Thursday, March 30, 2017

Putus hubungan dengan PKR: PAS Selangor yang demam nanti.......

Pas tak berani putus hubungan dengan PKR
ATIRAH HASLI - 30 MAC 2017
SHAH ALAM - Pas tidak mungkin berani membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR pada Muktamar Pas April depan.

Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat mendakwa, keputusan itu tidak akan dicapai meskipun banyak usul berkenaan diluluskan di Pulau Pinang dan Terengganu.

"Isu utama adalah kuasa di Selangor. Hidup dalam keadaan ada kuasa. Dapat pelbagai kemudahan.

"Gaji puluhan ribu. Tiba-tiba nak putus. Hampir mustahil Pas nak putuskan hubungan dengan PKR," katanya dalam satu kenyataan.


Terbaharu, empat kawasan Pas di Terengganu yang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Pesuruhjaya PasTerengganu, Satiful Bahri Mamat berkata empat kawasan itu termasuk  Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

1 comment:

  1. Islam ke???? kemana hilang maruah diri???

    ReplyDelete