Monday, January 16, 2017

Warisan Sabah: Rebutan mendekati dan jawatan dalaman, tidakkah akan membenihkan krisis?

DI WARISAN TERUS REBUTAN
( setelah sembang dengan DSSA)

SEMALAM tak kesempatan berbicara dengan DS Shafie dan pagi tadi ada luang Allah izin dan ketika bicara dia bertanya kabar dan saya katakan yang saya baru saja kembali dari rumah sakit kesan kakak saya sakit dan mahu dioperasi esok.

Sempat DSSA bertanya berapa orang adek beradik dan saya kata hanya saya, adik saya ( datin Raisah) dan kakak yang di rumah sakit itu.

Seorang DSSA yang jenis prihatin terus mendoakan agar kakak saya cepat sembuh dan operasinya berjaya esok. Insya-Allah dan terima kasih kesan doanya itu.

Hari ini kami berbicara soal fitnah yang bermaharaja dan seperti biasa dalam politik memang begitu dan kelihatannya fitnah, aib akan terus dilakukan oleh mereka yang mahukan WARISAN lemah semangat.

" Apa saja fitnah mereka, biarkan sajalah dan tugas kita menjawab dengan tepat dan jika masih juga, biarlah dan terpenting kita jalan terus tanpa penduli apa saja fitnah dan aib mereka lakukan " Kata DSSA dan memang itulah yang sewajarnya dilakukan.

Juga saya sentuh kononnya DSSA ketika berucap di Pulau gaya ada menyatakan akan berikan IC kepada mereka yang tidak punya IC dan ketika saya tanyakan hal itu DSSA katakan itu FITNAH dan dia tidak pernah berkata demikian.

Memang fitnah semacam itu akan terus mereka lakukan meskipun mereka tahu memberikan IC itu bukan hak WARISAN atau menteri tetapi itu hak kerajaan persekutuan dan tidak ada kaitan dengan WARISAN meski memerintah nanti.

" Kalaupun dikasih IC, itu kena akur dengan peraturan yang sedia ada dan kasih IC secara membuta tuli itu karut dan bohong serta fitnah" Itulah yang saya ucapkan kepada seorang DS Shafie dan kenyataan itu ia akui.

DS Shafie yang ketika saya bercakap tadi ia berada di Kuala Lumpur kerana ada tugas rasmi dan sekitar setengah jam lebih kami bercakap dan percakapan kami berbicara sekitar hal parti WARISAN.

" Ramai sangat sertai parti WARISAN dan ramai juga ingin duduki kerusi di parti termasuk ada yang menawarkan diri jadi calon" Kata DSSA dan saya jelaskan itu satu sambutan yang cukup baik dan memperlihatkan hal positif.

Bila sesebuah parti itu berebutan mendekati mahu jadi ahli dan mahu duduki kerusi atau AJK atau Ahli Majlis tertinggi itu makna WARISAN mendapat sambutan dan dalam waktu yang tidak lama lagi dengan sendirinya pelbagai bangsa akan datang berbondong dalam perahu warisan untuk sama selamatkan Sabah.

Melalui sembang tadi sempat saya laporkan kegiatan jelajah di Mandahan tempatnya Naib Presiden dan saya jelaskan sambutan diluar jangka ramai hadir dan pagi tadi pula di Kawang dan sama juga ramai yang datang.

Disamping itu DSSA juga bertanya kalau2 saya tahu bila dikatakan orang PRU berlangsung dan itu saya katakan menurut ketua wanita salah sebuah parti dalam BN kemungkian sekitar Mac-Ogos mendatang tetapi pilihan BN kemungkinan selepas raya.

" Itulah yang saya tahu kesan ketua wanita itu sendiri menyatakan bakal diarahkan oleh Musa melawan YB Christina nanti" Kata saya dan DSSA mengatakan kemungkinan juga April ini.

Menurut ketua Wanita itu hanya PRU peringkat DUN saja bakal kerajaan BN Sabah adakan dan perlimen kemudian di sekitar september mendatang.

Demikian perbincangan kami dan memang banyak lagi yang tadinya dibincangkan akan saya bicarakan kemudian tetapi perbincangan kami semacam ada gangguan kesan line tidak mengizinkan dan tiba2 terputus. Memang kami faham sebab telefon selalu kena intip dalam perhatian.

Nah, kesan terputus dan tentunya saya dan DSSA cukup mengerti. Kami sama faham. Faham dan mengerti. Mengerti dan faham. Keduanya sekali.

Sabahubah
Sabahubah
Sabahubah

ISMAILY BUNGSU
16/1/2017
1:25am

No comments:

Post a Comment