka kerana  melanggar hukuman baiah talak tiga dengan melompat parti hendaklah menjadi perintis  menjalani  hukuman sebat 100 rotan di bawah pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah.Mereka telah bersumpah untuk mematuhi hukuman Islam Pas itu.

Sekiranya mereka membantah maka Ulama Besar Pas yang bertanggungjwab mengusulkan Akta itu  Haji Hadi Awang hendalah menjalani  ketiga-tiga hukuma maximum di bawah pindaan itu yaitu 30 tahun penjara,RM100,000 denda dan sebat 100 rotan kerana gagal laksanakan BAIAH.

- sumber

1 comment:

  1. setiap hukum yang diujudkan ada tarikh kuatkuasa
    bayar gaji ada tunggakkannya
    ugama apa ajar pengnutnya minum arak berjudi pelacur lumba kuda ceti haram isap rokok bunuh colek rompak rogol curi dll maksiat
    patutlah jinayah makin banyak ramai yang sayang penjinayah

    ReplyDelete