Siasat juga ‘tangan ghaib’ skandal RM47.6 juta Felda
Pada 1 Mac 2017
MENTAKAB, 1 MAC: Dakwaan pecah amanah berjumlah RM47.6 juta melibatkan bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan bekas timbalannya Muhammad Sufi Mahbub perlu disiasat secara menyeluruh.
Ini termasuk siasatan terhadap bekas menteri UMNO yang pernah mempengurusikan agensi itu gesa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
“Adakah wujud tangan ghaib yang mengarahkannya atau terlibat sama dalam kes ini kerana tak masuk akal seorang penjawat awam berani melakukan begitu tanpa mengikut SOP kecuali ada arahan daripada pihak tertentu.
“Biasanya jika kes rasuah atau salah guna kuasa melibatkan nilai yang kecil mungkin boleh di terima akal.
“Tapi ini melibatkan jumlah nilai yang besar dan kita harap SPRM dapat menyiasat kes ini di semua peringkat,” katanya kepada Roketkini.
Dalam kes tersebut, Datuk Faizoull Ahmad dan timbalannya Muhammad Sufi Mahbub didakwa telah pecah amanah dan bersubahat bagi kesalahan yang dilakukan tiga tahun lalu di Bangunan Wisma Felda Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Pada 24 Januari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Faizoull, Sufi serta 2 lagi pegawai kanan Felda melibatkan kelulusan projek penternakan ikan Sturgeon tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan Felda. – sumber

No comments:
Post a Comment