Rangkuman 5 Berita Utama: 16 Januari
Astro Awani | Januari 16, 2017 10:12 MYT

BERIKUT adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Perang mulut mengenai BR1M tidak perlu berpanjangan - KJ
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terbukti satu polisi kerajaan yang baik bagi rakyat, justeru 'perang mulut' mengenainya tidak perlu lagi berpanjangan, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Katanya, beliau bersyukur fakta berkenaan akhirnya turut diakui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini pernah dilapor melabelkannya sebagai rasuah.
Tapir pula berkeliaran di LPT2
Beberapa minggu lalu, ada pihak mendakwa terlihat kelibat seekor harimau di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), kini seekor tapir pula dikatakan muncul di situ.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), petang Ahad.
Katanya ada yang mendakwa haiwan tersebut berada di susur keluar Kijal, Kemaman dan hasil pemantauan mendapati terdapat pagar berlubang yang memungkinkan ia terlepas hingga ke jalan raya.
Dr Mahathir telah sedar kepentingan BR1M - Shahrir
Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan telah sedar akan kepentingan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) apabila menyatakan hasrat mahu meneruskan bantuan itu sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ternyata berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang menggelarkan BR1M adalah 'dedak' dan rasuah daripada kerajaan.
Pengarah CIA ingatkan Trump agar jangan celupar, berwaspada tentang Rusia
Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) John Brennan pada Ahad memberi amaran kepada bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar melonggarkan sekatan ke atas Rusia selain mengingatkannya supaya berhati-hati dengan apa yang dikatakannya.
Brennan tidak bersetuju apabila Trump membandingkan agensi perisikan AS dengan Nazi Jerman dalam komennya, yang secara tidak langsung mencerminkan pergeseran luar biasa antara bakal Presiden itu dengan 17 agensi perisikan yang bakal berada di bawah arahannya.
Penggunaan teknologi rosakkan imej F1 - Villeneuve
Bekas juara dunia Formula 1, Jacques Villeneuve percaya pelumba generasi kini tidak menghormati antara satu sama lain di samping mengkritik penggunaan teknologi telah memberi impak negatif terhadap sukan itu.
Villeneuve muncul juara dunia pada tahun 1997 ketika bersama Williams dan selepas 20 tahun kemudian, dia percaya penggunaan teknologi seperti DRS (Drag Reduction System) telah menyebabkan aksi memintas tidak lagi sehebat dulu.

No comments:
Post a Comment