Thursday, January 26, 2017

Drama sarkas Jamal: Ini dia sebahagian dari respon netizen

Drama 'rumah urut': Ini respons netizen
NURUL KHALEEDA RASHIKIN - 25 JANUARI 2017
Drama 'rumah urut': Ini respons netizen Aksi 'rumah urut' di hadapan bangunan SUK Selangor, pagi tadi.

SHAH ALAM - "Datuk Seri memang hebat. Kamu semua berani? Dia beritahu benda yang benar". Itu antara komen Roy Danial di media sosial apabila Datuk Seri Jamal Md Yunos sekali lagi membuat gimik di hadapan Bangunan SUK Selangor.

Kali ini Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu membawa kira-kira 10 set katil dan dan berlaku adegan urut yang menimbulkan pelbagai respons masyarakat.

Sementara itu, pengguna Facebook Muhd Zulfadli Sahadom pula secara sinis berkata, aksi-aksi Jamal tidak pernah mengecewakan netizen.

"Jamal tidak pernah mengecewakan, sentiasa penuh dengan idea hambar beliau," tulisnya.

Bagi Faiz Shariffuddin pula, sudah tiba masanya Jamal menggunakan idea politik matang dan bukan seperti ini.

"Cubalah guna politik matang, fakta vs fakta, barulah rakyat akan nampak siapa betul dan siapa salah.

"Bukan begini caranya Jamal, kami  rakyat inginkan pemimpin yang matang dan bagus bukan pemimpin yang inginkan jawatan tetapi tidak keluarkan hujan-hujah fakta," tulisnya.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Gimik rumah urut Jamal depan SUK]

Bagaimanapun, pengguna Facebook Irwan Citra beranggapan lebih elok jika Jamal membantu mangsa-mangsa banjir di selangor daripada membuat perkara sebegini.

"Elok dia pergi taja tilam, cadar dan selimut untuk mangsa-mangsa banjir di Sabak Bernam daripada buat perkara macam ini," tulisnya.

Jamal pagi tadi sekali lagi 'menyerang' Pejabat SUK Selangor sebagai tanda protes terhadap isu rumah urut yang dibawanya sebelum ini.

Beliau membawa set katil bujang berserta bantal dan cadar putih itu disusun di hadapan pintu pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 10.50 pagi tadi.

Dakwa Jamal, setakat siasatan yang dilakukan oleh rakan-rakan NGO, sebanyak 4,000 rumah urut yang dikenal pasti beroperasi di rumah-rumah kedai di seluruh Selangor.

1 comment:

  1. Takdak pulak penyokong pakatan di sgor nk belasah dia dan geng dia bagi cerdik sikit

    ReplyDelete