"Tiada berjuta datang masa kes pil kuda," kata peguam
30 Januari 2017 | ARIF ATAN
Peguam Mohd Fitri Asmuni yang pernah mewakili Presiden Pas berhubung kes saman pil kuda oleh pemimpin PKR berkata, kehadiran penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 2014 tidaklah mencecah jutaan orang.
Bahkan, ujarnya, kehadiran penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari bekas Ketua Pembangkang itu dibicarakan jauh lebih ramai termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.
"Masa aku wakili Presiden Pas dalam kes Pil Kuda dulu, tak ada la berjuta umat Islam datang pun. Muka orang bukan Islam lagi la tak nampak. Kes DS Anuar Ibrahim jauh lebih ramai orang datang 'support' dia di Mahkamah sampai melimpah-limpah orang duduk di luar kawasan Mahkamah termasuk orang India dan Cina," bidasnya hari ini.
Reaksi beliau yang dipetik daripada status Facebook itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yang mendakwa jutaan umat Islam termasuk orang bukan Islam akan membela Abdul Hadi jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengambil tindakan mahkamah berhubung tuduhan anti-Islam.
Sehubungan itu, Fitri yang dahulunya Exco Pemuda Pas Perak menasihatkan supaya pemimpin Pas hari ini tidak lagi mengulangi tindakan mengeluarkan kata-kata yang berunsur fitnah.
"Nasihat aku, jangan ulangi kesilapan dua kali. Menang dulu pun kerana kelemahan orang sana, bukan kerana kekuatan kes dia. Aku yang 'interview' dia, aku tahulah ceritanya. Tapi biarlah rahsia," jelasnya yang juga bekas pemimpin Pemuda Amanah Perak itu lagi.
Pada 5 Disember 2013, bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi selepas pemimpin nombor satu Pas itu mendakwa terdapat calon PKR menjual pil kuda.
Tuduhan Ahli Parlimen Marang tersebut merupakan alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun tersebut sehingga mengakibatkan pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya, Shamsul mendakwa ucapan Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 itu menjatuhkan maruah beliau dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 15 Disember 2014 menolak saman fitnah RM2 juta yang difailkan Shamsul selepas mendapati kata-kata tersebut tidak merujuk kepada pihak plaintif walaupun mengakui kenyataan Hadi itu adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.
Artikel berkaitan:
Jutaan umat Islam bangkit jika DAP saman Pas - Nasruddin
Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan yakin jutaan umat Islam termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang menghormati agama itu akan bangkit membela presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika DAP menyamannya.
"InsyaAllah, jika DAP saman presiden Pas maka ratusan ribu malah jutaan umat Islam termasuk bukan Islam yang menghormati Islam akan bangkit menjadi 'peguam bela' pemimpin gerakan Islam itu.
30 Januari 2017 | ARIF ATAN
Mohd Fitri Asmuni

jutaan jin kut yg bangkit bela hadi marang..
ReplyDeletetu pun jin toncit
Yang jutaan orang itu adalah penyokong dari DAP, PKR, Amanah dan PPBM yang hadir memberi sokongan terhadap LKS, tapi almaklumlah PAS dengan muka tak malunya selmba mengatakan mereka adalah penyokong Hadi mereng tu.
ReplyDelete