Pas sebagai parasit demokrasi
30 Januari 2017 | MUAMMAR QADDAFI
Strategi Pas ini sesungguhnya akan membazirkan undi rakyat, sekaligus merosakkan sistem demokrasi, mereka akan menjadi parasit demokrasi yang hidup menumpang pada salah satu antara dua kuasa besar politik dalam negara.
Pas hari ini mengesahkan lagi matlamat mereka untuk menjadi "King Maker" dalam PRU ke 14 akan datang apabila mensasarkan untuk peroleh sekurangnya 40 kerusi pada Pru akan datang dan pada masa yang sama , turut mengakui bahawa sukar untuk mereka peroleh sejumlah kerusi yang melayakkan Pas membentuk kerajaan sendirian.
Sasaran 40 kerusi untuk dimenangi pada PRU14 adalah mengulangi sasaran Pas pada PRU12 iaitu untuk mendapatkan sekurangnya 40 kerusi parlimen, pada PRU13 yang lalu Pas telah mensasarkan 60 kerusi ini bermakna sasaran ini kembali menurun setelah tiada lagi kerjasama antara parti pembangkang sekaligus Pas akui secara tidak langsung bahawa pecahnya Pakatan Rakyat, telah menjadikan Pas semakin lemah, bukannya lebih kuat bersendirian sebagaimana pernah didakwa.
Menyasarkan 40 kerusi untuk dimenangi tanpa ada sekutu bermakna Pas telah bersedia untuk kalah di 183 kerusi lain atau 82% dari jumlah kerusi yang ada kepada dua teraju utama politik Malaysia, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Sasaran ini juga bermaksud Pas tidak serius untuk menjatuhkan Umno-BN dan menggunakan sentimen agama dan kaum untuk menjustifikasikan tindakan mereka ini.
Sebagai sebuah parti yang senior dan terbesar, dengan jumlah ahli mencecah sejuta orang, Pas sepatutnya mensasarkan 112 kerusi dan berusaha keras untuk menjatuhkan Umno-BN dari tampuk kepimpinan, namun jika sekadar ini sasaran mereka maka jelas kemasukan mereka dalam politik dan pilihan raya adalah semata untuk mendapatkan jawatan melalui kaedah "makan keliling".
Kaedah ini akan membantu Pas untuk menumpang pada parti parti yang lebih besar terutamanya BN memandangkan Pas bertegas untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Dengan menumpang BN maka Pas akan peroleh jawatan di dalam kerajaan sekiranya BN menang PRU akan datang, dan jelaslah apabila sebuah parti yang mempunyai jumlah kerusi yang minoriti tidak akan mempunyai kemampuan untuk membela rakyat dan bangsa namun cukup untuk mendapatkan jawatan kepada pimpinan mereka.
Strategi Pas ini sesungguhnya akan membazirkan undi rakyat, sekaligus merosakkan sistem demokrasi, mereka akan menjadi parasit demokrasi yang hidup menumpang pada salah satu antara dua kuasa besar politik dalam negara. Parasit ini jelas sifatnya yang sangat pentingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kehidupan rakyat jelata.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk rakyat marhean bangkit menentang para koruptor yang menduduki tampuk pimpinan, serta menentang para parasit demokrasi yang akan membantu pemimpin korup terus berkuasa.
Monday, 30 January 2017
BAGAIMANA PAS NAK MENANG 40 KERUSI?
Presiden Pas, Hadi Awang dilaporkan mahu parti itu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang.
Selain itu, katanya, Pas juga perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor, selain memerintah semula Kedah dan Terengganu.
Besorrnya cita-cita Hadi Awang dan Pas?
Tidak cukup dengan sebelum ini bertegas mahu 70 kerusi Parlimen yang ditandingi dalam pilihanraya 2013 lalu tidak diganggu, kini bercita-cita pula menang 40 kerusi daripadanya dan kekal berkuasa di Kelantan, berkongsi kuasa di Selangor serta menawan semula Kedah dan Terengganu.
Bolehkah semua impian itu dicapai?
Ketika Pas bersendirian dahulu, berapa banyak kerusi Parlimen yang pernah mereka menangi?
Jika kita masih ingat, jumlah terbanyak pernah dimenangi Pas ialah pada pilihanraya 1999 dan 2008 iaitu 27 dan 23 kerusi Parlimen, manakala ketika bersendirian pula jumlah yang dimenanginya tidak pernah lebih daripada 10 kerusi.
Tetapi, apakah Pas sedar bahawa pada 1999 itu mereka bekerjasama dengan PKR dan mendapat laba selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, manakala pada 2008 kerana dibantu dengan jalinan kerjasama bersama PKR dan DAP?
Ketika bersendirian dahulu dahulu, berapa negeri yang pernah ditawan oleh Pas?
Sekali lagi diingatkan bahawa Kelantan dapat ditawan Pas pada 1990 melalui bantuan Semangat 46, Terengganu pada 1999 dengan bantuan PKR, manakala kejatuhan lima negeri pada pilihanraya 2008, termasuk Kedah dan Perak di mana Pas menjadi Menteri Besar adalah kerana wujudnya kerjasama dengan PKR dan DAP?
Oleh itu, untuk menang 40 kerusi Parlimen dan menawan beberapa negeri seperti yang disebutkan oleh Hadi Awang itu, bagaimanakah Pas mahu mencapainya?
Bersendirian juga atau mahu bekerjasama dengan lain-lain parti?
Ataukah kenyataan Hadi Awang kali ini merupakan tanda-tanda Pas memang ingin bekerjasama dengan PKR dan Bersatu serta mengharapkan bantuan secara tidak langsung oleh DAP dan Amanah yang sudah pun sedia menjalin persefahaman dengan PKR dan Bersatu? (SH 30/01/2017).
Posted by Shahbudin Husin at 12:59

duk kisah banyak kat pas pun buat apa
ReplyDeleteada paedah ka
teruskan kerja pati lain untuk
tumbangkan amno bn
tapi janagn lupa dalam pati pembangakang lain pun ada ajen pengkhianat yang menyusup masuk
niat untuk menang pru14 betoi ka ikhlas untuk rakyat atau ada lain jugak matlamat???