Saturday, March 11, 2017

Mereka gali patung Firaun Ramses II tertanam di kawasan setinggan Kaherah

Patung Firaun Ramses II Berusia Lebih 3000 Tahun Dijumpai Tertanam Di Kawasan Setinggan Cairo
Azam A
March 11, 2017, 12:01 PM
Ahli arkeologi Jerman dan Mesir berjaya membawa keluar patung yang sangat besar, tertanam di bahagian bandar setinggan Cairo yang padat. Patung besar itu dijangkakan berusia lebih 3000 tahun dan menurut perkiraan adalah patung kepada firaun Ramses II.

Matariya, tempat di mana patung ini tertanam adalah kota yang sangat padat dan miskin. Penemuan ini bakal memberikan berita dan cerita yang baru kepada dunia purba Mesir dengan penemuan baru beberapa tulisan hieroglyph bersama dengan patung ini.

Menurut kajian sejarah, Ramses II adalah firaus yang paling agung dalam sejarah purba Mesir. Ramses II mungkin firaun yang disebut dalam Al-Quran ketika zaman Nabi Musa kerana jalur masa yang hampir tepat. Kita tahu kisah Firaun yang berkuasa saat itu akhirnya tewas terperangkap di dalam air laut yang akhirnya menutup kembali setelah Nabi Musa dan Bani Israil sampai di seberang. Maka dengan penemuan ini, diharap dapat menghuraikan lagi tentang sejarah Ramses II dengan lebih lanjut.

Patung ini mempunyai ketinggian 7 meter dan diperbuat dari batu kuarza dan pihak arkeologi sudah memulakan proses restorasi untuk segala artifak yang dijumpai di tapak ini. Dikhabarkan bahan arkeologi ini akan dipamerkandi Grand Egyption Museum yang akan dibuka secara rasmi pada 2018.

Dengan penemuan hebat ini, ianya dijangka dapat mengembalikan tourism Egypt yang sebelum ini terjejas teruk akibat perang yang berlaku di Mesir. Ada yang berpendapat masih banyak lagi artifak purba yang belum diterokai di Mesir dan ini adalah salah satu penemuan penting sepanjang dekad ini.
 
 
 
 
 
 
 
 

1 comment:

  1. Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israel) di malam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu, kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)".

    bani Israel setelah diselamatkan dari piraun sedikt sekali yang mau beriman kepada Allah itulah sejarah orang Israel memang jahat dari dulu lagi

    ReplyDelete