Umno jadi 'hantu' usik rakyat
WARTAWAN SINAR HARIAN - 25 JANUARI 2017
SHAH ALAM - Bekas naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Malaysia pada hari ini dilanda keserabutan politik dek kerana kebimbangan pimpinan Umno kehilangan kuasa yang dimiliki lebih 60 tahun lamanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, oleh kerana berasa terancam, Umno kini menjadi 'hantu' dengan mengusik kehidupan rakyat.
"'Khurafat' yang mengganggu kehidupan rakyat dengan provokasi perkauman dan pemikiran sempit untuk menakutkan orang Melayu kononnya akan hilang kuasa politik jika PRU14 Umno-BN kalah ditangan Pakatan Harapan dan Bersatu.
"Pemimpin Umno gunakan 'hantu perkauman' untuk menghidupkan kembali karier politik masing-masing yang telah pupus akibat skandal 1MDB dan berbagai lagi masalah yang tidak menguntungkan rakyat serta mengakibatkan kerugian pada negara," katanya.
Tambah Mahfuz, politik Malaysia bertambah kalut apabila keistimewaan Melayu, Islam dan Bumiputera turut dipolitikkan kononnya semua itu akan terhapus apabila DAP memerintah Malaysia.
"Sepatutnya soal beban rakyat yang melibatkan GST, pengangguran dan harga barang dibincangkan tetapi Najib hanya menggunakannya sebagai pelantar untuk memperkatakan soal kuasa dan bagaimana cara untuk memfitnah Pakatan Harapan dan Bersatu," katanya lagi.
Mahfuz dalam kenyataan sama turut membidas bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang sebelum ini mendakwa wujud pakatan sulit antara Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang dipersetujui dalam perjanjian rahsia dimeterai 3 Disember lalu.
Menurut Tunku Aziz, perjanjian itu menetapkan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang PRU14.
"Kenyataan putera raja yang bernama Tunku Aziz ini amat jengkel dan memalukan," bidas Mahfuz.
"Dalam beberapa hari kebelakangi ini muncul pula seorang cendekiawan hebat kelahiran Perak dan pernah berkhidmat dengan Universiti Malaya yang bernama Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa Tun Mahathir seorang diktator dan Tun Mahathir juga mahu kuasai Pakatan Harapan.
"Cendekiawan hebat ini mendakwa Tun Mahathir telah berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kepada Bersatu dan Pakatan Harapan. Mungkin Dr Mohd Zuhdi terlupa atau buat-buat lupa bahawa sebelum ini beliau juga pernah berkata bahawa DAP yang kuasai Pakatan Harapan," tambahnya lagi.
Pautan: Jadi TPM: Kit Siang perlu berterus terang
WARTAWAN SINAR HARIAN - 25 JANUARI 2017
Mahfuz Omar

No comments:
Post a Comment