Ceritalah ASEAN - Pak Teguh dan Sungai Musi
Karim Raslan, Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 12, 2017 17:17 MYT
Kelihatan kehidupan seharian sekumpulan tukang kayu di Seberang Ulu, Palembang - Foto Karim Raslan
SAYA berada dalam sebuah "ketek" – perahu berukuran enam meter yang digerakkan dengan motor serta diperbuat daripada kayu – ketika ia menempuh arus deras Sungai Musi, sungai kemegahan Palembang. Sungai berukuran 750 km ini merupakan sungai yang terpanjang di Sumatera, bermula dari kawasan pergunungan di sebelah barat Bengkulu. Membelakangi Jambatan Ampera yang berwarna jingga kemerah-merahan, Pak Teguh, tukang perahu saya yang berusia 64 tahun, membawa kami jauh dari hingar bingar pasar Enambelas Ilir.
Kami bergerak menuju kampungnya, Kampung Tiga Ulu yang terletak jauh di hulu sungai. Kami teruja apabila melepasi kapal-kapal lautan, bot tunda, tongkang, feri-feri serta berbagai-bagai jenis kapal lain. Sememangnya dataran persisiran pantai timur Sumatera yang luas dan beralun itu dianugerahkan dengan sungai-sungai yang gah; sungai-sungai seperti Kampar, Batanghari dan Siak. Tetapi, Sungai Musi – di mana tebingnya pernah menjadi tapak lahirnya Empayar Srivijaya – adalah pusat kegiatan ekonomi yang sangat dinamik sehingga kini. Tambahan pula, sungai ini sarat dengan pelbagai sejarah dan legenda.
Apabila saya menutup mata untuk seketika, saya dibawa ke zaman silam – hingga ke abad ke-7 – membayangkan diri saya sebagai seorang pengembara (mungkinkah sebagai seorang pedagang rempah dan cendana?), yang sedang berehat di Palembang, ibu kota Srivijaya, setelah perjalanan yang memakan masa hampir sebulan dari Guangzhou. Saya sedang dalam perjalanan ke Nalanda, sebuah kota di Bengal yang turut dikenali sebagai pusat pembelajaran agama Buddha. Mungkin, terdapat seorang sami muda dalam kumpulan saya – seorang lelaki yang dikenali sebagai Yijing (“I Ching”) yang kemudiannya akan menjadi penterjemah kitab-kitab Buddha termasyhur dari China yang disanjung tinggi oleh pemerintah yang digeruni dan dibenci, Permaisuri Wu Zetian apabila beliau tiba di Luoyang dua puluh lima tahun kemudian pada 695 SM.
Pak Teguh telah bekerja di tebing Sungai Musi sejak 1970, sewaktu berusia 18 tahun lagi. Sungai itu menjadi nadi hidupnya, membantunya meraih sehingga IDR100,000 pada sesetengah hari yang bagus. - Foto Karim Raslan
Setelah sekian lama menjadi pusat kegiatan perdagangan, pembelajaran dan perindustrian, sejarah Palembang tidak dapat dipisahkan dari sejarah kerajaan-kerajaan hebat di rantau Nusantara dan seluruh dunia, dari Ayudhya, Khmer ke Melaka dan juga Majapahit, sehinggalah kerajaan Chola di India Selatan serta Dinasti Tang dan Dinasti Song di China.
Kini kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam, Palembang masih menyimpan kenangan masa lalunya yang pelbagai ragam seperti bandar-bandar pelabuhan lain.
Setelah Parameswara melarikan diri dan juga keruntuhan kerajaan Srivijaya, kota ini diperintah berturut-turut oleh lanun kaum Cina yang kemudiannya diserang oleh Laksamana ulung dinasti Ming, Cheng Ho. Sememangnya, orang British turut menyerang Palembang. Tetapi mimpi zaman silam saya berakhir dan tiba-tiba saya kembali ke masa kini.
Penulis Karim Raslan sedang menaiki 'ketek' menyeberangi Sungai Musi. Ketek adalah perahu kayu tirus yang menggunakan enjin bot dan berfungsi sebagai teksi di sekitar Sungai Musi. - Foto Karim Raslan
Kami telah tiba di kampung Pak Teguh. Salah seorang anak lelakinya, Anshori melompat ke atas bot pengapungan bagi memastikan kami selamat turun dari ketek tersebut. Teguh bercakap dengan nada yang perlahan tetapi meyakinkan. Walaupun terpaksa menunggu beberapa jam untuk penumpang, beliau begitu tenang.
“Saya telah bekerja di Sungai Musi sejak 1970. Saya hanya berusia lapan belas tahun ketika itu.”
Apabila saya bertanya bagaimana kehidupan beliau telah berubah dari zaman itu, Pak Teguh berjawab secara sopan: “Kehidupan kami sama sahaja, tiada perbezaan yang ketara.”
Sudah tentu buat keluarga seperti keluarga Pak Teguh yang tidak mempunyai kelayakan pendidikan atau jaringan untuk mendapat pekerjaan di kerajaan tempatan; mereka tidak dapat menikmati pertumbuhan 6 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) di bandar yang mempunyai sejumlah 1.6 juta orang ini. Contohnya, pembinaan kereta api transit aliran ringan (MRT) yang berukiran 24-km dari Lapangan Terbang Internasional Sultan Mahmud Badaruddin II ke seberang sungai Jakabaring – dibina untuk 2018 Asian Games yang bernilai IDR12.59 trilion – tidak menghasilkan peluang pekerjaan. Anshori menjelaskan: “Seseorang harus mempunyai latihan khas. Justeru, kebanyakan pekerja di situ adalah bukan dari Palembang.”
Pak Teguh dan penulis sedang bersantai di tepi tingkap kediamannya. - Foto Karim Raslan
Hanya seorang anak lelaki Pak Teguh – daripada enam – telah lulus sekolah menengah rendah, yang lain tidak berjaya melepasi pendidikan sekolah rendah. Pak Teguh harus bekerja kuat untuk menjaga keluarga besarnya (beliau juga ada 10 cucu). Pak Teguh boleh memperoleh pendapatan sebanyak IDR100,000 pada hari yang baik manakala beliau hanya boleh mendapat sebanyak IDR50,000 pada musim sunyi (i.e. luar musim cuti).
Kehidupan Pak Teguh sememangnya sempit, apabila mengambil kira purata perbelanjaan bulanan mereka mencecah IDR3,000,000. Di dalam dunia tanpa sempadan hari in, Pak Teguh tidak memiliki telefon bimbit – hanya menantu perempuan beliau sahaja yang memiliki telefon bimbit.
Pak Teguh telah membeli bot pertamanya dengan menggunakan wang simpanan yang terkumpul daripada perniagaannya; selama tiga tahun. Beliau harus mengeluarkan sebanyak IDR20 juta jika ingin menggantikan bot tersebut pada ketika ini. Pak Teguh berharap untuk mewariskan bot itu kepada anak cucunya.
Penulis Karim Raslan sedang meniti titian yang menghubungkan kawasan pelabuhan dan daratan. - Foto Karim Raslan
Situasi beliau tidak mencerminkan peningkatan kehidupan penduduk-penduduk Palembang yang kebanyakannya memperoleh pendapatan sebanyak IDR2,484,000 (gaji minimum di bandar itu), lebih tinggi daripada bandar-bandar Jawa Timur seperti Malang (IDR2,272,167) atau Jombang (IDR2,082,730).
Rumah kecil beliau – yang berdiri atas tiang-tiang yang tidak begitu kukuh – dipenuhi dengan pakaian, tikar dan bantal-bantal, semua dilipat dan disimpan kemas. “Semua ini hanya tanah paya pada suatu ketika dahulu. Tiada sesiapapun yang mahu tinggal di sini. Tetapi sejak kebelakangan ini, kebanyakan pekerja di Palembang berminat untuk tinggal di sini oleh kerana kos perumahannya yang rendah.”
Apabila saya bertanya mengenai harapannya untuk masa hadapan, Pak Teguh berjawab: “Saya hanya mahu kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak saya dan semoga mereka dapat pekerjaan tetap.”
Sudah pasti ada banyak pengemudi bot seperti Pak Teguh yang mencari rezeki di Sungai Musi pada abad-abad yang lalu. Walau bagaimanapun, melihat pada perjuangan seharian serta maruah tukang perahu pada hari ini, ternyata mereka jauh terpinggir dari limpahan kemodenan Indonesia, apatah lagi jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan Srivijaya dahulu.

No comments:
Post a Comment