Kaum Cina tubuh cawangan Amanah di Kelantan
21 Januari 2017 | ZIKRI ABDULLAH
Bapa saudara Yang Dipertuan Agong Yang Mulia Tengku Mohamad ibni Sultan Yahya Petra turut hadir ke program Amanah Kelantan baru baru ini
Kejayaan kaum Cina dalam perniagaan adalah hasil pengurusan beramanah yang menjadi amalan mereka dan bukan semata-mata kerana pengaruh bangsa.
"Orang Cina pun yang tidak mengamalkan pengurusan beramanah akan gagal dalam urusan mereka sebagaimana terjadi pada kebanyakan orang Melayu yang gagal hasil perlakuan serupa," kata penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis dialog bersama kaum tionghua di Lemal, Pasir Mas kelmarin.
Beliau mengulangi kata-kata bekas menteri besar Kelantan, almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa semua kaum adalah dari dua ibu bapa yang sama iaitu Adam dan Hawa dan tidak perlu menghina antara satu sama lain.
"Perlakuan baik dan buruk seseorang tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan sesuatu kaum kerana semua kaum ada golongan yang baik dan golongan yang jahat.
"Dalam konteks politik negara kita, kumpulan yang menentang kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa akan berkumpul dalam satu pasukan walaupun berlainan bangsa dan agama," katanya.
Menurutnya golongan yang cuba melindungi kerja-kerja korupsi selalunya menggunakan perisai perkauman bagi mengaburi mata rakyat.
"Kaum Cina terus menerus cuba digambarkan sebagai golongan yang jahat semata-mata kerana mereka berlainan bangsa dan agama dengan kaum majoriri Melayu di negara ini.
"Amanah berjanji perkara ini akan jadi teras utama jika diberi peluang memerintah sehingga tiada lagi pandangan serong terhadap seseorang dibuat semata-mata kerana mereka dari kaum tertentu," katanya.
Di Kelantan kata beliau, almarhum Nik Aziz telah memperkenalkan pelbagai polisi supaya hubungan kaum di negeri ini diperbaiki dan dilayan secara adil.
"Lantikan-lantikan politik seperti penghulu, ahli majlis daerah dan pegawai-pegawai di pelbagai agensi di peringkat negeri diberi peluang untuk dilantik dari kalangan orang-orang bukan Melayu.
"Ini tidak pernah berlaku di negeri Kelantan dalam pentadbiran-pentadbiran sebelum itu," katanya.
Tok Guru juga katanya memecahkan tembok perkauman di Kelantan apabila beliau menziarahi kematian-kematian pemimpin agama bukan Islam.
"Ini perkara taboo dalam masyarakat Kelantan dulu.
"Kini amalan ini sudah menjadi kebiasaan di mana amalan saling menziarahi kematian antara kaum tidak lagi dilihat janggal," katanya.
Beliau yang menyeru Cina di Kelantan supaya menukar kerajaan negeri dan persekutuan dalam pilihan raya akan datang berkata tindakan ini perlu dibuat kerana kerajaan-kerajaan ini melakukan perkara tidak baik.
"Kita mengambil tindakan ini bukan asas perkauman.
"Kerajaan pusat kini menekan rakyat dengan pelbagai jenis cukai dan pemotongan kemudahan untuk rakyat yang kini menjadi ikutan kerajaan negeri pula.
"Mereka harus ditolak dan diganti dengan pasukan yang pro-rakyat dan menjana ekonomi negara dengan memanfaatkan kekayaan semulajadi pemberian tuhan," katanya.
Pada majlis itu, Husam menerima kemasukan 25 orang ahli Amanah dari kalangan kaum Cina untuk menubuhkan sebuah cawangan.
Seramai 25 orang dari kaum Cina menyerahkan borang menyertai Amanah kepada penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa
Turut hadir dan menyampaikan ucapan di majlis itu ialah bapa saudara Yang diPertuan Agong Yang Mulia Tengku Mohamad ibni Sultan Yahya Petra.

No comments:
Post a Comment