Friday, January 13, 2017

Warga emas maut setelah Perodua Vivanya dirempuh Van Polis yang terbabas

Warga emas maut kemalangan tiga kenderaan
WARTAWAN SINAR HARIAN - 12 JANUARI 2017 
Warga emas maut kemalangan tiga kenderaan Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin sedang berusaha mengeluarkan mangsa

KUALA ROMPIN - Seorang warga emas maut dan dua cedera termasuk seorang anggota polis selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya dirempuh sebuah van polis sebelum berpusing  dan dilanggar sebuah lagi kenderaan di Kilometer 123 Jalan Kuantan - Johor Bahru, di sini, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Mubim Sulong, 64, dari Kampung Gading, Muadzam Shah, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang Perodua Viva, Rahmah Kasim, 57, cedera parah akibat rempuhan tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, kejadian pada jam 11.05 tengah hari itu berlaku apabila sebuah van milik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Iskandar Putri, Johor dalam perjalanan dari Kuantan ke Johor Bahru secara tiba-tiba terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

''Van berkenaan kemudiannya masuk semula ke laluan bertentangan lalu merempuh bahagian depan kereta dipandu mangsa sehingga terpusing.

''Semasa berpusing bahagian depan sebelah kiri Perodua Viva itu bergesel pula di sebelah sisi kanan sebuah kenderaan menyebabkan  jenis Toyota Hilux menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh semula Perodua Viva berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurut Muhammad Aidil, anggota polis yang cedera merupakan pemandu van jenis Toyota Hiace, Nor Saddam Nor Azman, 26, manakala dua penumpang dan pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.

''Van berkenaan dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menghantar sembilan Orang Kena Tangkap (OKT) di Ibu Pejabat polis Kontijen (IPK) Pahang di Kuantan.

''Siasatan awal mendapati pemandu van berkenaan cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang maut dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat manakala siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

1 comment:


  1. Solusi.

    Semua pasukan Polis akan di wajibkan menghadiri KURSUS ..

    ReplyDelete