PM Jepun lawat rumah sederhana Duterte
Shinzo Abe turut ditunjukkan bilik tidur presiden Filipina yang masih menggunakan kelambu nyamuknya.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe meluangkan masa melawat Presiden Rodrigo Duterte di kediamannya di Davao City hari ini, sebuah rumah 2 tingkat yang sederhana tetapi selesa.
Kunjungan Abe, pemimpin negara pertama melawat Filipina sejak Duterte mengambil alih jawatan presiden, dirakamkan pembantu Duterte yang memuat naik gambar di Facebook menunjukkan kedua-dua pemimpin menikmati sarapan pagi.
“Kami juga menunjukkan kepada beliau bagaimana presiden menikmati keselesaan katilnya termasuk kelambu nyamuk lama yang masih diminatinya,” kata Christopher Go dalam Facebook, seperti dipetik portal berita Filipina, Inquirer.net.
Sementara itu, Reuters melaporkan gaya kehidupan sederhana Duterte menjadikan bekas datuk bandar yang terkenal dengan bahasa kesat itu popular di kalangan pengundi Filipina pada pilihan raya Mei tahun lalu.
Lawatan Abe itu di sebalik Filipina menjadi fokus persaingan geostrategik di antara Amerika Syarikat dan China.
Duterte sebelum ini secara terbuka mengisytiharkan perubahan dasar pro Amerika yang diamalkan oleh hampir semua presiden Filipina sebelum ini.
5 gambar di dalam rumah Rodrigo Duterte di bawah adalah gambar dari fb
No comments:
Post a Comment