Sunday, January 22, 2017

Isu tuntut jawatan TPM: Salleh bertempik riuh rendah dan Mahathir perbetulkan kenyataan

Pendedahan Dr Mahathir jawatan TPM beri pengundi "pilihan politik" - Salleh
Diterbitkan pada Januari 21, 2017 21:36 MYT
SALLEH: "Jika mereka mahu Lim Kit Siang menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dengan itu mereka boleh memilih "Pakatan yang diterajui DAP" dalam pilihan raya umum akan datang." - Gambar fail

KEMABONG: Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum ke-14, penting terhadap landskap politik kerana ia akan menentukan masa depan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini kerana pengundi kini mempunyai "pilihan politik" pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Jika mereka mahu Lim Kit Siang menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dengan itu mereka boleh memilih "Pakatan yang diterajui DAP" dalam pilihan raya umum akan datang.

"Malah, Tun Dr Mahathir (bekas perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia) membuat pendedahan penting membabitkan politik negara itu pada 17 Jan tahun ini.

"Tun Dr Mahathir secara tidak langsung bersetuju dengan dakwaan (bekas naib presiden DAP) Tunku Aziz bahawa Lim Kit Siang akan menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan jika Pakatan memenangi pilihan raya umum ke-14," katanya.

Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program 'Connecting The Unconnected' (CTU) dan Komuniti Dashboard di Dewan Komuniti Sri Ontoros, Kemabong, dekat sini, hari ini.

Pada Rabu, Dr Mahathir dilaporkan berkata DAP telah meminta supaya pemimpin parti itu diberi jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu dalam ucapannya, Salleh juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai pemimpin yang tidak berpendirian kerana sering mengubah pendirian dan pandangannya mengenai isu-isu penting.

"Sebelum ini, beliau (Dr Mahathir) bersama-sama kami (UMNO/Barisan Nasional) dan kami menghormatinya kerana beliau telah menyumbang kepada negara.
"Tetapi kini, Tun Dr Mahathir bersama-sama pembangkang dan mahu meruntuhkan UMNO... kita tidak boleh benarkan ini berlaku," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau berpendapat Dr Mahathir bersikap amat tidak wajar apabila mahu menjadikan Lim Kit Siang sebagai calon timbalan perdana menteri, sedangkan sebelum ini beliau melabelkan ahli politik DAP itu sebagai rasis.- sumber

*Lepas ni mereka akan kata Mahathir belit pulak!

Pembetulan Mahathir:
'Bukan DAP minta jawatan, tetapi MCA'
WARTAWAN SINAR HARIAN - 22 JANUARI 2017
Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Menerusi tulisan di blognya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil memperbetulkan kenyataan berhubung dakwaan DAP meminta dilantik jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Saya dilaporkan berkata DAP telah meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri. Saya ingin betulkan kesalahan itu, bukan DAP, sebaliknya  MCA,” jelas beliau dalam blognya.

Sebagai bukti, Mahathir turut memaparkan satu laporan daripada Jabatan Penerangan Malaysia bertarikh April 2009, yang memaklumkan bahawa Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan 'perkongsian kuasa sebenar'.

Dalam kenyataan itu, Yuen Yow berkata, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasi konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan beri kepentingan terhadap peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa DAP mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang PRU14.

Menurutnya, DAP tidak pernah membincangkan perkara itu dengan mana-mana pihak termasuk Mahathir dan tidak pernah membuat apa-apa tuntutan untuk jawatan berkenaan.

Ini pula penafian DAP: Jawatan TPM: MCA yang minta, DAP tak pernah bincang
Pada 21 Januari 2017
oleh RoketKini

KUALA LUMPUR, 21 JAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) diminta oleh MCA dan bukannya DAP.

“Saya dilaporkan berkata DAP telah meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri kedua.

“Saya ingin betulkan kesalahan itu. Bukan DAP tetapi adalah MCA,” jelasbeliau dalam blognya.

Beliau merujuk perkara itu kepada satu laporan Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 2009 dimana Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi presiden MCA.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa DAP mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Guan Eng, DAP tidak pernah membincangkan perkara itu dengan mana-mana pihak termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“DAP hanya akan bertanding dalam 50 kerusi pada pilihan raya depan. Kita tidak pernah membuat apa-apa tuntutan untuk jawatan TPM,” katanya.

Kata beliau, DAP konsisten dengan pendirian untuk melantik Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Dan ini catatan dari blog alhusseyn51
SUNDAY, JANUARY 22, 2017

Dr M dedahkan perjanjian sulit yang sebenarnya

Beriya benar Umno cuba menghasut orang Melayu untuk benci DAP dengan tuduhan kononnya Lim Kit Siang DAP meminta untuk jadi timbalan perdana menteri jika Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memenangi pilihan raya umum akan datang.

Kononnya wujud pakatan sulit antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang dipersetujui dalam perjanjian rahsia dimeterai 3 Disember lalu.

Kononnya, perjanjian itu menetapkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Cubaan Umno dan media pro Umno itu kantoi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melalui blognya mendedahkan bahawa MCA yang telah meminta jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 2009. Bukan DAP!

Dr Mahathir kata Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan timbalan perdana menteri kedua untuk presiden parti itu, sebagai tambahan kepada jawatan timbalan pengerusi Barisan Nasional.

Seorang anggota jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian telah mengakui bahawa ia adalah benar selepas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan permintaan itu dalam blognya semalam.

Malah beliau mempertahankan permintaan partinya untuk jawatan timbalan perdana menteri, berkata ia bukan satu "kesalahan" untuk menyampaikan hasrat masyarakat Cina untuk "memperkasakan".

Beliau menjelaskan bahawa parti itu mewakili pengundi Cina telah membuat permintaan itu, melihat jawatan itu sebagai "kuasa" untuk menyelesaikan masalah-masalah bukan-Melayu, masyarakat bukan-Islam.

Kah! Kah! Kah! Kalau MCA tak mengapa... asalkan jangan DAP sebab DAP tu kominis. China dari China Kominis Ok.... Kah! Kah! Kah!

No comments:

Post a Comment