Monday, January 16, 2017

Dakwa Presiden Pas sebagai pro Syiah, tahulah apa kata para Wala'un.......

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Rozaimi Ramle menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Presiden Pas sebagai pro Syiah baru-baru ini.

Pakar hadis dan pendakwah bebas itu membuat dakwaan itu selepas meneliti ucapan terbaharu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa hasil tulisan Ahli Parlimen Marang itu.

Justeru, Rozaimi menghadapi pelbagai tentangan dan kritikan penyokong Pas terutama di media-media sosial.

Malah beliau menasihatkan penyokong Abdul Hadi supaya jangan taksub buta kerana beliau tidak mendakwa Abdul Hadi Syiah tetapi pro sahaja.

“Penyokong beliau jangan buat-buat terkejut pula. Banyakkan membaca dan mendengar kenyataan pimpinan anda. Jangan taksub buta. Satu lagi, saya tidak kata Tuan Guru Abdul Hadi syiah tetapi beliau pro sahaja. Sebab itu saya kritik. Wallahua’lam,” ujarnya dalam media sosial baru-baru ini.

Malah Rozaimi bersedia berdialog dengan pemimpin Pas itu ekoran dakwaannya tetapi mahu ia dilakukan secara rasmi dan terbuka memandangkan beliau kakitangan kerajaan dan menjadi pensyarah UPSI.

“Saya tidak berhasrat pun untuk berjumpa pada asalnya kerana pendirian saya dan pendirian tokoh berkenaan sudah jelas. Saya mengkritik beliau atas isu ini setelah saya melihat video rakaman beliau tempoh hari dan video-video lama beliau berkaitan Syiah.

“Ramai daripada kalangan penyokong beliau di page ini dan di whatsapp meminta saya berjumpa beliau. Bahkan di setiap post di page saya ini walaupun tiada kaitan dengan tokoh berkenaan akan ada penyokong yang bertanya saya di ruangan komen bila mahu bersemuka dengan beliau. Ada juga sahabat-sahabat dalam Pas juga minta saya bersemuka,” katanya yang pernah tidak diberi tauliah mengajar oleh Majlis Agama Islam Selangor sejak tahun lepas kerana dikaitkan dengan Wahabi.

Rozaimi seterusnya menyatakan kesediaanya dijemput untuk bersemuka dengan syarat yang turun mesti Abdul Hadi sendiri dan dialog diadakan secara terbuka kerana ia isu umat Islam dan akidah.

“Surat rasmi perlu kerana ia dialog terbuka. Selain saya penjawat awam, surat rasmi juga perlu untuk dinyatakan format dialog. Kenapa masa perjumpaan tertutup dulu tidak perlu surat? Kerana itu perjumpaan tertutup.

“Ini dialog terbuka. Kenapa perlu terbuka? 
Supaya semua dapat nilai hujah dengan adil.

“Hairan saya. Bila saya kritik di FB disuruh berjumpa. Bila bersedia nak berjumpa dikata mencari glamour dari ulama bertaraf dunia pula. Senang menjadi beliau. Buat kenyataan terbuka ok, orang nak jawab terpaksa mengadap beliau,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, Rozaimi berdasarkan video Abdul Hadi mempertikaikan kenyataan Presiden Pas menganggap Revolusi Iran sebagai Revolusi Islam dan Iran pernah mengajak Arab melawan Israel.

Abdul Hadi juga dikritiknya kerana mendakwa Arab Saudi tidak bersedia dan mendakwa Abdul Hadi membodohkan Arab Saudi kerana tidak bekerjasama dengan Iran sedangkan jazirah mereka sendiri ada pengikut Syiah.

Sebagai rekod, selain menerajui parti politik di Malaysia, Abdul Hadi juga merupakan penganalisis sejarah Islam dan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Dunia.

Nampaknya, selain dikritik daripada sudut politik, Abdul Hadi juga kini berdepan dengan kritikan golongan ulama muda di negara ini daripada sudut pandangan terhadap dunia Islam.

Sama ada berlaku atau tidak majlis dialog antara Abdul Hadi dan Rozaimi sukar dipastikan memandangkan jika berlaku ia memberi kesan dan modal kepada parti lawan Pas menyerang identiti Abdul Hadi dan parti.- MalaysiaGazette

3 comments:

  1. budak ni dah tau kakitangang kerajaang bn tak payah duk lebih lebih sangat pasai syiah ni tak kemana pung.yang duk ada keliling kita ni dah ambek tindakan ka belum
    baru ngaji tak berapa tahun dah perasang bnayak sanagt ilmu pun tak elok jugak
    soal soal lain dalam negara yang tak betol tak pulak budak ni menyalak
    patutnya menyalak jugak pasai apa amno tak mau laksana hukum hukum islam dinegara ini
    ni dak diam macam orang bodo aja mungkin budak ni jenis faham sejarah penjajah mai tm pasai rempah ratus aja kut
    kena tipu memanjang ngan penjajah n kuncunya

    ReplyDelete
  2. Bercakap ikut isu. Kalau Hadi bercakap pasal syiah, tak kan dia nak cakap pasal isu GST.

    Lagi pulak dia di larang berceramah kerana di dakwa fahaman wahabi.

    Mufti Kelantan bisu dalam hal balak tetapi bersuara pasal Haji 1MDB.

    Antara bahaya syiah dan GST, syiah lagi bahaya !

    ReplyDelete
  3. tak kan ajak ketua pas aja pasai syiah
    bila nak ajak amno pasai kedaan nagara yang di bebani segala macam musibah
    rasuah hutang nagara jinayah
    tak kan buta mata kut smapai tak nampak apa yang duk jadi dalam nagara

    ReplyDelete