Saturday, January 21, 2017

Tak payah ler: Raja belit nak suruh ikut cara dia?

Perasan bijaklah tuu......
Dah ler tidak idealist, tadbir parti lintang-pukang dah tu berbelit-belit pula
Nak jadi ketua konon dan semua kena ikut dia.......porrah!
Pergi jerlah kat UMNO

Hadi: Pembangkang kena ikut cara PAS jika nak kerjasama
Zulaikha Zulkifli     Hari ini, 4:48 petang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya terdapat mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama, mereka perlu ikut 'cara' PAS.

Presiden PAS itu berkata, ini kerana parti Islam berkenaan telah lama bertapak di negara ini berbanding parti pembangkang yang lain.

Katanya, PAS sebelum ini telah melalui pelbagai jatuh, bangun dalam arena politik yang tidak pernah dirasai oleh parti lain.

"Kita parti paling lama dalam kalangan parti-parti (pembangkang) itu. (Kita) mengalami peristiwa rebah, bangun.

"Parti lain tak pernah alami pengalaman ini. Kita alami, sebab itu orang lain tak boleh nak ajar kita dalam politik. Kita lebih matang dari orang lain.

"Mereka kena ikut PAS kalau (nak) bekerjasama," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita sama ada PAS dilihat sebagai penentu kemenangan pembangkang di negara ini ekoran terdapat beberapa pihak ingin bekerjasama dengan parti Islam itu.

Malah, anggota parlimen Marang itu turut memberitahu, parti pembangkang lain tidak boleh memandang 'ringan' terhadap PAS dan menjadikan mereka sebagai 'anak tangga' untuk menang pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau mereka tahu kekuatan PAS, mereka tak boleh pandangan ringan pada PAS.

"PAS tak boleh jadi anak tangga untuk naik sahaja. Tak boleh," katanya lagi.

Selain itu, ditanya sama ada kemungkinan akan berlakunya pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, Abdul Hadi berkata:

"Tiga, empat, lima penjuru pun kita pernah bertanding," katanya.

Ditanya lagi tentang kaji selidik daripada Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) yang mengatakan PAS akan kalah sekiranya bertanding tiga penjuru, Abdul Hadi memberitahu bahawa ia merupakan satu kajian 'atas meja'.

Katanya, PAS turut membuat kajian mereka sendiri secara terperinci memandangkan parti Islam itu mempunyai kira-kira 7,000 cawangan di seluruh negara.

"Kita ada kajian kita sendiri lebih terperinci. Jentera kita lebih banyak, kita ada cawangan seluruh negara. Mereka (parti pembangkang lain) tak ada. Saya tak tahu kajian itu diambil dari mana sumbernya.

"Sumber kita dari cawangan seluruh negara. Sekarang ada 7,000 cawangan. Mereka mana ada banyak cawangan. Mereka kajian atas meja sahaja kita kajian ke bawah.

"Mereka buat kemungkinan (andaian) mereka, kita ada kemungkinan kita sendiri," ujarnya.

Sementara itu, ditanya bilakah kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan dimuktamadkan, Abdul Hadi berkata PAS perlu membuat perhitungan terlebih dahulu sejauhmana ia mendatangkan keuntungan.

Ini kerana, menurutnya, tiada sesuatu yang muktamad di dalam politik memandangkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku.


"Tak timbul masalah tak ada kerjasama sebab ia ada. Cuma PAS kena buat perhitungan sejauh mana untung, rugi kerjasama itu. PAS ada perhitungannya sendiri.

"Dalam politik tak ada sesuatu yang muktamad. Kawan boleh jadi musuh, musuh boleh jadi kawan," katanya lagi.

6 comments:

  1. "Dalam politik tak ada sesuatu yang muktamad. Kawan boleh jadi musuh, musuh boleh jadi kawan," katanya lagi.

    Dari kenyataan Al-Marangi tu, memang benarlah PAS diakui sebagai parti politik. Apa beza dengan UMNU..? Patutlah semua dia balun, puteri UMNU, banglo, Toyota Fortuner dan hasil haram balak Kelantan. Walaun aje yang bodoh bertingkat-tingkat menganggap beliau setaraf Nabi.

    ReplyDelete
  2. Bila kita percaya dengan perancangan dan balasan Allah SWT, kita mesti sentiasa menganalisa diri sendiri. Dah cukupkah kerja buat amalan aku, sebagai contohnya. Kalau dah niat dan tujuan kita untuk berkehendakkan sesuatu, dah lebih 50 tahun tidak dimakbulkan Allah, tak terlintaskah pada diri kita bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan diri kita? Walaupun kita sentiasa bercakap menjunjung perintahNya, namun masih tidak tertunai juga hajat kita, tak musykilkah??

    Ulama tidak memimpin. Yang memimpin adalah umara. Ulama menyuluh ke jalan yg benar. Jika ulama tergelincir dengan imbuhan istana, dah diumpamakan dalam kitab, dari setiap 3 orang, 2 daripada mereka akan dihumban ke neraka. Dan ada kalanya mereka diumpamakan seperti anjing yg terjelir-jelirkan lidahnya...
    Tidakkah pengajaran itu sudah wujud 1400 tahun yg lalu???

    ReplyDelete
  3. Hadi ni ingat dia kepala hotak dia tu bagus sgt ke. Semua nk ikut ckap dia, walhal percakapan dn perbuatan langsung tk boleh dipercayai. Dia je yg betul. Mengaku parti Islam tp tak bokeh bekerjasama dgn dap dn amanah. Sepatutnya tunjuklah pejerti mulia. Memaafkn itu adala sebaik2 umat. Ni tak mcm2 lg tuduhan yg dilemparkn. Inilah ketua yg paling malang yg menerajui parti pas. Seekor pembohong bersiri. Dunia dia dlm sarvan dia..pergi meninggalla...

    ReplyDelete
  4. MANA BOLEH IKUT CARA PAS..
    - Rasuah balak
    - Tunjuk kote
    - U turn
    - Amalan Syiah
    - Kafir mrngkafir
    - Makan dedak
    - Label melabel
    - Bermuka-muka
    - Gila duit

    bnayk lagi yang tak bagus..

    ReplyDelete
  5. Orang yang tersedar kan diri..

    Kajian menunjukkan Hadi tercorot dalam kajian siapa yang layak jadi PM.

    ReplyDelete
  6. Inilah dia pemimpin parti amanat sesat
    Mengkafirkan org tapi tak mengaku
    Andai mati sebelum sempat tarik balik amanat sesat tersebut jasad di semadikan di kubur Islam hakikatnya...
    Siapa mengkafirkan org islam lain tapi tak tarik balik kafir tu balik kepada org yg mengata td
    Jadi paham2 ler...


    ReplyDelete