Malaysia mulakan rundingan rasmi dengan Korea Utara dalam masa terdekat - Anifah
Hilal Azmi, Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 11, 2017 17:37 MYT
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bergambar dengan anggota keluarga rakyat Malaysia yang bermastautin di Korea Utara, selepas mengadakan pertemuan dengan mereka bertempat di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Satu rundingan rasmi dengan kerajaan Korea Utara akan dibuat dalam masa terdekat sebagai usaha membawa pulang sembilan kakitangan kedutaan Malaysia yang masih terkandas selepas dihalang keluar dari negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, sehingga kini terdapat tiga perbincangan tidak rasmi telah dibuat bersama Kaunselor Kedutaan dan agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat persediaan rundingan rasmi itu.
"Kita tidak letakkan sebarang tempoh, tetapi rundingan ini akan dibuat dalam masa terdekat dan saya jamin ia akan diselesaikan secepat mungkin.
"Setakat ini hubungan diplomatik masih ada (antara Malaysia-Korea Utara) maka kita tidak perlu pihak lain untuk berunding dengan mereka.
"Malah, kerajaan tidak bercadang memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara sekiranya rakyat Malaysia pulang dengan selamat dan dilepaskan awal," katanya dalam sidang media khas selepas mengadakan pertemuan dengan 11 wakil keluarga tiga rakyat Malaysia yang terkandas di republik itu, di sini hari ini.
Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa mayat mangsa bunuh, Kim Jong Nam bermungkin anakan dihantar pulang selepas rundingan rasmi bersama kerajaan Korea dalam masa terdekat.
Hilal Azmi, Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 11, 2017 17:37 MYT
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bergambar dengan anggota keluarga rakyat Malaysia yang bermastautin di Korea Utara, selepas mengadakan pertemuan dengan mereka bertempat di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Satu rundingan rasmi dengan kerajaan Korea Utara akan dibuat dalam masa terdekat sebagai usaha membawa pulang sembilan kakitangan kedutaan Malaysia yang masih terkandas selepas dihalang keluar dari negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, sehingga kini terdapat tiga perbincangan tidak rasmi telah dibuat bersama Kaunselor Kedutaan dan agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat persediaan rundingan rasmi itu.
"Kita tidak letakkan sebarang tempoh, tetapi rundingan ini akan dibuat dalam masa terdekat dan saya jamin ia akan diselesaikan secepat mungkin.
"Setakat ini hubungan diplomatik masih ada (antara Malaysia-Korea Utara) maka kita tidak perlu pihak lain untuk berunding dengan mereka.
"Malah, kerajaan tidak bercadang memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara sekiranya rakyat Malaysia pulang dengan selamat dan dilepaskan awal," katanya dalam sidang media khas selepas mengadakan pertemuan dengan 11 wakil keluarga tiga rakyat Malaysia yang terkandas di republik itu, di sini hari ini.
sama sama lepas baru boleh jadi
ReplyDeletemenang menang sama sama senang
korea utara dah biasa hidup susah depa pung tak kesah sangat
maseh kuat jatidiri tu yang amarika benci