Lim: Tolak 'kambing berbulu serigala' dalam pembangkang
mk - Hari ini, 6:07 petang
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata tidak ada tempat dalam pakatan pembangkang bagi mereka yang tidak melihat betapa seriusnya skandal 1MDB dan kesan negatifnya kepada negara.
"Rakyat Malaysia perlu menolak kambing yang berbulu serigala seperti itu," kata Lim dalam kenyataannya hari ini.
Jelas beliau, 'kambing berbulu serigala' dimaksudkan adalah pembangkang yang tidak melihat apa-apa yang salah mengenai Malaysia yang kini dianggap sebagai 'kleptokrasi global' di seluruh dunia.
Katanya, terdapat mereka yang masih mahu lebih banyak bukti bahawa Perdana Menteri Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut 36 kali dalam dokumen Jabatan Kehakiman AS (DOJ).
Justeru, Lim berkata pakatan parti pembangkang perlu memasukkan satu klausa untuk menggesa tindakan undang-undang bagi membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal itu ke muka pengadilan.
"Ini mesti menjadi pra-syarat untuk pakatan pembangkang yang berkesan di Malaysia - bersetuju dengan matlamat yang sama untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi seperti Zimbabwe, Argentina yang gagal dan Korea Utara -sebuah negara kuku besi di mana rakyat hilang hak asasi demokratik mereka,"katanya.
Lim merujuk kepada PAS terutama presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang terus meminta lebih banyak bukti mengenai 1MDB dan kegagalannya mengkritik Najib berhubung perkara itu.
DAP berkeras tidak ada tempat untuk PAS dalam mana-mana pakatan pembangkang, walaupun sekutunya - PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus memikat PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu luar bandar dalam pakatan pembangkang.

No comments:
Post a Comment