Wednesday, March 15, 2017

Angkara gila yang menyambar nyawa

Lelaki Maut Dirempuh Remaja Pandu Lawan Arus
Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 5:41 PM

BUTTERWORTH: Seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuh Raya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah pagi Selasa.

Kejadian pukul 7.50 pagi arah ke utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.

"Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

"Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Insiden itu turut dirakamkan oleh pemandu dari laluan bertentangan dan disiarkan dalam laman perkongsian YouTube di bawah akaun Penang Kini. - sumber

4 comments:

  1. arak boleh mendatang musibah
    pemandu remaja atau tidak hukuman mesti berat
    kalau betul mabuk dan langgar arahan memandu
    satu nyawa melayang
    tak perlu kasihan pada pemandu ni
    waris simati berhak dapat ganti rugi kalau ikut Hukum Islam

    ReplyDelete
  2. Jgn didiamkn saja kes ni..ambil tindakn segera..tkot2 nti jd yg mcm "haritu" lak!!?:'(

    ReplyDelete
  3. Banyaknya perkara "pelik" di negara yang aman damai ini sekarang. Aduhai...

    ReplyDelete
  4. disebabkan ang betina oii nyawa org lain terbang melayang,kesian kpada mangsa yg kena lnggaq dengan ang to,tindakan swajarnya harus di ambil.. ang mabuk nyawa org len melayang bodoh betoi betina ni.. geram aku..dah tau mabok dok gatai thegeh² bwk keta watpa,Dh la ang bwk blawan arus..apapon salam takziah dkt kluarga mangsa yg kena lnggaq dgn betina to.

    ReplyDelete