SPRM cekup 4 pengurus kanan Felda
24 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan empat individu, termasuk seorang bergelar “Datuk” daripada Felda kerana dipercayai menyalah guna kedudukan untuk kepentingan sendiri.
Turut ditahan dalam Op Caviar itu seorang pegawai harta tanahnya di London.
Menurut sumber, seperti dilapor Malaysiakini hari ini, kesemua suspek disyaki terlibat dalam penyelewengan projek pemindahan teknologi pentenakan ikan sturgeon bernilai kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.
Suspek didakwa menubuhkan sebuah anak syarikat pada Januari 2014 dan menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat penternakan ikan stugeon di Korea tanpa pengetahuan lembaga pengarah, bahagian perundangan dan bahagian kewangan Felda.
Siasatan awal SPRM mendapati walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar, Pahang, pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea itu seminggu selepas anak syarikat ditubuhkan.
Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang di antara jam 11.30 pagi dan 1.30 petang.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
Beliau juga berkata pihaknya telah merampas dokumen-dokumen berhubung projek tersebut untuk membantu siasatan.
Kesemua suspek dijangka akan dibawa ke mahkamah majistret Putrajaya untuk permohonan reman esok.
Manakala Bernama pula melaporkan daripada sumber SPRM
seorang daripada mereka bergelar Datuk, seorang lagi menyandang jawatan tinggi, seorang bertugas di luar negara dan seorang lagi pegawai yang terbabit dalam projek penternakan ikan itu.
Kesemua mereka berusia 30, 38, 53 dan 57 tahun.
"Mereka dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan sendiri," kata sumber itu ketika dihubungi Bernama di sini.
Sumber SPRM itu berkata dalam satu mesyuarat pada Januari 2013, Lembaga Pengarah Felda telah meminta suspek yang menyandang jawatan tinggi itu supaya menyediakan laporan terperinci berhubung pelaburan projek berkenaan untuk dibentangkan.
Sumber itu berkata suspek berkenaan sebaliknya menubuhkan Felda Carviative Sdn Bhd (FCSB) pada Januari 2014 tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan Felda.
Taniah SPRM, Anak sedia kerjasama bongkar lagi kepincangan Felda
24 Januari 2017 | DALIA ISMAIL
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membulat tekad sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membongkar kepincangan berlaku dalam pengurusan Felda di negara ini.
Presidennya Mazlan Aliman mengucapkan syabas dengan tindakan suruhanjaya itu yang dilaporkan media hari ini berjaya mencekup empat pegawai kanan Felda yang didapati terbabit dalam salahguna kuasa terhadap projek Penternakan Ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014.
"Tahniah dan syabas atas tindakan SPRM menahan empat orang pegawai kanan Felda berkaitan projek Ternakan Ikan Sturgeon yang disyaki mempunyai unsur salah guna kuasa dan penyelewengan.
"Anak sedia bekerjasama dengan SPRM dan semua pihak demi mempastikan intergriti dapat ditegakkan, manakala wang rakyat selamat dari mereka yang tidak bertanggungjawab," ujarnya kepada Malaysia Dateline petang ini.
Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Projek Penternakan Ikan Sturgeon yang dibentangkan di Parlimen menjadi rujukan Anak untuk membuat aduan ke SPRM
Pada 23 November tahun lalu, Mazlan bersama lapan lagi yang lain telah membuat laporan Polis di Balai Polis Central Johor Bharu atas Laporan Jabatan Audit Negara berkaitan 4 projek Felda membabitkan nilai ratusan juta.
Laporan Audit ini dibentang di Parlimen.
"Ketika itu saya bersama Pengerusi Hisbah Center, Datuk Ezam Mohd Nor serta pimpinan Anak kemudiannya membuat laporan susulan di SPRM Putrajaya pada 29 Disember tahun lalu dan mendesak SPRM menyegerakan siasatan.
"Pada 3 Jan 2017, SPRM telah memaklumkan kepada saya status siasatan," ujarnya.
Menurut Mazlan lagi, meskipun Anak mengalu alukan tindakan SPRM, namun, siasatan menyeluruh mesti dilakukan kepada semua yang terlibat tidak kira apa pangkat dan jawatan.
"Ia sangat penting kerana projek tersebut dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Felda yang sudah tentu arahan mengenainya dikeluarkan oleh pihak tertinggi Felda," ujarnya.
Hari ini bernama melaporkan Bernama pula melaporkan daripada sumber dalaman SPRM seorang daripada mereka bergelar Datuk, seorang lagi menyandang jawatan tinggi, seorang bertugas di luar negara dan seorang lagi pegawai yang terbabit dalam projek penternakan ikan itu.
Kesemua mereka berusia 30, 38, 53 dan 57 tahun.Mereka ditahan dibeberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari tadi menerusi Operasi Caviar.
Mereka disyaki terbabit dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon.
Surat yang dihantar Anak ke ibu pejabat SPRM dirujuk suruhanjaya itu untuk diambil tindakan bertarikh 3 Januari 2017 yang lalu diterima oleh Mazlan yang membawa penahanan empat pegawai kanan Felda dilapor media hari ini.

Mazlan Aliman

rosuah musuh nombot 1 negara
ReplyDeletetomak nak cepat kaya
muda muda lagi tu dah tak ingat dosa pahala
janji bahagia
orang lain buat tak kona depa ni kona
nasiblah
lain kali bepakat la ngan yang ada kuasa ghaib
kalau nak buat sangat pung
baru tak kona