Thursday, March 2, 2017

Apa macam........ada beranikah Hadi?

Akta 355: Asri cadang debat dengan Hadi
Shakira Buang    Hari ini, 11:48 tengahari
Selepas seorang anggota parlimen mempertikaikan pendirian Mufti Perlis berhubung cadangan pindaan Akta 355, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau hanya akan berdebat mengenai hal itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Itu pun, kata mufti berkenaan, jika Abdul Hadi mahu berbalas hujah dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini, Asri berkata beliau tidaklah mencabar anggota parlimen yang bulan lalu berceramah dan mencadangkan supaya kepalanya disekeh kerana mempertikaikan cadangan pindaan akta berkenaan.

"Saya tidak mencabar beliau (Datuk Dr Khairuddin Aman Razali).

"Jika PAS teringin hendak saya berdialog, saya cadangkan presiden PAS berdialog dengan saya mengenai hal ini," katanya semalam.

Asri berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Kata Kamarul Zaman, debat mengenai pindaan Akta 355 itu patut berlangsung antara Khairuddin - yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS - dan Asri.

Terdahulu, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaimi Ramle 'menyambut tawaran' Khairuddin untuk berdebat mengenai keperluan Akta 355 dipinda.

"Saya nak ajak berhujah, siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 (adalah) harus, sunat ke, makruh ke, haram ke, saya nak ajak berhujah dengan saya.


"Saya berani berhujah (bahawa) pinda Akta 355 adalah wajib, bukan sunat, bukan harus, apatah lagi makruh atau haram.

"(Ia) wajib disokong. Kenapa? Sebab dengan pinda Akta 355 itulah tiga kesalahan jenayah Islam (iaitu zina, qazaf dan meminum arak) dapat dihukum mengikut al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

"Takkan benda macam ni mufti Perlis tak boleh faham?" katanya (gambar).

Ceramah itu dipercayai diadakan pada 12 Februari lalu.

Menurut Rozaimi beliau "dengan rendah hati" menerima tawaran Khairuddin untuk berdiskusi atau berwacana mengenai isu berkenaan.

"Mungkin ada perkara yang beliau (Khairuddin) tahu yang saya tidak tahu, maka saya boleh belajar (daripada) beliau melalui diskusi ini," kata Rozaimi pada 25 Februari lalu.

Jangan bagi alasan

Semalam Rozaimi yang juga pensyarah Jabatan Fikah dan Usul Fiqh UPSI menyatakan secara rasmi kesediaannya berhujah dengan Khairuddin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia, bagi pihak Rozaimi, melalui sepucuk surat rasmi yang disampaikan melalui serahan tangan di pejabat dewan itu di Kuala Lumpur.

Kamarul Zaman dalam satu kenyataan semalam berkata ahli-ahli akademik berbeza pandangan berkaitan cadangan debat Akta 355.

Oleh demikian debat itu patut berlangsung antara Khairuddin dan Asri.

Kenyataan itu juga dikeluarkan sebagai reaksi kepada cadangan penganalisis politik Dr Maszlee Malik supaya Khairuddin menerima cabaran debat Rozaimi.

Langkah itu, kata Maszlee, boleh mengalak Khairuddin dituduh sebagai jaguh kampung.

Mengulas lanjut, Asri mempersoalkan siapa Kamarul Zaman yang mencadangkan supaya beliau berdebat dengan Khairuddin.

"Saya tidak kenal siapa dia Kamarul berkenaan. Dia pensyarah universitikah atau wakil PAS?

"Apa yang saya lihat MP Kuala Nerus mencabar sesiapa sahaja berdebat. Sudah ada yang menjawab iaitu Dr Rozaimi Ramle," kata Asri.


Oleh demikian Asri mengingatkan Khairuddin agar tidak memberi alasan untuk melarikan diri.

"Maka, (Khairuddin) kena setuju sebab dia yang sebut sesiapa sahaja. Dia jangan beri alasan hendak melarikan diri.

"Kita kena faham, seseorang yang tidak menyokong sepenuhnya penjara 30 tahun denda RM100,000 bukan tidak menyokong syariah Islam. Banyak lagi isu lain disebalik 30 tahun dan RM100,000 denda itu," kata Asri.

* Mana jantannya kalau bercakap dan melesing serta melabel orang dengan bercakap sorang-sorang dalam ceramah?

5 comments:

  1. Banyak lagi isu lain disebalik 30 tahun dan RM100,000 denda itu

    uruskan isu lain jalankan jugak urusan untuk
    membetulkan mana mana hukum yang tak ikut perintah Allah n Rosul
    janganlah nak tunjuk lagak sangat
    2 mamat ni penjawat awam saja

    Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

    kalau bincang bab hukum ni macam nak jalankan ada jugak paedah untuk umat Islam negara ni.
    bila hukum yang jelas sedang diguna pakai sekarang berlawanan ngan hukum Allah buat macam buat mata saja mamat ni
    adakah mamat ni nak tunjuk pandai dari Allah bila Allah suruh dera pesalah zina dia pulak nak tunjuk sifatnya lagi pengasih dari Allah
    perasan hebat denagn apa yang dia paham saja
    orang patutnay tolong menolong untuk membetulkan hukum hukum agar berhukum ikut pnaduan yang diberikan oleh Allah n Rosul
    bukan nak tunjuk lagi pandai dari Allah n Rosul jugak ulamak ulamak yang dahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sangat la..buka balik kes spenda besaq..bukti nyata tu

      Delete
  2. Zina Qazaf Arak saja

    Yang tipu BILYON BILYON dan Lahap Dedak 90 Juta tak nak di adili ke ???

    Ini nampak gaya HUDUD MUDUD PAS saja lepas lahap dedak 90 juta.

    Pandai betul PAS jual jaja main bebende agama , senyap senyap beli Q7 Porsche nanti Lori Kapalterbang pulak

    Otak pintar juga gaya Jho Low.

    Anak siapa nih dah tua tua nak khianat Rakyat pulak

    Masha Allah

    ReplyDelete
  3. Kalau laksana hudud Anwar kena rejam sampai mati sebab gemar meliwat

    ReplyDelete
  4. Wahai khadam DAP sampai bila kamu ingin memusuhi islam

    ReplyDelete