Monday, January 16, 2017

Aiikk......masih belum ada tindakan rupanya, dah berapa bulan daah?

Khalid desak segera tindakan ke atas penyerang beliau
16 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Khalid tuntut segerakan siasatan serangan ke atas beliau di perkarangan Parlimen.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak agar siasatan ke atas serangan terhadap beliau di perkarangan bangunan Parlimen sebelum ini dipercepatkan.

Dalam sidang media bersama dengan peguamnya, Zulhazmi Sharif, Khalid mempertikaikan kenapa ia lambat diselesaikan sedangkan semua pihak sudah diambil keterangan.
Khalid Samad diserang di perkarangan bangunan Parlimen November lalu

Pada 24 November 2016 lalu, kira-kira 20 hingga 30 lelaki dan wanita menyerang Khalid di perkarangan bangunan Parlimen ketika Khalid sampai untuk menyertai sidang Dewan Rakyat itu.

Pada mulanya mereka hanya mengganggu Khalid, dengan menjerit 'Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak', tetapi selepas seorang daripada mereka jatuh ketika di depan beberapa pegawai keselamatan Parlimen, ia bertukar menjadi ganas.

Kumpulan rusuhan itu mengejar Khalid dan pegawai keselamatan Parlimen dapat melindunginya daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Ekoran itu, Polis telah menahan 11 dari mereka dan mengambil keterangan.

Namun sehingga kini ia belum diselesaikan dan tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas mereka.

* MP pun gagal dilidungi......rakyat bawahan bagaimana?

1 comment:

  1. cubaang menyerang tak salah ke
    dikawasan pakleman pulak tu
    keadilan nampak dilaksanakan bukan melaung saja
    kalau yang diserang tu orang depa agaknya
    apakan jadi pada para penyerang
    tu baru anak mp

    ReplyDelete