Sunday, January 15, 2017

Naik kesian pulak aku tengok pemimpin PAS sekor ni!

Kuda-kuda hitam saya masih kuat, kata ulamak Pas
15 Januari 2017 | ARIF ATAN
Mokhtar Senik di sisi kereta Mercedes miliknya yang juga pernah dimuat naik di Facebook pada Disember 2015.

Mengakui tindakannya sengaja mahu 'cucuk rusuk orang', Ketua Dewan Ulama Pas Pahang memuat naik dua foto kereta mewah yang digelarnya sebagai 'kuda-kuda hitam' di akaun Facebook miliknya semalam.

Dalam status yang turut mengandungi beberapa kesalahan ejaan itu, Ustaz Mokhtar Senik menyifatkan kedua-dua kenderaan tersebut masih dalam keadaan elok walaupun digunakan untuk banyak program parti melibatkan perjalanan yang jauh.

"Selesai sudah perasmian serentak Mesyuarat Agung cawangan2 Kawasaj(n) Tan(m)bun. Esok mesyuarat Pas Pusat Pulak. ptg tadi sebelum ke Perak Mesyuarat Lajnah Dakwah Pusat. Alhamdulillah kuda2 hitam saya masih kuat," dipetik daripada kenyataannya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu pada masa sama mengaitkan dengan nikmat Allah tetapi pada ayat terakhir memberitahu kenyataannya itu mahu 'menguji'.

"Nikmat yg Allah beri adalah untuk agama Allah. Status nak test," tulisnya dalam status yang dimuat naik pukul 12.59 tengah malam, 14 Januari itu.

Mendapat hampir 290 'like' setakat awal pagi hari ini, Mokhtar dalam satu komentarnya mengaku sengaja memuat naik status berkenaan.

"saje je post status cucuk rusuk org. nak tgok melompat ke tak?" ujarnya lagi yang menggunakan nama 'Mokhtar Dup' (Dewan Ulamak Pas) bagi media sosial itu.

Ini bukan kali pertama Mokhtar menayangkan kedua-dua kereta import itu. Pada 17 Disember 2015, pemimpin Pas yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun selepas terbabit dengan kumpulan Al-Maunah itu juga memuat naik kisah kedua-dua 'kuda hitam' yang sama yang dikatakannya masuk bengkel.

Dalam hal berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada September tahun lalu seperti diceritakan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan didakwa pernah mengingatkan supaya membaca al-Quran dan jangan hanya membaca Facebook.
Satu lagi kereta mewah dimiliki Mokhtar.

2 comments:

  1. awat la smapai jadi macam ni
    kalau ya pun nak buat kerja untuk agama buat lah
    tak payah lah duk kelahi kat media ni
    burok sangat jadinya

    Katakanlah: "Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam

    nanti pakat jawaplah di akhirat nanti akan setiap ucapan janji ni 1 hari 5 kali (kalau solat) adakah kita termasuk dalam golongan hari hari tipu Allah???

    ReplyDelete
  2. Hanya Allah swt sahaja yang layak dan berhak nak menguji manusia. Ini kerana selain menguji, Allah swt juga memberi beberapa petunjuk kepada seseorang yang sedang di uji.

    Mokhtar beranggapan kononnya dia menguji padahal dia telah melakukan dosa kerana sengaja menyakiti hati orang lain.

    ReplyDelete