Saturday, January 14, 2017

Sudah Islamkah Lindsay Lohan?

'Alaikum Salam' Lindsay cetuskan spekulasi lagi
 mk -  Hari ini, 7:09 malam
Tindakan bintang Hollywood Lindsay Lohan menulis 'Alaikum Salam' pada status di laman Instagramnya sekali lagi mencetuskan spekulasi dia telah memeluk Islam.

Pelakon itu dilihat memadamkan semua posting di laman Instagram dan Twitternya dengan hanya meninggalkan perkataan Arab yang bermaksud 'salam sejahtera ke atas kamu'.

Beberapa hari lalu, bintang filem 'Mean Girls' itu juga menjelaskan kepada DailyMail.com bahawa dia kini 'dalam tempoh pembaharuan', dan sangat teruja memasuki tahun baru.

"Saya sangat teruja untuk membuka lembaran baru dalam hidup saya!" katanya memberitahu akhbar berkenaan.
Bercerita mengenai perubahan diri Lindsay, pengurusnya Scott Carlsen berkata mereka sangat gembira dengan reaksi orang sekeliling terhadapnya.

Dikatakan, pelakon berusia 30 tahun itu menghabiskan masa menjadi sukarelawan di kem-kem pelarian di Turki dan menubuhkan sebuah syarikat penerbitan sendiri di Dubai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Lindsay benar-benar telah memeluk Islam sepertimana digembar-gemburkan beberapa portal dan blog.

Lindsay sebelum ini pernah menimbulkan tanda tanya apabila dilihat memakai tudung dan memuatnaik petikan ayat Al-Quran di Instagramnya.

April lalu, Lindsay ditangkap lensa kamera sedang membawa kitab suci itu dan lantas menimbulkan khabar angin dia telah memeluk Islam.

Pelakon yang membintangi filem Disney Herbie Full Loaded itu kemudian mengaku kepada media bahawa dirinya sedang mempelajari agama Islam, namun masih belum menjadi seorang muslim.

"Saya adalah seorang yang sangat beragama dan saya sangat terbuka untuk belajar (agama lain)," terang Lindsay.

"Saya sedang membacanya (Al-Quran). Tapi belum selesai. Perlu waktu lama untuk selesai membacanya," katanya.

No comments:

Post a Comment