Sunday, January 22, 2017

Kedua-duanya ada rekod maa......sape yang cakap bohong ni?

*April 2009 tu Najib mula naik tahta, mungkin Najib terlupa kot?
Tak apalah, bila ada bila ada paparan alporan bermakna ada fakta. Laporan Jabatan Penerangan Malaysia pulak tu.
Sape dia menteri Penerangan pada masa tu ek?

Ni petik kata Mahathir: Sebagai bukti, Mahathir turut memaparkan satu laporan daripada Jabatan Penerangan Malaysia bertarikh April 2009, yang memaklumkan bahawa Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan 'perkongsian kuasa sebenar'.

MCA tak pernah minta jawatan TPM - Najib
mk    Hari ini, 4:13 petang
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa MCA pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri diberi kepada parti itu seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata sepanjang beliau memegang jawatan nombor satu negara, tidak pernah sekalipun parti komponen Barisan Nasional (BN) itu meminta diberi jawatan nombor dua negara dan jawatan Menteri Kewangan.

"Baru-baru ini didedahkan bahawa DAP meminta minta jawatan TPM dan Menteri Kewangan, bila orang Melayu dah naik marah, dia kata MCA pula. Sejak saya jadi PM, tak pernah MCA minta jawatan TPM. Ini satu pembohongan.

"Saya nafikan dan saya minta MCA juga menafikan. MCA dah dapat tiga jawatan menteri pun dia dah berterima kasih. Jangan banyak sangat U-turn," kata Najib, yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai 'jaguh U-turn' kerana sering mengubah pendirian dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.

Najib berkata demikian dalam ucapan sambutan ulang tahun ke-60 Kelab Belia Tamil Malaysia di Dewan The Grand, Lukut di Port Dickson, hari ini.

Turut hadir Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Speaker Dewan Negara Datuk Seri SA Vigneswaran, Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan Naib Presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay.

Dr Mahathir sebelum ini dilapor berkata DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Menerusi laman blognya pada Jumaat, bekas perdana menteri itu membuat pusingan U dengan memperbetulkan kenyataannya sebelum ini bahawa yang meminta jawatan berkenaan adalah MCA, bukan DAP.

Berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, Najib bagaimana pun meminta rakyat supaya jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sering kali membuat pusingan U.

"Jangan dengar cakap pembangkang, negarawan kita dah cakap melalut sekarang. Dia cakap nak hapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang memberi hasil RM41 bilion.

"Mana nak dapat duit nak buat klinik, hospital? Bayangkan kesihatan minta, pelajaran minta, bagaimana nak dapat? Duit tak datang melayang mesti datang daripada sumber," katanya.

Najib berkata rakyat perlu faham bahawa pembangkang boleh berkata sesuka hati, dan sering membuat pusingan U apabila timbul masalah.

Terdahulu, perdana menteri berkata rakyat khususnya golongan belia di negara ini harus memiliki minda yang canggih, bertaraf dunia, pemikiran yang tidak bersempadan dan diisi dengan pengetahuan serta ilmu untuk bersaing di masa hadapan.

"Tetapi kalau ilmu sahaja tidak berpaksi kepada akhlak, nilai dan budaya, akal sahaja tidak bermakna. Kita nak dua-dua sekali.

"Kita mahu kukuh dalam nilai murni, kukuh dalam budaya dan sejarah kita sendiri...kukuhkan jati diri kita tetapi (perlu) mengantarabangsakan minda kita," katanya.

Najib dalam pada itu menarik perhatian bahawa walaupun kaum India merupakan 7.4 peratus daripada penduduk Malaysia keseluruhan, namun mereka banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.

"Kalau ikut sejarah, memang tidak dapat dinafikan masyarakat India memberi sumbangan besar dan kita perlu mengiktiraf sumbangan kaum India," katanya.

Kelab Bell Belia Tamil Malaysia yang ditubuhkan pada 1956 memiliki 24,552 anggota dan 292 cawangan di seluruh negara dan diwujudkan bagi mempromosikan kebudayaan, kesenian serta bahasa Tamil.

Pada majlis sambutan itu, Najib menyampaikan cek bernilai RM2.18 juta untuk pembangunan sekolah-sekolah Tamil di negeri ini yang diterima oleh Mohamad.

1 comment:

  1. bohong salah atau sifat munafik
    orang sebelum dimatikan tebalkan iman
    ni duk tebalkan sifat munafik
    cantekkkk

    ReplyDelete