Rakaman penculikan paderi tersebar
Oleh SUHANA MD. YUSOP, MOHD. YUNUS YAKKUB dan AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
RAKAMAN CCTV yang tersebar luas di laman sosial menunjukkan tiga buah SUV memotong dan mengepung kereta dipercayai dinaiki Keng Joo pada 13 Februari lalu.
SHAH ALAM – Satu rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan penculikan seorang paderi, Raymond Koh Keng Joo (gambar kecil) pada 13 Februari lalu.
Rakaman berdurasi dua minit 57 saat itu memaparkan bagaimana Keng Joo diculik sekurang-kurangnya lapan lelaki bertopeng dengan menaiki tujuh buah kenderaan termasuk dua buah motosikal.
Menerusi rakaman tersebut, ia dapat dilihat bahawa penculikan tersebut dilakukan dengan terancang dan profesional kerana ia hanya mengambil masa selama 40 saat dipercayai.
Aksi bermula apabila tiga buah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dilihat telah menghimpit kereta Honda Accords paderi itu dari arah depan, tepi dan belakang menyebabkan mangsa terpaksa menghentikan keretanya.
Beberapa orang lelaki bertindak keluar dari SUV berkenaan sebelum menculik paderi tersebut.
Sebaik sahaja selesai, kesemua kenderaan memecut laju termasuk membawa kereta milik Keng Joo.
Rakaman CCTV berkenaan dipercayai dari sebuah rumah berhampiran tempat kejadian.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Kosmo! melalui aplikasi WhatsApp memberitahu, satu sidang akhbar mengenai kes penculikan tersebut akan dibuat hari ini.
“Esok (hari ini) boleh tanya saya di sidang akhbar,” katanya.

No comments:
Post a Comment